» » » Ammar’s First Solid Food

Ammar’s First Solid Food

Assalamualaikum.

Hari Sabtu ni, Ammar masuk enam bulan dah. Tapi start dari hari ini, saya dah mula bagi Ammar makan. Cuma tercepat tiga hari, tak apa kan? Huhu.

Tadi saya bagi Ammar makan puree pisang. Senang je nak buatnya. Campurkan setengah biji pisang dan 2 oz EBM (expressed breastmilk) ke dalam blender, dan kemudian blender sehingga hancur, ataupun sehingga cair. Inilah rupa puree pisang yang dah siap:

Masa mula2 bagi tu, Ammar sibuk sangat nak pegang sudu. Dia ingat tu mainan kot. Bila makanan dah masuk dalam mulut plak, dia buat muka pelik. Yelar, kan ini first time Ammar makan makanan pejal. Kalau sebelum ini, Ammar cuma minum susu badan je.

Bila dah beberapa kali cuba, barulah Ammar dapat makan dengan betul. Tapi habis comot mulutnya. Hehe. Rasa seronok pulak bila Ammar dah boleh makan ni.

Kalau boleh, saya nak bagi Ammar makan homemade food sahaja. Yang saya buat sendiri. Kan lebih bagus dia makan makanan hasil dari air tangan saya. Mula2 bagi dia buah-buahan dulu, lepastu bagi sayuran pula, dan kemudian2 nanti barulah saya bagi bubur nasi yang dicampur dengan ayam atau daging.

Tapi, saya akan kawal ketat pemakanan Ammar. Strictly no sugars, and no salts. Jangan memandai nak tambah2 bahan perasa ke dalam makanan bayi. Sistem penghadaman bayi belum cukup matang seperti sistem penghadaman orang dewasa. Faham tu?

Sebagai panduan untuk ibu2, saya sertakan gambar ini ye:

Semoga mama Ammar ini diberikan kekuatan dan kerajinan untuk buat makanan untuk Ammar tiap2 hari. Walaupun yang segera ada banyak sangat di pasaran, saya akan cuba2 buat2 tak nampak je benda tu semua.

Sebagai penutup post ini, saya sertakan video Ammar makan:

Ammar’s First Solid Food

13 Responses

  1. Makanan Pejal Pertama Buat Irdhina Aneesa - Blog Bardboo
    | Reply

    […] macam abangnya dulu (Ammar’s First Solid Food), Aneesa pun saya bagi makan dengan puree pisang. Aneesa buat muka pelik masa makan ni. Mungkin […]

  2. Hernee Nazir
    | Reply

    bulan ni baby ilham sy genap 6bln..x sabo nk bg solid food..rase eksaited tngok ammar mamam..mudah2an sy pun dpt sdiakn mknan ilham dgn air tgn sndiri..btw, nk tnye..blend pisang tu dgn ebm trus la aeh?
    Hernee Nazir recently posted..Botak Chin In D House! 😛My Profile

    • Bardboo
      | Reply

      salam..memang excited pun bila baby dah boleh makan ni..yup saya blend terus je dengan ebm..
      Bardboo recently posted..Istana Lama CarcassonneMy Profile

  3. suri
    | Reply

    mkn berkhasiat mmg bgus bby sihat antibodi kuat
    suri recently posted..Adni Kau Pergi.. Part IIIMy Profile

  4. suri
    | Reply

    wah ada pisng…
    suri recently posted..Adni Kau Pergi.. Part IIIMy Profile

  5. zie fauzi
    | Reply

    bulatnya muka dia.. pasni makin bulat la mamam homemade food mamanya buat…
    zie fauzi recently posted..Setiap Hari Tengok Pun Tak BosanMy Profile

  6. Dnazz
    | Reply

    mmg best kan bila bby dah mkn. yes, iza sokong tu. biar anak kita mkn makanan homemade jer. sejak dia dah start solid food, iza tep2 hari bgun pagi masak bbur utk dia. dia xsuka pisang.kl bg pisang, sure muntah. semalam perkenalkan dia dgn sup sawi & tomato. suka dia. bekal dia sampai licin.hehehehe
    Dnazz recently posted..[What im listening now]My Profile

  7. titan
    | Reply

    ehh, macam sedap ajer..
    titan recently posted..Komisen ke 11 dari InnityMy Profile

Leave a Reply

CommentLuv badge