Alkisah Raya

Assalamualaikum.

Lambatnya nak update cerita pasal raya! Tapi lebih baik ada daripada tak ada kan? Raya tahun ni turn beraya kat belah saya. Selalunya kitorang beraya di kampung kat Kuala Linggi, Melaka. Tapi mula dari tahun lepas, kitorang berkumpul di rumah Bonda di Klang dulu, dan lepas tu baru bergerak ke Melaka.

Alhamdulillah tahun ni kesemua anak2 Bonda yang tujuh orang tu dapat kumpul bersama. Memang cukuplah 7 orang anak dan 20 orang cucu. Bayangkanlah umat seramai ni nak disumbat dalam rumah yang comel. Tapi itu semua bukan halangan. Yang penting dapat berkumpul ramai2 untuk sambut raya. Meriah sangat!

Pagi raya tu lepas dah solat raya, kitorang makan2 jap. Lepas tu barulah sesi bermaafan-maafan. Beratur panjang2 dimulakan dengaan anak yang sulung dan pasangan pastu diikuti dengan adik-beradik yang lain. Dah habis anak2, baru giliran cucu plak beratur. Budak2 bukan fikir nak salam maaf2 sanagt pun, tapi lebih kepada nak kumpul duit raya! Hehe, biasalah tu kan. Kita kecil2 dulu pun camni gak.

Lepas dah bersalam sesi bergambar pula. Masa ni Ammar dah mula resah. Yelar, dahlah dia kena kejut awal pagi untuk mandi. Lepastu dah siap lawa2 tak bergerak plak duk je dalam rumah. Tensenlah dia dibuatnya. Dah selesai bergambar, barulah kitorang bergerak ke Melaka. Masuk je kereta Ammar terus tidur sehingga sampai destinasi.

Kat Melaka kitorang sempat pergi beraya kat beberapa buah rumah je, lepastu terus bergerak ke Rembau plak untuk beraya ke rumah sedara belah Arwah Abah. Masa tu pun dah lewat petang dah. Tapi raya tetap raya. Lepastu terus je la pulang semula ke Klang. Simple je raya kitorang, tapi tetap meriah..=)

14 Responses

  1. akubiomed
    | Reply

    Tentu seronok dapat beraya di Malaysia bersama ahli keluarga.
    akubiomed recently posted..Entri pemanas badan blog AkuBiomedMy Profile

  2. Ibu Mifzal Arsyad
    | Reply

    meriahnya raya keluarga bard..
    Ibu Mifzal Arsyad recently posted..Nickname Saya BoboyMy Profile

  3. hafizmd
    | Reply

    fuh! beratur punyalah panjang macam nak beli burger bakar…hohoho

    nampak sangat ammar dah tak tahan naik kereta… 😀
    hafizmd recently posted..Celoteh Kakak #6 Kahwin?My Profile

  4. segalabenda
    | Reply

    bestnye dapat beraya bersama-sama adik beradik dan ibu..maklumlah bukan senang nak berjumpa dengan diorang bila masing-masing dah berkeluarga
    segalabenda recently posted..Beli Rumah Di UUC Kota KinabaluMy Profile

    • Bardboo
      | Reply

      betul tu..bila dah berkeluarga, kadang2 giliran beraya tu dah tak sama…
      Bardboo recently posted..Gelagat Along AmmarMy Profile

      • hafizmd
        | Reply

        setuju sangatlah….bila giliran tak sama…kadang2 terpaksa salah sorangnya berkorban utk raya dua kali di laman mertua semata2 utk dapat bersama tahun tahun depan
        hafizmd recently posted..Jangan Main Lidah!My Profile

  5. kimmie
    | Reply

    wah meriahnya…dapat berkumpul semua..bukan senang tu 🙂
    kimmie recently posted..Wordless Wednesday 37: You are AW-esome!My Profile

    • Bardboo
      | Reply

      memang susah…tu yang rasa meriah sangat2 bila semua pun ada raya kali ni..
      Bardboo recently posted..Gelagat Along AmmarMy Profile

  6. Ayesha Ramlee
    | Reply

    sempat jugak update, kita tak update pun lagi..

    * selamat hari raya 🙂

  7. muazfaris
    | Reply

    selamat berhari raya.. nak abis syawal baru nak ucapkan.. hihi
    muazfaris recently posted..PSY ajar Gangnam Style pada Britney dan EllenMy Profile

  8. anif
    | Reply

    😀 Seronok jika dapat berkumpul adik beradik… Memang “confirm” meriah!
    anif recently posted..Version 2.0 – Wordless Wednesday #52My Profile

Leave a Reply

CommentLuv badge