» » 10 Fakta Mengenai Bayi Dalam Perut

10 Fakta Mengenai Bayi Dalam Perut

Assalamualaikum.

Masa Mama mengandung dulu, Mama suka sangat baca mengenai perkembangan bayi di dalam perut. Dan Mama juga suka tengok video-video di Youtube yang menunjukkan perkembangan ini. Memang best sangat-sangat! Kagum dengan ciptaan Allah s.w.t yang menciptakan kita dengan sebaik-baik kejadian. Di bawah ini, Mama kongsikan 10 fakta menarik mengenai bayi di dalam kandungan. Jom baca. =)

1. Sekitar usia 3 bulan, bayi mula menelan air ketuban dan mengeluarkannya kembali sebagai air kencing. Ini untuk melatih sistem pencernaan dan perkumuhannya.

2. Bayi boleh menangis sejak di dalam perut lagi. Sekitar usianya 3 bulan, peti suara sudah mula terbentuk dan bayi sudah mula menangis tetapi dalam diam.

3. Seawal usia 4 bulan, bayi mula meneroka ruang di sekelilingnya. Dia mula bermain dengan tali pusatnya, menghisap ibu jarinya sendiri, berenang-renang, menendang sekelilingnya dan berpusing-pusing di dalam kantungnya. Tetapi lazimnya ibu yang baru pertama kali hamil tidak akan menyedari pergerakan ini sehingga usianya 5 bulan.

4. Ketika usianya memasuki 4 bulan, bayi akan mula tersedu untuk melatih sistem pernafasan. Bila dia tersedu, ibu dapat merasakan getaran halus atau denyut halus di perut.

5. Pada usia 5 bulan, bayi mula memberi reaksi kepada bunyi di luar perut ibunya dan akan menutup telinga dengan tangannya sendiri apabila mendengar bunyi kuat.

bayi dalam kandungan

6. Sekitar usia 6 bulan, memorinya mula terbentuk dan bayi dapat mengingati dan mengenali suara ibu bapanya dan mula meneroka anggota tubuh badannya.

7. Seperti kita, bayi di dalam perut juga bermimpi seawal usianya 7 bulan. Aktiviti bermimpi ini akan melatih perkembangan otaknya.

8. Apabila otaknya sudah terbentuk, bayi akan dapat merasai kesakitan sejak di dalam rahim lagi. Apabila ibu tertekan atau stress, emosinya juga terganggu dan menyekat perkembangan mentalnya.

9. Sebaik sahaja deria rasanya terbentuk, bayi juga dapat merasa makanan yang dimakan oleh ibunya dan boleh mengerutkan dahinya dan memuncungkan mulutnya sebagi reaksi kepada rasa pelik makanan yang dimakan oleh ibu.

10. Sebaik sahaja lahir, pertama kali bayi membuka mata, anak matanya akan membesar untuk menampakkan kecomelannya untuk memikat hati orang di sekeliling terutama ibu bapanya.

p/s: Perkongsian ini diambil dari Facebook.

================================================

Kebanyakan ibu mengandung sering letih dan tak bermaya sepanjang kehamilan. Tetapi tidak bagi ibu muda ini yang begitu kuat sehingga mampu untuk panjat Candi Borobudur! Waahhh, apa rahsianya?

Ibu Hamil Kuat Boleh Naik Flight & Panjat Candi Borobudur! Fuyooo! from iReach HD on Vimeo.

2 Responses

  1. ajumohit
    | Reply

    skrg dah 4 bulan, tak sabar nak rasa pergerakan baby

  2. staibaqhang
    | Reply

    gembira bila tgk baby baru lahir….
    staibaqhang recently posted..Anak kembarMy Profile

Leave a Reply

CommentLuv badge