» » » Ajar Ammar Membaca Menggunakan Flash Card

Ajar Ammar Membaca Menggunakan Flash Card

Assalamualaikum.

Sekarang Ammar dah masuk lapan bulan, dan saya dah mula untuk mengajar Ammar membaca dengan memperkenalkan dia kepada flash card (kad imbasan). Mungkin ada yang beranggapan Ammar masih terlalu kecil, tapi bagi saya, tidak salah rasanya. Saya bukan paksa dia untuk belajar pun, sebabnya saya akan jadikan proses ini seseronok yang boleh.

Sebenarnya dah lama saya buat kajian untuk mengajar bayi membaca ini. Dan semangat untuk mengajar Ammar pun berkobar-kobar dah. Terus ajak Cik Abang untuk pergi beli kertas keras dan marker pen. Saya buat sendiri je flash card untuk Ammar ni, malas nak beli.

Tapi lepas dah beli barang2 ni semua, Ammar tak sihat plak. So tangguh dulu sesi pembelajaran sampai Ammar betul2 sihat. Takkan lah tengah hingus dia meleleh-leleh tu pun nak suruh gak dia tengok flash card ni kan? Kejam sungguh. Huhu.

Bermula dari semalam, saya dah tunjukkan Ammar dengan lima perkataan, dan diulang sebanyak tiga kali dalam sesi yang berlainan. Hari ini saya akan tambah lagi satu set yang mempunyai lima perkataan, juga akan ditunjukkan sebanyak tiga kali.

Ada yang beranggapan bayi yang diajar dengan cara ini bukannya betul2 pandai membaca pun, tapi lebih kepada hafalan semata-mata. Mungkin betul juga fakta tu. Tapi tak salah mencuba. Sekurang2nya dapat menjana daya ingatan yang kuat. Tak gitu?

Dan ada juga yang mengatakan dengan mengajar bayi terlalu awal ini seolah-olah kita mengambil keseronakan zaman kanak-kanak. Hurm, setiap orang ada pandangan dan pendirian masing2. Dan setiap orang ada cara dia yang tersendiri untuk mendidik anak-anak.

Bagi saya, saya memang nak ajar Ammar membaca cepat. Sebabnya saya nak tanamkan minat membaca dalam diri Ammar. Biar dia lebih dekat kepada buku, daripada dekat kepada benda2 lain yang melalaikan. Nanti Ammar bolehlah temankan Mama baca buku, kan sayang?

Ibu-Ibu Ini Tahu Apa Perlu Buat Bila Anak Kurus Kering dan Sering Sakit di Taska:

42 Responses

  1. sipri
    | Reply

    bolehka mengirim tips rahasia mengajar anak usia 3-6 tahun?

  2. nur
    | Reply

    saya pn teringin nak ajar baby sy umo 6 bln baca memandangkan saya suri rumah. tp x tau cmne caranye..

