» » Anak Kecil Itu Tak Mengerti

Anak Kecil Itu Tak Mengerti

Situasi di shopping mall:
Seorang anak kecil merengek-rengek mahu dibelikan mainan, ataupun apa-apa benda yang menarik perhatian mereka. Ibu dan ayah tak mahu melayan, dan cuba menarik anak jauh dari situ. Anak membatukan diri, tak mahu berjalan. Anak mula meragam, menangis menarik perhatian. Ibu dan ayah malu bila diperhatikan oleh orang ramai. Lalu kemahuan anak terpaksa diturutkan.

Situasi di rumah:
Seorang anak kecil juga, merengek-rengek mahu dibelikan sesuatu. Selagi tidak mendapatkan janji dari sang ibu dan ayah, si anak tidak akan berhenti membuat perangai. Buat ibu dan ayah, mereka samaada akan hilang kesabaran dan menempelak anak kecil itu, ataupun terpaksa mengalah sekali lagi demi anak yang disayangi.

Situasi bila kemahuan anak tak dituruti:
Anak bermasam muka, tidak mahu menegur ibu dan ayah, mukanya kelat sentiasa. Ibu dan ayah turut bermuram, sepi tak bersuara.

Situasi bila kemahuan anak dituruti:
Anak tersenyum ceria, hati berbunga riang, dan di hati terciptalah taman. Ibu dan ayah juga turut tersenyum gembira, namun…………



bila hujung bulan, poketnya kosong, terpaksa pula berhutang!!!

______________________________________________________________

Situasi-situasi kat atas ni aku rasa memang sentiasa berlaku. Dulu masa kita kecil-kecil, kita selalu merengek bila mahukan sesuatu, kan? Selagi kita tak dapat apa yang kita mahu, kita akan merajuk dengan ibubapa kita. Dan bila dah besar dan dikenangkan semula peristiwa-peristiwa itu, kita mesti rasa bersalah pada mereka.

Namun, pada masa itu kita masih kecil lagi. Kita hanya anak kecil yang tak tahu apa-apa.Kita tak tahu tentang masalah kewangan yang membelengu mereka. Pada masa itu, dapat ke kita fikir yang ibu dan ayah terpaksa membayar bermacam-macam jenis bil tiap-tiap bulan? Dapat ke kita fikir yang mereka terpaksa menyimpan duit untuk kegunaan di masa kecemasan? Dapat ke kita fikir semua itu? TAK!! Ya, jawapannya tak.

Apa yang kita fikir masa kita kecil hanyalah keseronokan. Yang kita tahu, hari-hari sudah ada makanan yang disediakan untuk kita makan, pakaian untuk kita pakai, dan mainan untuk kita main.

Bila kita semakin dewasa, barulah kita dapat memikirkan dan merasai segala kesulitan ibu dan ayah membesarkan kita. Dan barulah terasa malu dengan kejahilan kita yang lalu. Namun tak guna kita menyesal atas benda yag lepas tu. Apa yang penting sekarang adalah kita pula perlu menjaga ibu dan ayah kita. Tak susah, kan?

Jangan pula bila dah besar, dah ada kerja tetap, dah ada famili sendiri, sibuk pula nak hantar ibu dan ayah ke Rumah Orang-Orang Tua yer. =)

One Response

  1. Anugerah Untuk Kami | Blog Bardboo
    | Reply

    […] Tapi bila tengok muka Ammar masa dia tengah lena tidur, terus hilang segala rasa2 negatif tu. Dan apa yang muncul adalah kesal dengan diri sendiri, yang kurang sabar. Bukan keĀ anak kecil itu tidak mengerti? […]

Leave a Reply

CommentLuv badge