» » » African Safari di Toulouse | Bawa Ammar Tengok Binatang

African Safari di Toulouse | Bawa Ammar Tengok Binatang

Assalamualaikum.

Bila cuti dah habis, maka tibalah masa untuk update cerita mengenai apa yang dibuat sepanjang cuti seminggu yang lepas. Seperti yang saya cakap dalam entri sebelum ini, kami tak dapat nak berjalan sangat pun. Tempat pertama yang kami pergi ialah African Safari inilah. Dekat je tempatnya, lebih kurang dalam 30minit dari rumah.

Harga tiketnya bagi saya boleh tahan mahal juga la, sebabnya safari ni tak besar sangat pun. Dan haiwan yang ada pun tak banyak. Tapi disebabkan memang nak bawa Ammar pergi tengok-tengok binatang (selalu tengok dalam TV dan buku je), tu yang kami bawa juga.

Kami bertolak pergi lepas Zohor, masa tu pun cuaca Ok. Kalau ikut ramalan cuaca, petangnya akan hujan. Jadi kena bergerak dengan cepat. Lepas dah bayar tiket, kereta akan lalu dulu di kawasan terbuka yang dipenuhi dengan binatang-binatang. Masa ni Ammar baru bangun tidur (dipaksa bangun sebab dia tidur lena sangat), jadi dia buat muka seposen je masa tu. Hehe, sabar jela.

Bila dah habis satu pusingan, letak kereta di kawasan parking dan masuklah ke kawasan kurungan seperti dalam zoo biasa.

25 Responses

  1. olive19
    | Reply

    cantik sekali kuda belangnya seperti kue marmer

  2. AkmaOmar
    | Reply

    Ala cutenya Ammar, seronok dia dapat tengok binatang2 tu kan, aritu bawak adam pi zoo, terjerit2 dia tengok binatang hahaha
    AkmaOmar recently posted..Menang Besar Apabila Menulis Artikel BerkualitiMy Profile

  3. nurmisnan
    | Reply

    African Safari dimana ni sis?
    nurmisnan recently posted..10 kebaikan minum susuMy Profile

  4. syaifuddin alias
    | Reply

    sangat menarik pemandangan dan juga haiwan-haiwan yang semestinya tak ada kat mesia
    syaifuddin alias recently posted..SEO Extravaganza : Dijemput Semua Blogger Mencuba NasibMy Profile

  5. Hafizul
    | Reply

    cantiknya serigala..rasa nk pelihara jer..haha..ooo dekat ngn rumah?boleh pergi hari2 ler..haha..seronoknya..
    Hafizul recently posted..Wordless Wednesday #33 – AlhamdulillahMy Profile

  6. KiD
    | Reply

    waaaahhhh… ni kat france… seronok tengok!
    KiD recently posted..Selamat Ulangtahun ke 6 Pernikahan Dato’ Fazley YaakobMy Profile

  7. Jebeng Otai™
    | Reply

    sekali sekala bawak pi safari @ zoo mmg bgus jgak utk bdak2 kecik..hehe
    Jebeng Otai™ recently posted..Putar AlamMy Profile

  8. Eswahyudi Kurniawan
    | Reply

    Kurang lengkap jika tidak ada videonya 🙂 but, its OK
    Eswahyudi Kurniawan recently posted..Resep Masakan : Resep Kue Kering Nastar Selai Nanas | Belajar MemasakMy Profile

  9. donnyien
    | Reply

    selamat bercuti.. memang best jalan2 di zoo ni
    donnyien recently posted..Tahniah! Obama menang, adakah benda sama akan berlaku di Malaysia?My Profile

  10. puteri kasih
    | Reply

    wah bestnyer…mesti ammar seronok kan 🙂
    puteri kasih recently posted..Korang Bijak? Meh BuktikanMy Profile

  11. hafizmd
    | Reply

    Wah! Menariknye! Ambe kalau kat Malaysia ni ade yg jenis terbuka camni…nak jugak pergi, tp setakat ni p zoo negara ngn zoo melaka dululah…

    Seronoknya Ammar!
    hafizmd recently posted..Senaman Kuda Menggeliat?My Profile

  12. auc
    | Reply

    Maaf nak tanya Toulouse ni kat mana
    memang tak tahu betul 🙂

    memang best bawak anak2 ni
    auc recently posted..Wordless Wednesday #37 (Bounce Rate 0.00%)My Profile

  13. Naziman
    | Reply

    hahaha, cuti kita sama, bezanya sis pergi tempat lagi advance. Kami sekeluarga cuti baru-baru ni pun ada tengok binantang, pergi zoo ja. hehe
    Naziman recently posted..Seminar Ebook eXtended untuk SemuaMy Profile

  14. titan
    | Reply

    alalala…sukanya ammmarrrr
    titan recently posted..Komisen ke 21 dari InnityMy Profile

  15. Eizil
    | Reply

    Muka ammar dalam gambar last tu, macam orang yang terjumpa sesuatu yang berharga… muka bersinar-sinar… Seronoklah ammar boleh pergi tempat macam tu, budak-budak memang suka kalau boleh pergi tempat macam ni kan…

    Teringin gak nak pergi safari yang bebetul tu, yang memang binatang liar tu bebas…
    Eizil recently posted..Anda tanya Eizil jawab.My Profile

  16. Mummy Akmar
    | Reply

    mesti ammar gembira dpt tgk live binatang2 ni
    Mummy Akmar recently posted..iPhone 5 Gadget IMPIANMy Profile

  17. Denaihati
    | Reply

    wah, puas amar hujung minggu ziarah zafari, boleh tunggang kuda ke…
    Denaihati recently posted..Kerja Makan Gaji vs Kerja SendiriMy Profile

  18. akubiomed
    | Reply

    tak takut Ammar melihat binatang liar. 🙂
    akubiomed recently posted..Yang rajin komen di blog AkuBiomed bulan OktoberMy Profile

Leave a Reply

CommentLuv badge