  3. amgyver
    | Reply

    insyaallah ammar boleh membaca pada usia yang awal. Mak saya dulu mengajar saya membaca menggunakan flashcard tapi pada usia lebih setahun. perkataan yang mula sekali ialah bola. pada usia 3 tahun saya boleh mengeja dan membaca perkataan yang panjang seterusnya membaca surat khabar. Tetapi saya hanya pandai membaca tanpa memahami maksud ayat tersebut. Disebabkan boleh membaca, saya masuk tadika pada usia 5tahun. Mula2 memang seronok tetapi lama-lama menjadi bosan sebab semuanya kita dah tahu. Minat untuk belajar di kelas menjadi kurang dan saya menjadi nakal. Mujur mak dan ayah saya selalu memantau tingkahlaku saya. Di sekolah rendah saya memang seorang yang popular kerana perangai saya tetapi prestasi akedemik yang memberangsangkan. Disebabkan keputusan UPSR yang cemerlang, saya menyambung pengajian ke sekolah berasrama penuh aliran agama iaitu SMKA. Di situ, perangai saya bertambah nakal dan bertambah terkenal kerana perangai saya. Tambahan pula saya tidak suka tinggal di asrama dan selalu berharap agar dibuang asrama. Rendahnya mentaliti saya ketika itu. Akhirnya saya berjaya keluar dari sekolah itu disebabkan keputusan PMR yang tidak mencapai syarat iaitu hanya 3A daripada 4A yang sepatutnya. Oleh kerana minat yang mendalam dalam bidang teknikal, saya masuk ke Sekolah Menengah Teknik dan tinggal bersama keluarga. Di situ keadaan bertambah buruk kerana saya bergaul dengan rakan yang tidak sepatutnya. Sesetengah guru pula tidak memberi komitmen untuk mengajar dan ini memburukkan lagi situasi. Semasa di tingkatan 4, saya tiada guru untuk subjek Matematik Tambahan. Nasib baik bapa saya selalu berhubung dengan Penolong Kanan HEM dan memantau tingkahlaku saya di sekolah. Semasa di tingkatan 5, barulah saya cuba berubah. Alhamdulillah, saya lulus SPM walaupun tiada satu subjek pun yang A. Keputusan saya adalah yang terbaik di dalam kelas kerana rakan-rakan yang lain memperolehi dua atau 3A, tetapi mempunyai subjek yang gagal. Barulah saya tahu, bilangan subjek yang A tidak berapa penting. Rakan-rakan saya yang lain melanjutkan pengajian Sijil Politeknik. Saya pula ditawarkan Diploma Politeknik Ungku Omar. Saya mula berazam untuk berubah. Saya berjaya menamatkan pengajian dan dianugerahkan Pingat Ketua Jabatan kerana CGPA atas 3.50. Kini saya sedang melanjutkan pengajian di Universiti Tun Hussein Onn (UTHM) di tahun 2 ijazah sarjana muda dalam bidang kejututeraan mekanikal.
    Itulah sedikit sebanyak kisah hidup Ammar yang bercita-cita menjadi Jurutera. Nama saya juga Ammar.

  4. Siti
    | Reply

    Cara mama Ammar buat ni sebijik macam seorang ibu ni..dan baby beliau boleh membaca sebelum umur setahun lagi..
    baca mengenai BABY PANDAI BACA

  5. cikCT
    | Reply

    blogwalking…bagus usaha mama Ammar ni..saya pun stat kenalkan anak dari usia baby lagi. memang pada awalnya dia menghafal..tapi itu merupakan salah satu cara yg kita panggil whole word approach..
    kalo berminat nak cari buku2 islamik utk kanak-kanak boleh tengok kt page cikCt… 🙂
    https://www.facebook.com/media/set/?set=a.3614597450845.160310.1451076826&type=3

  6. mimie
    | Reply

    Saya pun tgh buat research cemane nak start ajar my baby reading…anak saya baru 6bulan, tapi thru my research boleh start as early as can..

  7. Mama adam
    | Reply

    Bagus sangat usaha ni. Ammar akan menghafal buat permulaan. Tapi, lama-kelamaan, otaknya akan dapat tangkap pattern. Ini akn memudahkan dia membaca di kemudia hari.

    Utk anak saya dulu, saya ajar juga sikit2. Vocab dia alhamdulillah. Jauh berbanding cousin yang dah masuk sekolah.
    Mama adam recently posted..Field Trip To Petrosains KLCCMy Profile

  8. ciksembang
    | Reply

    masukkan elemen grafik kat flash card ..
    ciksembang recently posted..Aqil di Motivasi Alihan Pelajar Day 1My Profile

  9. Juan
    | Reply

    wahhh, mesti cepat pintar nih
    Juan recently posted..Latest Western Actor May Convert to IslamMy Profile

  10. Zida
    | Reply

    bagus betul.

    zida ni risau dengan adik zida yang baru masuk darjah 1 ni. masa tahun lepas asyik maaaaaaaaaaaaaain je keje, pastu bila suruh baca malas gila. bila baca, lambat. takut pulakkk zida 🙁
    Zida recently posted..Exam Break, School Break, Winter Break!!My Profile

