» » 4 Tips Memilih Syarikat MLM Supaya Tak Hangus Modal Beribu Ringgit

4 Tips Memilih Syarikat MLM Supaya Tak Hangus Modal Beribu Ringgit

tips pilih bisnes MLM

Assalamualaikum.

Ramai orang yang mempunyai pandangan negatif pada syarikat MLM. MLM tak bersalah, tetapi yang bersalah adalah orang yang menyalahgunakan sistem ini.

Sebenarnya MLM (multilevel marketing) adalah salah satu teknik pemasaran di mana produk disampaikan kepada pengguna melalui pengedar syarikat itu sendiri. Ianya juga dikenali sebagai ‘direct selling’ kerana pengguna mendapat khidmat layanan secara terus daripada pengedarnya.

MLM merupakan satu jenis bisnes yang terbaik untuk orang yang baru hendak berjinak dengan perniagaan. Ini kerana modal yang diperlukan adalah sangat minima, dan produk juga sudah disedikan oleh syarikat. Para pengedar cuma perlu mempromosikan produk tersebut mengikut kreativiti sendiri.

Bagaimana memilih syarikat MLM yang betul?

1. Kenalpasti bidang lain yang turut diceburi oleh syarikat tersebut selain daripada bisnes MLM. Ini bagi memastikan keupayaan syarikat tersebut dalam menyediakan modal yang kukuh. Dan syarikat tidak perlu bergantung pada modal besar yang perlu dikeluarkan oleh pengedarnya sendiri.

2. Pastikan syarikat tersebut sudah bertapak lama dalam pasaran. Syarikat yang sudah berusia 5-10 tahun boleh dikatakan lebih kukuh berbanding syarikat yang kurang daripada tiga tahun.

3. Lihat aktiviti-aktiviti yang dijalankan dan dirancang oleh syarikat untuk para pengedarnya. Aktiviti-aktiviti ini termasuk bengkel jualan dan penajaan, kursus, kelas produk, dan sebagainya. Ini menunjukkan syarikat benar-benar serius dalam memberi bimbingan terbaik kepada semua pengedarnya.

4. Lihat produk yang disediakan oleh syarikat dan pastikan produk tersebut mempunyai permintaan tinggi dalam pasaran tempatan. Pastikan juga produk tersebut boleh dijual dengan mudah secara berulang-ulang kali dan harga produk setanding dengan kualiti.

Shaklee Juga Merupakan Syarikat MLM

Alhamdulillah, bisnes Shaklee yang Mama sertai ini memang menepati keempat-empt ciri di atas.

1. CEO Shaklee sekarang adalah Roger Barnett. Beliau mempunyai banyak perniagaan-perniagaan lain, antaranya barangan kosmetik di Beauty.com. Dan keluarganya merupakan pemilik kepada jenama terkenal Burberry. Jadi, duit tidak menjadi masalah. Sehingga sekarang, Shaklee tidak pernah lewat dalam membayar bonus pengedarnya. Yuran pendaftaran juga teramatlah murah, iaitu cuma RM65 sahaja.

2. Shaklee ditubuhkan pada tahun 1956 oleh Dr. Forrest Shaklee. Ya anda memang tak salah baca. Syarikat ini dah ditubuhkan selama lebih 50 tahun dahulu. Dan sebenarnya Dr. Forrest Shaklee dah gunakan produknya sendiri selama bertahun-tahun sebelum menubuhkan syarikat. (Kisah Pengasas Shaklee)

3. Setiap bulan memang ada banyak aktiviti yang dijalankan oleh Shaklee, antaranya adalah kelas mengenai produk, bengkel nutrisi, dan sesi motivasi. Alhamdulillah setakat ini Mama memang sudah sertai beberapa program yang dianjurkan.

4. Fokus produk Shaklee adalah untuk barangan kesihatan. Permintaannya memang sentiasa ada, dan harga produk Shaklee berbaloi dengan kualitinya. Jadi, tak susah pun nak menjual Shaklee ni.

Inilah antara sebab kenapa Mama terus setia dengan Shaklee. Selain dapat menjaga kesihatan, Mama juga dapat menambah duit poket. Alhamdulillah..

Untuk mendaftar, sila klik gambar di bawah untuk maklumat lanjut.

daftar ahli shaklee

Portfolio MamaBard

5 Responses

  1. weldan
    | Reply

    info yang sangat bagus, karena mlm sekarang suka sekali menipu, harus hati hati memilih mlm

    Games android Mod apk
    Games android apk
    weldan recently posted..Merendam horror adventures APKMy Profile

  2. Panduan Exam
    | Reply

    Huhu..MLM ni ada yang bagus..ada yang kurang bagus..paling teruk sekali, ada yang tak bagus langsung..kesimpulannya, pepandailah buat pilihan..haha
    Panduan Exam recently posted..Panduan Temuduga Kerja KerajaanMy Profile

  3. Sobri Mansor
    | Reply

    Info berguna. Tahniah kerana memilih shaklee sebagai platform perniagaan online. Semoga terus berjaya dengan blog dan shaklee.
    Sobri Mansor recently posted..Daftar Gravatar untuk tampak lebih handsome dan seksiMy Profile

Leave a Reply

CommentLuv badge