» » » Aktiviti Main Tepung Bersama Ammar

Aktiviti Main Tepung Bersama Ammar

Assalamualaikum.

Minggu lepas, Mama ada buat aktiviti main tepung dengan Ammar. Lepas tu memang nak update kan terus aktiviti di blog ini, tapi asyik tergendala aja. Ni sementara Ammar tengah tidur, bolehlah Mama update sekejap.

Masa mula2 nak main tu, Mama pun ambillah tepung, bekas, senduk, pemutar kek, dan pisau sebagai peralatan nak main dan letak kat depan pintu bilik. Bila Ammar nampak Mama letak benda2 tu, Ammar terus tadah tangan nak baca doa makan. Hehe, Ammar ingat tu makanan kot! Lawaklah Ammar ni.

Lepastu Mama pun tuangkan sikit tepung ke dalam bekas. Mama main2 kan dulu tepung tu, Ammar tengok je dulu. Lepas tu Mama bagi Amar pula main. Mula2 Ammar macam geli2 je dengan tepung tu, lama2 dah Ok.

Bila Ammar dah boleh main tepung tu, Mama campur pula sikit air dan gaulkan. Mula2 Ammar main guna perkakas yang Mama bagi je, tapi lama2 dah berani nak guna tangan pula. Mama biarkan aja, nak bagi Ammar rasa tekstur tepung yang dah bercampur air yang melekit2 tu. Ammar geli2 lagi, tapi teruskan gak bermain! Macam tu la anak Mama.. =)

Dah puas main macam tu, Ammar main calit2 tepung kat badan pula. Adoi, penuh satu badan dengan tepung! Hehe. Dan lepas tu ada hati pula nak tuang air sendiri ke dalam bekas. Tapi mungkin sebab tangan dah melekit, Ammar terlepas cawan tu, habis tumpah. Mama pun terus je la berhentikan aktiviti bermain tu dan bawa Ammar mandi. Macam itulah aktiviti kita minggu lepas. Bila2 Mama rajin nanti kita main lagi, ye?

TIPS BERMAIN:

1. Pakaikan anak dengan disposable/cloth diaper sahaja, tak perlu pakai baju. Nanti baju tak kotor. (Masa bagi Ammar main ni, Mama terlupa pula nak bukakan baju Ammar. Bila dah tengok bajunya kotor, baru menyesal. Huhu)

2. Lapik tempat bermain dengan surat khabar/kertas/kain/plastik, untuk senang masa nak mengemas nanti.(Yang ini pun Mama lupa buat)

3. Bersihkan kotoran yang melekat dengan segera sebelum tepung kering, nanti susah nak tanggalkan. (Lepas mandikan Ammar, Mama tak terus kemas sebab dah tak larat. Sekali bila nak kemas, tepung dah kering dan susah sangat nak bersihkan. Nasib baik tak lama lepastu Papa balik, dan Papa yang tolong kemaskan)

4. Jika ada tepung yang dah kering tu, bersihkan dengan tuala yang direndam dengan air panas. (Ini cadangan dari Papa)

Ibu-Ibu Ini Tahu Apa Perlu Buat Bila Anak Kurus Kering dan Sering Sakit di Taska:

3 Responses

  1. […] pago, Mama bagi Ammar main tepung macam yang pernah kita buat dulu. Cuma kali ni Mama bagi tepung je, tak bagi air sekali. Hihi. Tapi […]

  2. Ibu Mifzal Arsyad
    | Reply

    hehe..ni nak jd masterchef ni..cute je ammar main tepung ya..
    Ibu Mifzal Arsyad recently posted..Live Streaming Belanjawan 2013My Profile

    • Mama I.A
      | Reply

      hehe..bakal chef di rumah…senang kerja mama nanti…

Leave a Reply

CommentLuv badge