» » 5 Cara Rawat Masalah Bibir Kering Agar Tak Sakit Bila Makan

5 Cara Rawat Masalah Bibir Kering Agar Tak Sakit Bila Makan

Assalamualaikum.

Rasanya semua orang mesti pernah rasa masalah bibir kering sampai pecah-pecah kan? Bila bibir dah pecah, nak makan pun susah. Setiap kali terkena makanan dan minuman, kita akan rasa pedih dan sakit.

Untuk elakkan dari bibir pecah-pecah, kita kenalah cepat-cepat merawat masalh bibir kering. Apabila mula terasa bibir kering, bolehlah cuba cara-cara di bawah ini;

rawat bibir kering (1)

Cara Rawat Bibir Kering

1. Sapu madu pada bibir

Madu adalah pelembap semulajadi dan mempunyai sifat antibakteria. Sapukan madu asli pada bibir beberapa kali sehari.

2. Sapu minyak

Jika tiada madu di rumah, anda juga boleh menyapukan minyak untuk melembapkan bibir. Anda boleh pilih untuk menggunakan minyak kelapa, minyak zaitun, ataupun minyak  biji sawi.

3. Gel lidah buaya

Anda juga boleh menyapu gel lidah buaya di bibir untuk melembapkan bibir dan melegakan kesakitan.

4. Gula dan Madu

Campukan dua sudu gula dan satu sudu madu. Kemudian, gosokkan campuran tadi pada bibir untuk menanggalkan sel-sel mati pada bibir. Ini akan kembalikan semula kelembutan semulajadi bibir

5. Minum banyak air

Ini merupakan cara yang paling penting dan mudah untuk merawat masalah bibir kering. Pastikan anda minum sekurang-kurangya lapan gelas air suam setiap hari.

 

Mama harap agar perkongsian ini dapat membantu anda untuk bebas dari masalah bibir kering.

Salam sayang dari MamaBard,

Portfolio MamaBard

2 Responses

  1. Aini Rasidda Norazmi
    | Reply

    Assalammualaikum .
    Masalah bibir pecah memang tak dapat dielakkan dalam kalangan kita terutamanya golongan remaja . Takkan hari hari nak dok tepek lipbalm je kot kan ?Antara Punca Bibir Pecah Dan Kering Dengan Mudah
    Yang ramai antara kita pandang remeh .Sekiranya anda ada apa apa kemusykilan atau pertanyaan berkenaan masalah kesihatan anda , jangan tangguh tangguh lagi untuk hubungi saya (Whatsapp +60107096284 Aini)

  2. Nora Karim
    | Reply

    Anak saya selalu ada masalah bibir kering ni.. padahal baru umur 5 thn… nanti boleh try ltk madu…
    Nora Karim recently posted..Kad Raya Ala TradisiMy Profile

Leave a Reply

CommentLuv badge