    • mizi
      | Reply

      Salam,

      Cuba bagi dia belajar sambil bermain game.
      Ai, pelik pulak bunyinya… macam mana dengan bermain game boleh belajar???
      Haha, ada caranya….
      bagi adik atau anak bermain game pembelajaran…
      cuba intai blog http://e-zilearn.blogspot.com
      kat situ ada game belajar dan game relaks yang saya reka sendiri, boleh muat turun secara percuma. FOC

  11. Aizan Fahri
    | Reply

    ajar dia maen game flash kat miniclip pun jadi jugak… melatih anak2 utk mengenali dunia teknologi dengan permainan #sarcasm

    kalau saya lah, nanti dalam rumah tak nak ada TV… itu hanya harapan semata-mata… bak kata org bijak pandai lah…

    “the rich people owns a small tv but a big library with books of knowledges, but poor people owns the big TV with no books”…

    harap2 harapan tuh boleh dicapai… (i’m 18 and I know it is possible)
    Aizan Fahri recently posted..Komen-Komen Sekalian Bertaraf Spam – Marah !My Profile

  12. kimmie
    | Reply

    masa kecil ni lah kita perlu membina IQ kanak-kanak. Rasanya bagus apa yg dibuat ni.
    kimmie recently posted..BBQ sempena cuti Tahun Baru CinaMy Profile

  13. tuan tanah
    | Reply

    flash card pun ok apa, tak kisah guna apa sekali pun yang penting penyampaian kita kepada anak tu….saya guna buku yang rm3-4 jer tapi sekali sekala guna juga youtube atau pun VCD….:)
    tuan tanah recently posted..Video Highlights Liverpool vs Man City 2-2 Carling Cup 2012My Profile

  14. puanbee
    | Reply

    bagi akk okey je ajar anak2 ni guna apa pun , selain dr mengajar mereka , mereka juga akan rasa lebih dekat dengan kita . ye dak cuma pendekatan tu je jangan terlalu memaksa , buat secara santai .. kanak2 ni cepa bosan , oleh itu masa pun sekejap2 dah okey
    puanbee recently posted..Upcoming Blogger Of The Year – Jom UndiMy Profile

  15. muazfaris
    | Reply

    didik anak sejak kecil bagi efek besar pada masa besar nanti..

    ermm, btw, lari sikit topik. Berminat nak buat anchor text change dengan blog ni, sudi tak?
    muazfaris recently posted..Apa kejadahnya buat Blog Contest??My Profile

  16. Kazen
    | Reply

    bestnye ade anak kan….sy ade satu bahan nk show kt akak tp tggu Ammar masuk darjah 1 hehe 🙂
    Kazen recently posted..6 Sikap Perlu Ada Pada Blogger Super Yang BerjayaMy Profile

  17. Myra Jay
    | Reply

    Pendidikan seawal usia ini perlu sbb masa ni otak mereka tengah berkembang, dan mereka mudah mengingat 🙂
    Myra Jay recently posted..Korang Vote MJ, HADIAH akan diberikan ~)My Profile

  18. Kak Long Mawar Merah
    | Reply

    Pendekatan yang baik. Lagipun kanak-kanak mudah belajar bila mereka masih kecil. Mungkin boleh kenalkan gambar dulu sebelum ajar perkataan.
    Kak Long Mawar Merah recently posted..Mee Banjir Udang Kuala Sepetang Mak Teh Menggamit DatangMy Profile

  19. Denaihati
    | Reply

    biasa guna kaedah ni ajar nak2 masa kecik diaorang kecik2 dulu. memang berkesan.
    Denaihati recently posted..Best of the Best Blog of the Year Award – Undian DiperlukanMy Profile

  20. Azman
    | Reply

    Saya ajar anak(perempuan) seawal usia setahun.Dari kecik dah beli buku yg bergambar,bila dia setahun belikan laptop budak2 yg ada abc,123,muzik dll.Dia belajar abc dan sebutan,spelling dari situ.

