» » Makanan Terpilih Untuk Meningkatkan Kesuburan Bagi Lelaki

Makanan Terpilih Untuk Meningkatkan Kesuburan Bagi Lelaki

makanan tingkatkan kesuburan bagi lelaki (1)

Assalamualaikum.

Ramai pasangan yang tengah berusaha mendapatkan cahayamata akan berusaha untuk meningkatkan kesuburan. Walaupun seringkali masalah ini hanya dibebankan pada isteri sahaja, namun suami juga patut berusaha untuk meningkatkan tahap kesuburan mereka sendiri.

Di sini saya nak kongsikan 6 jenis makanan untuk meningkatkan kesuburan bagi lelaki. Tak salah mencuba kan. Manalah tahu dengan usaha ini, Allah akan beri anugerah anak yang tidak ternilai harganya itu. Ok jom kita lihat jenis-jenis makanan terpilih ini.

1. Pisang

Pisang sangat bagus diamalkan kerana dapat membantu meningkatkan bilangan sperma. Di dalam pisang juga terdapat sejenis enzim yang membantu meningkatkan pengeluaran hormon testosteron (hormon seks lelaki).

Selain itu, pisang juga kaya dengan vitamin B1, A dan C, yang membantu menghasilkan sperma yang berkualiti.

makanan untuk meningkatkan kesuburan

2. Coklat

Coklat dapat meningkatkan bilangan sperma dan isipadu air mani. Ianya mengandungi L-arginin, iaitu sejanis amino asid yang diperlukan oleh tubuh untuk menghasilkan sperma. Menurut kajian saintifik, pemakanan L-arginin sebagai makanan tambahan selama beberapa bulan secara konsisten dapat meningkatkan kuantiti dan kualiti sperma.

L-arginin juga menyebabkan pengembangan salur darah, yang meningkatkan aliran darah apda alat sulit dan membantu proses ereksi.

3. Buah Delima

Buah delima adalah bersifat antioksidan, di mana ianya dapat melawan malondialdehyde (MDA), iaitu sejenis bahan kimia dalam salur darah yang boleh membunuh sel sperma. Bilangan MDA ini adalah tinggi di dalam badan seorang perokok.

4. Kacang Walnut

Kacang walnut mengandungi asid lemak omega-3 yang membantu meningkatkan aliran darah ke zakar. Ianya juga mengandungi L-arginin seperti yang terdapat dalam coklat.

5. Bayam

Bayam mengandungi bilangan asid folik yang tinggi. Ini membantu meningkatkan kuantiti sperma dan menghasilkan sperma yang sihat dan aktif bergerak.

6. Telur

Telur dapat membantu meningkatkan bilangan sperma dan memperbaiki kesuburan. Telur kaya dengan kandungan vitamin E, di mana kekurangannya boleh menyebabkan berlakunya kemerosotan tisu buah zakar.

Kredit: NotaHidupSihat

One Response

  1. Aizah
    | Reply

    Tips yg menarik ni. tq 4 sharing 🙂
    Aizah recently posted..Ketahui Bilakah Waktu Subur Suami Supaya Mudah HamilMy Profile

Leave a Reply

CommentLuv badge