» » Aktiviti Hari Ni + Pengumuman

Aktiviti Hari Ni + Pengumuman

Assalamualaikum.
Esok balik kampung! Yaey!! Tak sabar dah ni, sebab dah lama tak balik. Duk kat Parit Raja ni lama-lama pun boleh jadi tension kot. Sebab sejak lahir dah duduk kat tempat yang nak cari apa-apa pun dekat. Kat sini, nak cari McD kena pergi sampai ke Batu Pahat. Aduyai!!
Kali ni balik, saya akan duduk di rumah Bonda lama sikit. Sampai minggu depan. Sebabnya Khamis dan Jumaat ni Cik Abang ada kerja di Sepang, dan lepas tu weekend plak ada kerja di Johor Bharu. Karnival Kerjaya kot. So terpaksalah saya tinggal di rumah Bonda. But i loike ok? Boleh request nak makan macam-macam. Konon-konon mengidam. Hehe. ^_^
Dan selama seminggu lebih itu jugaklah saya akan berjauhan dari laptop dan broadband kesayangan. Alamak, mati kutulah saya! Huhu.
So aktiviti hari ini adalah buat scheduled entri, sehari satu entri cukuplah kot. Kalau tiba-tiba korang tengok dalam sehari tu ada dua entri, itu maksudnya saya berjaya mencilok laptop Kakteh! Hehe. Nampak gayanya aktiviti blogwalking tergendalah nanti. Jangan ada yang merajuk plak ye! =P
Dan hari ni gak saya nak basuh semua baju-baju baby. Sebab nak bawak balik Klang sekali, tinggalkan kat sana terus. Lepastu nak kemas beg dan gosok baju-baju kerja Cik Abang. Alahai, banyak plak kerjanya ye. Ok la, daa..

[KLIK SINI] Tutorial Cara Daftar Heartbeat

6 Responses

  1. bArdbOO
    | Reply

    @Cik Fia
    best3.. =)

  2. Cik Fia
    | Reply

    bestnya.. 🙂

  3. bArdbOO
    | Reply

    @Atiqah Adnan
    hehe..best2..x sabau dah nie..

  4. bArdbOO
    | Reply

    @Amy Syaquena
    trime kasih..

  5. Atiqah Adnan
    | Reply

    bestnye berehat di kampung.. ^^

  6. Amy Syaquena
    | Reply

    selamat pulang ke kampung…

Leave a Reply

CommentLuv badge