» » » Mari Main Tepung dan Main Conteng-Conteng

Mari Main Tepung dan Main Conteng-Conteng

Assalamualaikum.

Walaupun dalam entri yang lepas Mama plan Isnin depan baru nak mulakan semula aktiviti homeschool kita, tapi semalam Mama dah mula ajak Ammar buat aktiviti.

Masa pagi, Mama bagi Ammar main tepung macam yang pernah kita buat dulu. Cuma kali ni Mama bagi tepung je, tak bagi air sekali. Hihi. Tapi Mama ikut juga tips bermain yang ada dalam entri INI. Bila dah habis main tepung, bawa barang2 tu semua masuk dalam bath tub, dan Ammar sambung main air lagi.

main tepung

Petang pula, Mama bagi Ammar main whiteboard marker dan conteng2 atas bekas plastik. Masa Ammar conteng2 tu, tiba2 je Mama terfikir untuk kenallan warna kat Ammar. Walaupun Ammar belum pandai cakap, tapi dia boleh faham, InsyaAllah.

Jadi untuk minggu ni kita akan bermain dengan warna biru ya!

TIPS BERMAIN:
Sediakan wet tissue atau kain basah siap2 untuk lap contengan yang tak sepatutnya seperti conteng kat karpet!

Ibu-Ibu Ini Tahu Apa Perlu Buat Bila Anak Kurus Kering dan Sering Sakit di Taska:

Leave a Reply

CommentLuv badge