» » Anda Follower?

Anda Follower?

Alhamdulillah, setakat ni Blog Bardboo ni dah ada 504 orang follower. Tapi rasanya ramai yang follower tidur je kot. Hehe. Lebih kepada I follow U, U follow I. Saya admit dulu masa mula-mula blogging, saya pun ada buat macam tu. Sebabnya teruja tengok blogger-blogger lain yang ada beribu-riban follower.

Tapi hakikat sebenarnya, bilangan follower tu tak membawa erti apa-apa pun. Betul, tak? Macam umurlah, ia hanya sekadar angka.

Sekarangni, saya follow blog yang saya memang rasa nak follow, dan juga blog-blog yang menetapkan syarat jadi follower untuk join contest diorang. Saya selalu gak menjengah blog-blog yang dah di follow ni, tapi kadang-kadang tak tahu nak komen apa. Hehe.

Right now, saya rasa nak edit balik blog-blog yang saya follow. Kalau yang dah berbulan-bulan tak diupdate tu, memang akan di “unfollow” lah gamaknya. Nak buat apa kita follow lagi kan kalau blog tu pun dah bersawang?

Ehem: Agaknya lepas saya tak unfollow blog tu, owner blog tu pun terus unfollow saya gak kan? Hehe.

Leave a Reply

CommentLuv badge