» » 7 Tips Diet Sihat Yang Paling Asas Perlu Anda Tahu

7 Tips Diet Sihat Yang Paling Asas Perlu Anda Tahu

Assalamualaikum.

Untuk mendapatkan badan yang sihat, kita perlu mengamalkan diet sihat sepanjang masa. Pengambilan makanan seharian perlu dijaga dengan betul. Senaman juga perlu dilakukan secara kerap dan konsisten. Bagi yang baru hendak mengamalkan gaya hidup sihat, di sini Mama hendak kongsikan tips diet sihat paling asas yang anda perlu tahu.

1. Jangan tinggal sarapan pagi. Anda perlu ambil makanan yang berat untuk sarapan pagi supaya tubuh kekal bertenaga sepanjang hari. Ini juga bagi mengelakkan anda mengambil makanan tengahhari secara berlebihan.

2. Lebihkan sayur-sayuran dan buah-buahan dalam setiap hidangan makanan anda. Ambil buah-buahan dahulu sebelum memakan menu utama. Ini kerana menu utama selalunya merupakan makanan yang berkalori tinggi. Bila anda sudah memakan buah terlebih dahulu, anda akan berasa sedikit kenyang dan tidak akan memakan menu utama dengan terlampau banyak.

3. Ambil hidangan sup lebih banyak. Sup mengenyangkan, tetapi berkalori rendah. Jadi ini merupakan kelebihan yang perlu anda hargai.

tips diet sihat

4. Makan dengan perlahan-lahan. Jangan gopoh sangat semasa makan sampaikan semua makanan hendak disumbat sekaligus. Kunyah makanan sehingga hancur.

5. Minum air lapan gelas sehari. Air membantu untuk membakar simpanan lemak dalam badan.

6. Pilih makanan yang dimasak dengan menggunakan cara merebus, memanggang, atau mengukus. Makanan yang dimasak dengan cara ini mempunyai nilai kalori yang lebih rendah.

7. Ambil probiotik secara kerap, kerana ianya akan membantu membekalkan bakteria baik dalam usus yang membantu penghadaman yang lebih baik.

Leave a Reply

CommentLuv badge