» » 5 Masalah Penyusuan Susu Ibu Yang Anda Dan Pasangan Perlu Tahu

5 Masalah Penyusuan Susu Ibu Yang Anda Dan Pasangan Perlu Tahu

Assalamualaikum.

Alhamdulillah makin ramai yang sedar tentang kelebihan susu ibu. Dan Mama yakin ramai ibu-ibu yang dah mencari banyak ilmu penyusuan semasa mereka mengandung lagi.

Walaupun menyusukan bayi ini adalah perkara semulajadi, tapi banyak benda yang kita perlu belajar untuk menjayakannya. Bukan mudah tau nak lengkapkan dua tahun penyusuan, tapi itulah yang terbaik buat anak-anak.

Bagi yang ingin menyusukan bayi mereka nanti, eloklah ambil tahu dulu tentang lima cabaran/masalah ini. Sediakan kekuatan mental dulu untuk hadapi benda-benda ini bila bayi dah lahir nanti.

5 Masalah Penyusuan Susu Ibu Paling Kerap Berlaku

masalah penyusuan susu ibu (1)

1. Rasa sakit semasa bayi menyusu

Ini perkara normal, terutamanya bagi yang pertama kali menyusukan bayi. Kita akan rasakan yang gusi bayi keras dan hisapan mereka menyakitkan. Rasa sakit ini disebabkan bayi tak ‘latch’ pada puting dengan betul. Cara yang betul adalah hampir keseluruhan aerola berada dalam mulut bayi. Anda boleh tengok video di Youtube untuk dapatkan gambaran tentang teknik latching yang betul

2. Puting melecet dan luka

Bila bayi tak latch dengan betul, lama-lama puting akan melecet dan luka. Memang sakit bila puting dah luka. Terutamanya bila bayi tengah menyusu. Memang rasa nak menangis pun ada. Untuk puting yang luka, bolehlah sapukan ubat gamat untuk sembuhkan luka. Tetapi jangan lupa untuk basuh dengan bersih sebelum menyusukan bayi. Dan pastikan pakai baju longgar untuk pastikan ada pengudaraan pada payudara (untuk mengeringkan luka)

3. Bengkak susu

Masalah bengkak susu ini memang biasa jadi, dan memang menakutkan setiap ibu-ibu yang menyusukan. Bengkak susu disebabkan oleh susu tak dapat keluar dengan sempurna. Anda boleh amalkan tips-tips yang Mama kongsikan di entri ini untuk elakkan dari terkena bengkak susu. Kalau dah terkena bengkak susu, guna pula cara-cara ini untuk elakkan dari bengkak susu bertukar menjadi demam.

4. Mastitis

Bila bengkak susu dibiarkan, ada kemungkinan anda akan terkena mastitis pula (jangkitan pada payudara). Kalau dah kena ni memang akan demamlah. Anda perlu berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan yang seterusnya. Jangan dibiarkan sahaja tau.

5. Bayi mengempeng

Bayi yang minum susu ibu memang terkenal dengan ‘mengempeng’; iaitu asyik nak melekap je dengan ibu. Sebenarnya mengempeng ini adalah satu cara bayi untuk menenangkan diri. Kalau ibu dah tak larat sangat dengan anak yang mengempeng, bolehlah pas baton pada suami pula.

Salam sayang dari MamaBard,

Portfolio MamaBard

Leave a Reply

CommentLuv badge