» » Alkisah Anak-Anak MamaBard

Alkisah Anak-Anak MamaBard

Assalamualaikum.

Hujung-hujung minggu ni nak cerita yang santai-santai ajelah. Dah selalu update cerita pasal tips, hari ni nak bercerita mengenai anak-anak pula.

Alhamdulillah, Ammar sekarangni dah banyak improvement dari segi percakapan. Dah banyak perkataan yang dia boleh sebut betul dan kena pada konteksnya. Ada beberapa perkataa lagi yang kita kena dengar betul-betul, baru faham apa yang dia cakap.

Bersyukur sangat rasanya dengan perkembangan dia. Walaupun tak sama dengan anak-anak lain yang sebaya dengan dia, tapi Mama tetap bersyukur. Tahun depan nak masukkan Ammar ke tadika. Mungkin bila dah bergaul dengan kawan-kawan nanti, lagi cepat dia bercakap.

Untuk Aneesa pula, Mama tak risau, sebab dia memang dah pandai bercakap. Dan sebenarnya terlebih keletah dah si kecil ni. Ada je benda yang dia nak cakap. Kadang-kadang kami pun tergamam dengan apa yang keluar dari mulut dia.

Mereka berdua kadang-kadang pandai main bersama, kadang-kadang tu asyik nak bergaduh je. Pening juga kepala melayan kerenah mereka ni.

Sekarangni dah pandai pula nak ikut perangai Upin Ipin. Kalau nak minta apa-apa, siap melutut dan peluk kaki kita sambil cakap “bolehlah, bolehlah”. Adoi, bodek sungguh dah ni!

Hah yang ini pula cerita semalam. Papa diorang saja belikan bunga api untuk bagi anak-anak main. Kalau setakat bunga api tu bolehlah, mercun memang Mama tak akan bagi beli.

Lepas berbuka masing-masing sibuk nak main bunga api. Tapi kami suruh mereka solat dulu.

Bila dah solat, dapatlah diorang main. Tapi baru main satu, masing-masing tak nak dah. Takut! Haha.

Nampak gayanya simpanlah dulu bunga api yang lebih tu dan tunggu sepupu-sepupu yang lain sampai.

2 Responses

  1. Nora Karim
    | Reply

    Sama macam anak2 saya… beria sangat konon nak main bunga api… tapi bila main sebatang dua takut dah.. heheheh
    Nora Karim recently posted..Kad Raya Ala TradisiMy Profile

  2. Dunia Zumal
    | Reply

    Alhamdulillah, Ammar dah nak sekolah yer
    Dunia Zumal recently posted..TUDUNG SI COMELMy Profile

Leave a Reply

CommentLuv badge