» » 5 Cara Atasi Masalah Bengkak Susu Supaya Ibu Tak Demam

5 Cara Atasi Masalah Bengkak Susu Supaya Ibu Tak Demam

Assalamualaikum.

Sebelum ini Mama ada kongsikan 5 tips mudah untuk elak dari terkena bengkak susu. Namun jika dah terkena masalah ini, apa pula yang perlu dibuat? Apa cara yang mudah untuk hilangkan bengkak susu ini?

Masalah bengkak susu sebenarnya adalah masalah biasa untuk ibu-ibu yang menyusukan anak, terutamanya semasa dalam pantang. Namun jika masalah ini tidak diatasi dengan cepat, si ibu boleh dapat demam panas. Dan keadaan juga akan jadi bertambah serius bila terdapat jangkitan kuman pada payudara, yang dikenali sebagai mastitis.

Bengkak susu terjadi kerana saluran susu tersumbat, dan susu tidak dapat keluar dengan sempurna. Makin lama, payudara semakin penuh dengan susu dan mengeras. Ini yang membuatkan ibu merasa sakit.

tips rawat bengkak susu (1)

DI bawah ini Mama kongsikan beberapa cara yang boleh digunakan untuk merawat masalah bengkak susu;

1. Letakkan kelopak kobis pada payudara

Mungkin ada yang pelik macam mana kobis boleh surutkan bengkak susu. Tapi percayalah, tips ini memang berkesan. Mama dah guna cara ini untuk kedua-dua orang anak, dan memang bengkak susu tersebut hilang. Bila kita letak kelopak kobis ini, lama-lama ianya akan layu dan kecut. Bolehlah gantikan dengan kelopak yang baru jika bengkak susu masih belum susut.

Namun, jangan letak kobis terlalu lama ye. Sebabnya ianya boleh mengeringkan susu! Bila dah rasa bengkak semakin susut, jangan letak kobis lagi.

2. Sikat dari pangkal payudara ke arah puting

Ini lagi satu cara yang mungkin buat orang yang pertama kali mendengarnya rasa nak gelak. Mungkin kita rasa benda ini tak logik, tapi ini memang membantu. Dengan menyikat dengan cara ini, kita akan memberi tekanan pada susu yang tersumbat untuk bergerak ke arah puting.

3.Gunakan teknik ‘pressure massage’

Jika tidak mahu menggunakan sikat, boleh juga gunakan teknik ‘pressure massage’. Teknik ini menggunakan tapak tangan untuk menolak susu yang tersumbat ke arah puting.

Petikan daripada website Ask Dr Sears:

“To do pressure massage, start at the edge of the lumpy area closest to your chest wall. Apply pressure to that area with the heel of your hand to the point just before it becomes too painful. Hold the pressure at that level until the pain eases off. Then increase the pressure again, (without moving your hand) and hold it until the pain eases. Continue to gradually increase pressure at that same site until you are pressing as hard as you can. Then pick your hand up, move it down toward your nipple about a half inch, and repeat the pressure massage in this area. Continue moving your hand a half inch and repeating the massage until you get all the way down to the nipple.

You may see the dried milk come out from an opening in your nipple. Even if the plug doesn’t actually come out, you will at least have dislodged it and moved it toward the nipple so that when baby goes to the breast and sucks, he will remove it with his suction. Always put baby to the breast on the plugged side first, when his sucking will be the strongest.”

4. Mandi dengan air panas suam

Dengan mandi air panas suam ini, ianya akan membantu untuk mencairkan susu yang dah membeku di dalam payudara. Selepas mandi, boleh juga lekapkan tuala yang telah direndam dengan air panas suam pada payudara.

5. Ambil suplemen Lecithin

Lecithin boleh membantu melegakan masalah susu tersumbat. Ianya memang disarankan oleh pakar penyusuan. Dos yang disarankan adalah 3,600-4,800mg Lecithin sehari.

lecithin shaklee

Anda boleh mendapatkan suplemen ni dari Mama.

Diharap tips-tips yang Mama kongsikan ini dapat membantu anda. InsyaAllah.

Untuk tempahan, hubungi Mama di nombor ini:

MamaBard 013-3876903


Ataupun isi borang di bawah untuk menghantar emel kepada Mama:

Dengan menjadi ahli Shaklee berdaftar, anda akan mendapat diskaun sebanyak 20-25% untuk setiap produk. Dan jika anda mahu berbisnes Shaklee, terdapat banyak lagi kelebihan yang akan anda dapat.

Untuk mendaftar, sila klik gambar di bawah untuk maklumat lanjut.

daftar ahli shaklee

Portfolio MamaBard

2 Responses

  1. titan
    | Reply

    moga-moga..bininya tak demam la sebab dah rajin mengepam sekarang..
    titan recently posted..Duit RAYA dari KlikjerMy Profile

  2. […] dalam entri sebelum ini, Mama ada kongsikan 5 cara mudah atasi masalah bengkak susu supaya ibu tak demam. Ini kerana selalunya jika bengkak susu tidak hilang dengan segera, si ibu akan demam pula. Dan […]

Leave a Reply

CommentLuv badge