» » 4 Tips Untuk Elak Otak Beku Dengan Rutin Hidup Yang Membosankan

4 Tips Untuk Elak Otak Beku Dengan Rutin Hidup Yang Membosankan

tips elak masalah pelupa (1)

Assalamualaikum.

Otak merupakan organ penting untuk manusia. Jika terdapat sebarang kerosakan pada otak, badan kita akan mendapat kesannya. Otak kita ini sangat unik sebenarnya. Semakin banyak kita menggunakannya, semakin banyak ianya akan berkembang. Namun jika kita kurang menggunakannya, fungsinya akan berkurang dari sehari ke sehari.

Salah satu penyebab otak tidak berkembang adalah apabila kita sudah terlalu biasa dengan rutin hidup yang sama. Maksudnya dari pagi hingga ke malam kita buat benda yang sama sahaja setiap hari. Tiada perubahan atau cabaran langsung dalam hidup. Bila keadaannya macam ni, tiada jaringan neuron baru yang terbentuk. Dan makin lama, bukan sahaja otak yang makin beku, tetapi kita juga akan merasa bosan dengan hidup yang sama sahaja.

Di sini Mama nak kongsikan lima cara mudah yang boleh kita buat untuk merangsang perkembangan otak. Bukan otak bayi je tau yang perlu dirangsang. Kita yang dah dewasa pun perlukannya untuk mengelakkan masalah nyanyuk bila tua nanti.

1. Cabar Diri Untuk Buat Benda-Benda Yang Menggunakan Otak

Seperti yang Mama sebutkan di atas, otak akan berkembang jika selalu digunakan. Jadi, anda boleh cuba cara-cara ini untuk merangsang otak setiap hari.

  • Cuba selesaikan teka-teki, teka silangkata, sudoku, dan yang seangkatan dengannya
  • Ambil tahu tentang teknologi-teknologi baru dan cuba menggunakannya
  • Kira harga barangan yang dibeli dengan otak sahaja (tanpa menggunakan kalkulator) sebelum sampai ke kaunter bayaran
  • Cuba baiki barang-barang yang rosak di rumah dengan merujuk pada buku atau internet

Pendek kata, jangan malas gunakan otak!

2. Banyakkan Membaca

Bila kita membaca, mata kita akan menangkap garisan-garisan yang membentuk huruf dan otak kita akan menafsir apa yang kita lihat. Sebab itu membaca bukan sekadar aktiviti suka-suka, tapi ianya dapat merangsang otak.

Lebih baik kalau kita baca bacaan yang berilmu dan bermanfaat. Jangalah asyik baca timeline Facebook dan Twitter sahaja!

Bagi orang Islam, sebaik-baiknya amalkan baca al-Quran setiap hari. Mama juga sebenarnya tidaklah konsisten baca al-Quran tiap-tiap hari sebelum ini. Tapi sempena bulan Ramadhan ni, apa kata kita ambil peluang untuk jadikan ianya amalan harian. Semoga berterusan selepas ini.

3. Bereksperimen Dengan Perkara Baru

Setiap dari kita mesti ada tempat makan kegemaran. Tiap kali makan di luar, mesti makan di kedai yang sama dan ambil menu yang sama. Sesekali, cuba tukar tempat makan. Jika selalu makan di kedai mamak, lepas ini boleh cuba makan di kedai Cina Muslim pula.

Selain itu, jika aktiviti hujung minggu selalunya pergi tengok wayang, cuba pula tukar dengan buat aktiviti-aktiviti lasak. Dan jika dah lama tak keluar dari kawasan kediaman sendiri, cuba ambil peluang untuk pergi ke bandar-bandar atau negeri-negeri lain.

4. Berani Tegur Orang-Orang Baru

Bila ada kesempatan bertemu dengan orang-orang baru, ambil peluang untuk memulakan perbualan. Bagi sesetengah orang, bercakap dengan orang yang baru dijumpai umpama satu mimpi ngeri. Jadi cuba cabar diri untuk buat perkara ini.

Dengan berjumpa orang baru, kita akan mendapat sudut pandang yang baru. Sebab pengalaman setiap orang berbeza. Jadi, ambil peluang untuk tambah kenalan baru.

 

KLIK SINI untuk RAHSIA Menjadi Seorang Suri Rumah Profesional!

 

 

Salam sayang dari MamaBard,

Portfolio MamaBard

One Response

  1. titan
    | Reply

    bahaya ni otak beku ni.

    kena keluarkan dari freezer cepat.
    titan recently posted..Time really flying FAST.My Profile

Leave a Reply

CommentLuv badge