» » » Aktiviti Hujung Minggu Kami

Aktiviti Hujung Minggu Kami

Assalamualaikum.

Sekejap je dah berakhir dah hujung minggu yang dinanti-nantikan. Biasanya hujung minggu ni kenalah dipenuhkan dengan aktiviti2 berfaedah, kan? Antaranya meluangkan masa dengan famili, makan2, dan shopping [eh berfaedah ke? hehe].

Hari ini, kitorang pergi ke Vide Grenier. Vide Grenier ni tempat untuk menjual barang2 terpakai dengan harga yang murah. Dan dijalankan di tempat yang berbeza2 pada setiap hujung minggu. Kalau nak tahu lokasinya, boleh tengok di website Vide Grenier. Oh untuk pengetahuan korang, kat Perancis ni, tiap2 hari Ahad semua kedai ditutup. Termasuk juga hypermarket ke, supermarket ke. So untuk mengisi masa dan megosongkan poket, kenalah pergi ke Vide Grenier ni. Hehe.

Mula2 tadi kitorang pergi ke Vide Grenier di Frouzine, dengan niat nak mencari car seat untuk Ammar. Dari jauh, dah nampak satu car seat yang sangat cantik. Tapi bila sampai kat situ, rupa2nya dah ada orang beli. Kecewa! Bila tak dapat apa yang dicari teruslah balik. Lagipun sejuk sangat, tak tahan!

Masa dah nak sampai ke tempat tinggal kitorang, Cik Abang berhentikan kereta sekejap untuk bagi saya peluang untuk bawak kereta. Hurm kitorang baru je beli kereta Selasa lepas. So inilah kali pertama saya pegang stereng dan memangdu di negara orang ni. Kena beranikan diri untuk drive, barulah senang sikit nak merayap ke sana sini. Hehe.

Bila sampai je rumah dan bukak Facebook, barulah dapat tahu yang kat Mondonville pun ada Vide Grenier, dan jual barang2 baby. Apalagi, kitorang pun terus berdesup ke sana. Tapi sampai sesat-sesatlah jugak. Tak boleh harap betul GPS ni la – Gadget Penyebab Sesat!

Hasil terjahan di Mondonville, kami ย dapat merembat car seat (23euro) dan high-chair (15euro).

22 Responses

  1. Hazmin Hamudin
    | Reply

    kat perancis ahad kedai tutup ye..kalau kat malaysia buat macam tu, confirm bosan sume orang2 muda malaysia..hehe…wah…comel betul baby tu..lena tido dapat seat baru…hehe
    Hazmin Hamudin recently posted..Adik Khairul Fahmi Che Mat (Apek) Meninggal DuniaMy Profile

  2. kimmie
    | Reply

    comelnyer….seronok dpt high chair tu…lebar je senyum Ammar
    kimmie recently posted..GiveAway Kalendar Personal 2012 Kalis Air + 5 keping Gambar Saiz A4My Profile

  3. kakyong
    | Reply

    Amboi.. mantap dan semangatnya Ammar…
    kakyong recently posted..Beralih arahMy Profile

  4. Oh! budu
    | Reply

    wah.. bestnya.. ๐Ÿ˜€
    Oh! budu recently posted..Biodata Nazmi Faiz MansorMy Profile

  5. titan
    | Reply

    gambar budak tu tidur memang comel. Huh..geram tengok. haha..
    titan recently posted..Komisen ke 5 dari BidvertiserMy Profile

  6. ayu jamal
    | Reply

    suka tgk yang dia tido nganga tu..comel jer..he he
    ayu jamal recently posted..Rasai sendiri kehebatan Premium BeautifulMy Profile

  7. Pacifista
    | Reply

    ala comelnya si comel tu tido.hehe ๐Ÿ˜€
    Pacifista recently posted..Contest Gadget Impian: Like, +1, Tweet, Tolonglah…My Profile

  8. madammondoq
    | Reply

    baru sempat singgah sini.. comelnya baby u!!!

  9. Kazen
    | Reply

    comel baby tu..untunglah dpt pegi jln2…kalu ade sourvenier tu post laa kt cini haha :p
    Kazen recently posted..Done with MMU terus balik !My Profile

  10. Juan
    | Reply

    selesanya dia tido di carseat baru, hehe, eh kereta tu macam kereta perdana jer, betul ker ke saya salah
    Juan recently posted..Hijrah, Perlukah..My Profile

  11. farhanaDr
    | Reply

    Amboi.. Suka dia dapat kerusi baru.. Senyum lebar.. Heeee.. ๐Ÿ˜€
    farhanaDr recently posted..Encik, Selamat Hari LahirMy Profile

Leave a Reply

CommentLuv badge