» » 7 Cara Menjaga Persahabatan

7 Cara Menjaga Persahabatan

1. SALING PERCAYA

Ini penting bagi memudahkan persahabatan.Jangan begitu percaya pada gossip yg diperkatakan oleh rakan2 yg lain.Perlu selidiki kebenarannya dan tak perlu terburu2. Menjalin persahabatan yang kekal memang sukar.Apa yangg penting ialah saling mempercayai kepada rakan masing2.Itulah kunci utama bagi mengekalkan persahabatan.Tanpanya, percayalah amat sukar untuk menemui seorangg sahabat yg benar2 karib.

2. SALING MEMAHAMI
Saling memahami bermaksud faham apa yang ada pada sahabat,dan memahami apa yang dikehendaki dan yang dibenci.Persahabatan adalah perlakuan yangg mengerti akan kekurangan atau kelebihan yang ada pada sahabat.Ingat,jangan sampai berat sebelah kerana ia akan terasa bahawa dirinya seperti bukan sebahagian daripada persahabatan itu.

3. SALING MEMBANTU
Kalau sudah bersahabat,pastilah saling membantu.Bukan setakat yg termampu dan tidak perlu sampai mengorbankan diri sendiri.Tetapi jangan pura2 tidak tahu masalah sahabat kerana mahu mengelak dari membantu.Tunjukkan bahawa kamu selalu bersedia membantu sahabat yang dalam kesusahan,kecuali dia memang tidak mahu pertolongan.

4. JUJUR DAN TERBUKA
Sebagai seorang sahabat harus bersikap jujur dan terbuka kepada pasangan anda.Tidak perlu menyembunyikan perasaan dalam diri sekiranya ada perlakuan yang tidak kena pada rakan.Yang penting tegurlah secara berbahasa walaupun terbukti salah pada pihaknya. Melalui teguran dan nasihat persahabatan ini menjadi lebih murni.

5. SALING BERTOLAK ANSUR
Sekiranya ada masalah kecil tetapi menjadi satu pertelingkahan yang besar salah seorang perlu bertolak ansur demi menjaga kepentingan persahabatan.Tetapi sekiranya tetap berlaku bermakna persahabatan itu masih belum sempurna dan perlu diperbaiki. Salah seorang daripada sahabat itu perlu pula menjadi orang tengah sebagai hakim yang boleh menyelesaikan masalah yang wujud.

6. SALING MENEPATI JANJI
Janji amat perlu ditepati kerana ia mempengaruhi persahabatan.Sekiranya terpaksa melewatkan janji ia perlu diberitahu seawal mungkin bagi mengelakkan penantian. Jangan lupa meminta maaf di atas di atas kegagalan menepati jajni sekurang2nya ia akan menyejuk hati walaupun sedikit terkilan.

7. SALING MENGHARGAI
Mentang2lah dia sahabat sendiri,maka selalu saja mengkritik sahabat dan menyinggung perasaaan.Kebiasaan ini perlu dihindari kerana lama kelamaan akan mengurangkan rasa hormat sahabat pada kita.Hargai bentuk pendapat sahabat kita walaupun terdapat kesilapan tetapi selepas itu akan mudah untuk menegurnya kerana masing2 faham tentang sikap masing2 dan saling menghargai.

Kredit: tak tahu nak bagi kredit kat siapa…sebab dokumen ni dah ada dalam laptop..huhu..

2 Responses

  1. M.rifqi alkausar
    | Reply

    Thanks atas informasiny tentang persahabatan

  2. arsyil
    | Reply

    assalamualaiakum w,b,t
    perkongsian yang begitu menarik terima kasih

Leave a Reply

CommentLuv badge