» » AKU vs. SAYA

AKU vs. SAYA

Assalamualaikum.
Hai semua! Saya nak tanya, korang guna “AKU” or “SAYA” ek masa menulis dalam blog? Dan kenapa korang gunakan kata ganti nama yang tu? Tiap orang mesti ada reason dia yang tersendiri, kan?
Dulu masa mula-mula berblog, memang saya gunakan “AKU”. Rasa lebih best guna “AKU”. Lagipun masa tu mana ada orang baca blog ni. Blog suka-suka. Yang selalu komen pun kawan sekolah menengah yang ada blog, tapi sekarang dia dah tak aktif blog dah.
Tapi makin lama blog ni dah bertambah plak pembacanya. Dan of course ada yang lebih tua dari saya. So saya rasa macam tak bersopan plak nak gunakan aku. So terpaksalah tukar ke “SAYA”
Masa mula-mula tukar dulu memang rasa kekok sangat. Rasa macam “Eh skemanya aku!” Hehe, lebih kurang macam tu la. Tapi lama-lama dah biasa.
And now bila saya pergi plak baca blog orang yang gunakan “AKU”, ada rasa lain gak la. Rasa macam “Eh ganasnya blog ni!” Hehe, especially if owner blog tu seorang perempuan.
Korang plak macam mana? Meh bagi respon kat sini. ^_^

KALAU BERMINAT BOLEH TEKAN YE:

Leave a Reply

CommentLuv badge