» » Anak Tak Suka Menulis? Cara Ini Mungkin Membantu

Anak Tak Suka Menulis? Cara Ini Mungkin Membantu

anak tak suka menulis

Assalamualaikum.

Anak tak suka pegang pensel. Rasa-rasanya ramai ibubapa yang hadapi masalah ini kan? Ammar pun macam tu juga. Bila disuruh menulis, dia akan cakap ‘penatlah’. Kalau mewarna guna pensil warna memang tak pernah siap. Dia cuma akan buat sikit dan tinggalkan.

Bila saya nampak dia tak suka pegang pensel lama-lama, saya memang tak paksa. Tapi dalam beberapa minggu lepas, tiba-tiba sahaja Ammar berjaya mewarna satu gambar sehingga selesai. Terkejut saya tengok! Inilah hasilnya.

hasil warna anak-anak

Dalam hari yang sama banyak betul gambar yang dia warnakan. Esoknya pula dia sibuk melukis dan menulis. Ini lukisan keluarga yang pertama Ammar lukis. Nasib baiklah dia cakap yang gemuk tu Papa! Hihi.

lukisan keluarga

Alhamdulillah, sekarangni hobi dia memang melukis dan mewarna je. Hari-hari mesti minta kertas dan pensel.

Bila saya fikirkan semula, apa yang menyebabkan dia tiba-tiba dah boleh pegang pensel lama-lama?

Dan baru saya perasan yang seminggu sebelumnya saya ada belikan playdough. Memang leka Ammar dan Aneesa main playdough tersebut.

 

Playdough Membantu Anak Pegang Pensel?

playdough

Dengan bermain playdough, otot-otot di bahagian jari akan bertambah kuat. Ini membolehkan anak memegang pensel lebih lama untuk menulis dan sebagainya.

Sebelum ni saya memang ada buat playdough sendiri, tapi main kejap-kejap je. Yang playdough beli ni boleh dikatakan sepanjang hari diorang duk main. Daripada empat jenis warna berlainan sampaikan dah bercampur-campur jadi warna coklat. Huhu. Nasib baiklah beli yang murah je di kedai Mr. DIY.

Alhamdulillah, senang sikit hati ini bila Ammar dah boleh pegang pensel lama-lama. Tahun depan nak masuk sekolah dah ni.

Kalau anak-anak anda pun ada masalah macam ni, cubalah bagi mereka main playdough lama-lama ye. Kalau yang masih belum boleh pegang pensel dengan betul, boleh bagi anak main permainan star maze ni.

star maze

Melalui permainan ini anak-anak dapat praktiskan cara memegang pensel iaitu dengan menggunakan tiga jari. Ini namanya belajar sambil bermain. Saya ada jual, boleh dapatkan dari saya ye. Cuma RM20 je satu. =)

Kalau nak tengok lebih banyak stok educational toys, boleh Like page FB ni >>> Didikan Anak-Anak Bermula Dari Rumah

 

14 Responses

  1. dwie
    | Reply

    tetap semangat kak. anak membuat hidup kita lebih ceria dan berwarna. salam

  2. vitri
    | Reply

    anak memang harus dilatih terus karena kalau dibiarkan akan menjadi kebiasaan sampai dia dewasa nanti
    vitri recently posted..Max DoorMy Profile

  3. Rush
    | Reply

    strategi yang cukup menarik,, bisa bermanfaat kalo sudah menikah dna punya anak..
    Rush recently posted..Macam-Macam Agen-Agen Sosialisasi atau Media Sosialisasi dan PeranannyaMy Profile

  4. adi pradana
    | Reply

    Orang tua harus bisa mengajarkan anak tulis menulis, sebagai bekal masa depannya…
    adi pradana recently posted..Met puasa ya kawan !My Profile

  5. Yourfabulousmama
    | Reply

    Hmm..saya ada masalah yang sama..suruh tulis kat kertas x minat..Tapi kalau dapat pensel atau pen, abis satu badan dengan dinding dicontengnya..hihi macam-macam gelagat..benda tak boleh dipaksa, masih dalam fasa bermain…
    Yourfabulousmama recently posted..Kurang Semangat Bekerja? Saya Ada Penyelesaian Untuk Tingkatkan Mood BerbisnesMy Profile

  6. Rachma
    | Reply

    anak-anak biasanya suka dengan warna-warni,, jadi, semakin berwarna media yang digunakan, mungkin saja bisa memancing minat anak untuk menulis..

  7. kucermis
    | Reply

    saya memiliki masalah kalau menulis tulisanya jelek 🙁
    kucermis recently posted..Cerita HantuMy Profile

  8. Hawa
    | Reply

    Salam..nice sharing..memang kena buat playdough banyak-banyak ni untuk bantu anak-anak menulis cepat dan cantik secara berperingkat.
    Hawa recently posted..Dragon Fresh YogurtMy Profile

  9. Tangan Seribu
    | Reply

    Semoga bisa bermanfaat buat saya dalam mendidik anak
    Tangan Seribu recently posted..Free Seo Booster Untuk Mendongkrak Traffik blogMy Profile

  10. Tangan Seribu
    | Reply

    Saya sangat senang menemukan artikel ini.Terimakasih mungkin bisa jadi ilmu buat saya sebagai orang tua

  11. Zurainny Ismail
    | Reply

    Lukisan org2 tu serupa mcm yg anak bungsu kak suka lukis dulu. 🙂 Waktu dorang kecik2, anak-anak semua suka main plasticine (time tu playdough blm famous lg :D), blocks & lego, especially anak akak yg autistik – mmg sgt mbantu perkembangan minda & memberi ketenangan kpdnya. Sampai sekarang pun dia masi suka membentuk guna plasticine.
    Zurainny Ismail recently posted..Visit Tambunan – 7-Lodge TambunanMy Profile

  12. emalin mohd
    | Reply

    Main bongkah, palydough memang antara permainan untuk anak-anak yang boleh membantu koordinasi tangan, mata dll..
    emalin mohd recently posted..Segmen Jom Tambah Follower Blog 2016My Profile

  13. Ikhwan
    | Reply

    terima kasih, boleh dipraktikkan untuk anak saya 🙂
    Ikhwan recently posted..DVD Rakaman Penuh eNTERWIP 2015My Profile

  14. raihanah
    | Reply

    playdough bantu coordinasi mata dan tangan sekaligus membantu melembutkan tangan utk pegang pensel
    raihanah recently posted..Tips MokCun: Kenali Jenis Kulit MukaMy Profile

Leave a Reply

CommentLuv badge