» » Aku merindui dia

Aku merindui dia

Salam. Sudah tiga hari tak bersua muka dengan Hubby. Rindunya. Sekarangni terpaksa menjalani hubungan jarak jauh selama seminggu. Esok Hubby akan pergi BTN, dan hari Isnin baru balik ambil aku kat rumah Bonda ni. Dah lah masa BTN tu Hubby tak dibenarkan untuk pegang hp, lagilah brtambah-tambah rindu.

Ni baru je lepas bergayut dengan dia. Rindunya kat suara dan gurau senda si dia. I just can’t wait for next Monday. Hope hati ini tabah tanpa kehadiran Hubby di sisi.

Untuk memenuhkan aktiviti aku semasa berada di Klang ni, esok aku nak keluar merendek dengan Anna dan Dayana. Dua orang insan yang telah banyak membantu aku masa majlis perkahwinan lepas. Mungkin esok last jumpa before start kerja. Nanti entah bila lagilah dapat jumpa lagi.

Dan tadi plak aku tolong Kakngah buat semperit. Dia nak buat sampel, nak bukak tempahan untuk raya nanti. Ada tak siapa-siapa yang nak tempah? Sedap tau!! Resepi turun-temurun dari my Bonda. Ramai yang datang raya sebelum-sebelum ni pun cakap resepi semprit Bonda sedap. Mehlah order. Hehe, promote kejap! ^_^

Leave a Reply

CommentLuv badge