» » Alkisah Berpantang

Alkisah Berpantang

Assalamualaikum.
Sorry ye semalam tak sempat nak update. Sebab terlebih happy, Cik Abang baliklah katakan. Dah lama tak merasa berjauhan. Sekali terpaksa berjauhan selama lima hari, nah kau meleleh airmata keluar. Tak rock betullah kan. This is so not me. Ececece…. =P
So back to cerita berpantang selepas bersalin. Sekarang dah hari ke-17. Apa baru 17??!!! Lar ingatkan dah sebulan. Kenapalah lambat sangat masa berlalu. Dulu masa mengandung, saya pikir berpantang ini senang. Sebab cuma perlu duduk je, tak payah buat kerja apa-apa. Tapi sekali dah kena berpantang, taubat rasanya!!
Bosanlah yang teramat sangat rasanya. Dan amat-amat menguji jiwa dan raga. Saya lagi sanggup menahan alahan mengandung dari menanggung seksa berpantang. Huhu. Apa yang seksanya tu? Meh saya list satu per satu.
1) Makanan:
Ok makanan memang benda PALING PENTING dalam hidup saya, sebab saya memang jenis yang kuat makan. Dalam pantang ni, macam-macam benda tak boleh makan. Dua-tiga hari pertama berpantang, saya cuma makan nasi putih dengan ikan bakar. Kering gila! Lepastu barulah dapat merasa lauk yang berkuah. Dalam masa pantang ni, makan sayur pun rasa sangatlah nikmat yang teramat sebab sayur kan berkuah. Hehe. Lepastu orang lain makan lauk sedap-sedap, saya cuma mampu menjeling-jeling sepi je. Gila kesian kan? Huhu.

 

2) Minuman:
Ok minuman plak benda kedua terpenting dalam hidup saya. Dalam pantang ni tak boleh minum air sejuk!!! Alahai, terseksa sangat den raso. Dahlah sekarangni musim panas. Memang mencabar kesabaranlah. Nak-nak lagi bila tengok iklan air-air sejuk dalam TV. Rasa nak campak je TV ni keluar, sebab menggoda saya. Lepastu, kalau dulu jangan haraplah saya nak minum air Milo, tapi sekarang Milo adalah minuman utama. Pagi, petang, malam, minum Milo. Nescafe terpaksa dilupakan!! Masa minggu pertama berpantang Bonda ada offer nak bagi minum Nescafe, tapi saya pura-pura baiklah konon. Sekali bila dah masuk dua minggu, tak boleh tahan dah! So adalah teguk sikit-sikit air Nescafe, dan cilok air Nescafe dari cawan Cik Abang. Cik Abang cuma perlu senyum je, tak perlu kata apa-apa. ^_^

 

3) Mandi:
Hah bab ni pun buat saya malas nak berpantang. Sebab kalau dulu ambil masa 5-10minit je untuk mandi, but now at least mandi akan mengambil masa 20minit. Alahai, leceh betullah. Tapi yang bestnya bila nak mandi dah tersedia dah air mandi, kerusi, dan blablabla. Macam tuan puteri plak rasanya. Hehe.

 

4) Bertungku:
Ok lepas mandi kena bertungku plak. At least 20minit. Kalau kurang nanti mesti kena tegur dengan Bonda. Huhu. Bertungku ni tak adalah susah mana pun. Cuma bila dah kena buat hari-hari rasa bosan lah plak kan. Hurm…
5) Berbengkung:
Hah sebelum berbengkung kena sapu dulu minyak dan ubat barut banyak-banyak. Kemudian bermulalah sesi lilit-melilit. Saya pakai bengkung 24 jam sehari, cuma dibuka masa nak mandi je. Kalau boleh akan berbengkung tradisional ni sampai 44 hari. Lepastu sambung guna bengkung moden kot sampai 100 hari, sebab senang sikit nak pakai. Boleh pakai sendiri.

 

6) Pakaian:
Terpaksa menjadi perempuan melayu terakhir sebab kena pakai kain batik hari-hari. Disebabkan saya ni memang tak pandai pakai kain batik, so asyik terlucut jela kain tu. Pakai asal boleh je. Baju sejuk saya pakai masa awal-awal berpantang je. Mana boleh tahan wo, sekarangkan musim panas. Cuma stokin je yang boleh dipakai 24jam. Kira ok la tu kan? Hehe.

 

7) Pergerakan terhad:
Aduh, bab ni la yang paling tak boleh tahan. Semua pergerakan kena buat perlahan-lahan. Berjalan pun kena gaya ayu je. Aduh goli den. Lagi satu saya cuma boleh bergerak dari katil ke meja makan. Kalau jalan tu dah mengarah ke arah lain je, mulalah ditanya “Hah nak ke mana tu?”. Lagi satu kat rumah Bonda ni ada dua ruang tamu, tengah dan depan. Sejak balik dari hospital, baru sekali saya menjejakkan kaki ke ruang tamu depan. Punyalah teruk pergerakan saya dikawal, kan? Huhu..

 

Waa, panjang plak saya membebel ni. Walaupun berpantang sangat membosankan, tapi bila tengok muka Izz Ammar je, saya redha. Semua kebosanan seperti hilang begitu sahaja. ^_^

2 Responses

  1. Muhammad
    | Reply

    Milo mengandungi kafen, kalau ibu menyusu , sebaiknye jangan minum milo. Buatlah yang terbaikuntuk anak anda dan diri sendiri.

    Second, air panas (yang lebih tinggi daripada suhu badan) sebenarnye tidak sesihat minum air sejuk (terbukti mengikut sains). Air sejuk meningkatkan kesihatan kerana ia meningkatkan antibody, menurunkan suhu badan manusia. Orang yang terdedah kepada suhu yang rendah selalunya hidup lebih lama lagi pon.

    Saudari memberi nasihat niatnya baik, tapi permahaman saudari tidak bersandar kepada fakta yang terbukti. Ia cuma amalan orang generasi tua kita yang kurang pengetahuan. Kita patut improve dan memeluk ilmu medicinal bukan permahaman yang salah.

  2. Premium Beautiful
    | Reply

    orang berpantang mmg bagus pakai bengkung
    Premium Beautiful recently posted..Premium Beautiful Corset – Harga PromosiMy Profile

Leave a Reply

CommentLuv badge