» » » [AKTIVITI] Main Air

[AKTIVITI] Main Air

Assalamualaikum.

Nampak tak perubahan yang ada kat blog Mahligai Cinta ini? Mama dah buat design blog ni seakan-akan sama dengan blog utama Mama (Blog Bardboo). Dan Mama juga dah tambah beberapa jenis halaman/page untuk blog ini. Yang paling penting adalah halaman ‘Artikel Pilihan‘ ┬átu. Dari masa ke semasa Mama akan tambahkan link ke entri-entri menarik yang Mama pernah baca dan Mama rasa dapat memberi manfaat kepada pembaca.

Ok berbalik kepada tajuk entri kali ni. Rasanya dah lama sangat Mama tak bagi Ammar main air. Sebabnya bila Ammar dah main air, Ammar liat sangat nak berhenti. Mesti menangis-nangis bila dah habis main. Mama tak larat nak bergelut untuk keluarkan Ammar. Huhu.

Entah macam mana, tiba-tiba minggu lepas Mama rasa nak bagi Ammar main air puas-puas. Dan kebetulan pula Papa di rumah. Bolehlah Papa yang keluarkan Ammar nanti. Dan sambil-sambil tu jadi photographer. Hehe. Disebabkan Ammar dah besar, Mama pakaikan Ammar dengan cloth diaper masa mandi tu, sebab tahu nak ambil gambar. Tak mahulah bogel-bogel dah, malu! Hehe.

Seronok je Ammar dapat main toys dalam bath tub kan? Lama juga Ammar berendam dalam air ni. Lepas habis je buat aktiviti ni, terus Ammar mengantuk nak tidur. Penat sangat lah tu! Hehe. Lepasni tak tahulah bila lagi Mama nak bagi Ammar main air lagi macam ni. Sebab sekarang cuaca dah sejuk, bawah 10C. Kesian la kat Ammar nanti kesejukan pula. Jadi jom kita fikirkan aktiviti-aktiviti lain pula ye! ^_^

Leave a Reply

CommentLuv badge