» » Adab Seorang Isteri Yang Bergelar Blogger

Adab Seorang Isteri Yang Bergelar Blogger

Assalamualaikum.
Sejak akhir-akhir ni saya ada ternampak isu “isteriku blogger” ini. Kiranya saya pun termasuk dalam kategori ini lah, kan? Sebab saya dah kahwin. Nak jadi emak orang dah pun. Hehe.
Saya bukan nak mempertikai pilihan seseorang isteri untuk menjadi blogger, sebab saya pun termasuk dalam kategori ini. Tapi saya cuma mahu sentuh sikit tentang isu ni. Sikit je, promise!
~comel tak header baru Blog Bardboo?~

Buat semua isteri yang bergelar blogger, adab sebagai seorang isteri WAJIB dijaga walaupun korang hanya menaip dan berkata-kata di dunia maya. Kerana yang membacanya adalah orang-orang yang di dunia nyata.
Jadi, isu-isu dalam bilik (paham-paham sendiri) kenalah simpan sendiri. Takperlu diheboh-hebohkan di dalam blog. Dosa tau! Kalau kita nak cerita dengan kawan-kawan pun tak boleh, inikan pula nak dijadikan entri di blog yang bukan setakat orang tak kenal je yang baca, budak bawah umur pun boleh baca, ye tak?
Lagi satu, jangan tulis mengenai keburukan suami atau apa-apa yang mengaibkan dia. Kita sebagai isteri kan kena jaga maruah suami. Kalau nak puji dia takpe. Sebab nanti manalah tahu dia baca blog korang ke, then dia terkembang hidung baca entri korang, tiba-tiba dia balik kerja nanti dia bagi korang Galaxy Tab satu, sambil berkata:

Ini sayang, hadiah buatmu. Berbloglah lagi tentang Abang k, puji Abang lebih-lebih sikit. Manalah tahu ada blogger perempuan lain yang terpikat kat Abang ke, bolehlah Abang cukupkan kuota yang ada ni. Hehe. =P

Disebabkan kena menjaga adab sebagai seorang isteri inilah, saya dah jarang berblog tentang hal peribadi. Sebab saya takut terkeluar benda-benda yang tak patut dikongsikan dengan orang-orang luar. Kalau masa bercinta dulu, memang kebanyakkan entri saya berbentuk peribadi. Sekarang tak lagi. Semua benda perlu ditapis-tapis.
Jadi kawan-kawan semua, jom kita tapis-tapis dulu apa yang nak ditaip di blog selepas ini ye. ^_^

2 Responses

  1. Ummi Hanie
    | Reply

    salam, sy setuju sgt dgn bardboo… bukan nak kata, tp mmg ada blogger bergelar isteri ni yg terang2 mengata2 suaminya… sy rasa itu tidak wajar kan…

    masih di perancis ke bardboo? bestnye merantau… 😉
    Ummi Hanie recently posted..Malaysia Top BloggerMy Profile

  2. mymekar
    | Reply

    Saya setuju. Bukan semua cerita perlu ditulis dalam blog. Berpada-padalah. Kadang2 kita tak tau ada org dengki lihat kebahagiaan kita tak pasal2 dicari semua maklumat kita hanya membaca blog yg kita tulis. Satu lagi…kalu nk post gambar family, kena hati2 juga..

Leave a Reply

CommentLuv badge