    Flash card tak pernah guna lagi.Mungkin boleh cuba untuk anak no 4 nanti 🙂
    Azman recently posted..BLOGGER SOCIAL MEDIA AWARDS 2012My Profile

  21. Ibu Mifzal Arsyad
    | Reply

    bagus tu awal2 dah mula kan pendidikan utk anak..mungkin juga kalau ditambahkan dgn gambar lebih menarik…mengikut pengalaman sy, anak sy lebih suka buku bergambar dan berwarna drpada perkataan serta yg berbunyi means mcm ada lagu..byk sbnrnya cara mempelbagaikan pengajaran ni sbb anak2 kebolehan dan minat x sama..anak sy alhamdulillah..diusia 3 tahun lebih sudah boleh mmbaca beberapa perkataan dan dpt menulis ABC sampai Z dgn betul dan tahu apa yg dia tulis…syukur..sbb tu bagus bila kenalkan pelajaran pd anak2 di usia muda..sy sgt sokong cara bardboo..
    Ibu Mifzal Arsyad recently posted..Tips Perjalanan Jauh Untuk Ibu MengandungMy Profile

  22. ohcikgu
    | Reply

    pasni bolehlah amar bercakap hari-hari..
    ohcikgu recently posted..Undi Ohcikgu.com untuk kategori Best Educational Blog dalam World Blogger and Social Media Awards 2012My Profile

  23. Mus
    | Reply

    saya sekarang dah mula jadi cikgu di rumah..
    Mus recently posted..Latok, ‘Anggur Laut’ Yang SedapMy Profile

  24. shraqs
    | Reply

    Sy rasa ok jer at least bleh tambah dia punya vocab…
    shraqs recently posted..Muzium Sultan Alam ShahMy Profile

  25. ema
    | Reply

    tidak salah dari kecil kita mengajar anak. sebenarnya dari kecil otaknya banyak mengingati…
    ema recently posted..Penapis Air PentingMy Profile

  26. akubiomed
    | Reply

    Bagus idea ini. Pesanan tambahan beri perhatian mengunakan alat bantu mengajar yang tidak mengandungi toksid.
    akubiomed recently posted..Cikmin 2nd Birthday Blog & Macaron GiveawayMy Profile

    • akubiomed
      | Reply

      Saya berpendapat flash card lebih sesuai gambar bersama abjad. Contoh gambar epal berwarna merah dengan huruf abjad A.

      Pengenalan perkataan terlalu awal. Mungkin Ms Yati boleh komen kot.
      akubiomed recently posted..Cikmin 2nd Birthday Blog & Macaron GiveawayMy Profile

      • Bardboo
        | Reply

        saya ada baca..kalau ajar abjad a,b,c..lebih susah untuk bayi terima..jadi lebih senang untuk ajar secara ‘sight reading’…

        p/s: terima kasih atas peringatan..akan cuba cari alat pengajaran yang tak bertoksid…
        Bardboo recently posted..Ajar Ammar Membaca Menggunakan Flash CardMy Profile

  27. hatiputera
    | Reply

    salah satu cara pembelajaran yang bagus,,,nak tanya sikit,,,themes kita sama nom nom,,bagaimana nak kecikkan ruangan tengah nie dan besarkan ruangan tepi sebab saya punya ruangan tepi kecik sangat,,,
    hatiputera recently posted..Kelayakan piala thomas 2012 tanpa Lee Chong Wei?My Profile

  28. Miss Yati
    | Reply

    Satu pendekatan yang baik. Di taska pun, bayi memang dah mula diajar mengenal warna, mengenal huruf, memegang, dan membezakan bunyi. Alhamdulillah, setakat ni berdasarkan pengalaman, bila dah masuk umur 4 tahun di tadika, proses pembelajaran mereka jadi lebih mudah 🙂

  29. titan
    | Reply

    aku tak ingat apa mak aku buat masa kecik dulu. Macam ni juga agaknya. haha..
    titan recently posted..Intensif tunai dari Mamamurai.comMy Profile

Leave a Reply

CommentLuv badge