» » » Main Cop-Cop Guna Kentang

Main Cop-Cop Guna Kentang

Assalamualaikum.

Alahai, Mama rasa nak tergelak pula baca tajuk entri kali ni >>Main cop-cop guna kentang?<< Hihi, tak ada idea la nak letak tajuk apa. Ke patutnya main tekap-tekap? Mana satu yang betul?

Iskh tak kisahlah. Tapi yang pasti itulah benda yang Ammar main tadi. Mama potongkan kentang dengan bentuk tiga segi dan empat segi. Lepastu campurkan pewarna merah sikit kat yogurt Ammar (Tips untuk dapatkan kulit muka cantik menggunakan yogurt). Lepastu bagi Ammar sekeping kertas A4, dan Ammar pun mulalah menunjukkan kekreatifan dia kat atas kertas tu.

Aktiviti simple je, tapi penting untuk perkembangan anak-anak. Dia pun gembira je dapat buat benda-benda macam ni dengan Mama. Nanti kita buat lagi, ok?

Ibu-Ibu Ini Tahu Apa Perlu Buat Bila Anak Kurus Kering dan Selalu Sakit di Taska:

Leave a Reply

CommentLuv badge