» » Antara Nuffnang, ChurpChurp, dan Heartbeat. Mana Yang Lebih Berbaloi?

Antara Nuffnang, ChurpChurp, dan Heartbeat. Mana Yang Lebih Berbaloi?

Assalamualaikum.
Alhamdulillah, dah hari Khamis. Saya tak sabar nak tunggu hari Rabu minggu depan sebenarnya, sebab nak balik ke rumah Bonda di Klang. Dah lama tak balik, sedih betul. So sejak beberapa hari yang lepas saya memang membuat countdown berapa hari lagi nak ‘balik kampung‘. Hehe, gedik macam budak-budak je kan?
Ok berbalik ke tajuk asal. Antara Nuffnang, ChurpChurp, dan Heartbeat, mana yang lebih berbaloi? Mana yang lebih mudah untuk kita menjana pendapatan sampingan sambil berblog ni? Meh kita buat review satu-satu ye. ^_^


1) Nuffnang:

Saya dah mula guna Nuffnang ni dari mula-mula berblogging dulu, maksudnya dalam dua tahun yang lepas. Masa mula-mula tu, earning memang kosong sentiasa. Dah berbulan-bulan, barulah naik 25sen, 50sen, dan sen-sen-sen. Sedih gila kan? Haha! Sampailah tahun lepas, baru saya dapat Buffered Earning (BE). Masa tu, memang banyak la BE yang running kat blog ni. Ada sekali tu sampai lebih dari lima BE running. Masa tu barulah income masyuk! Nak cecah seratus lah jugak. Saya dah cashout, tapi ceknya belum sampai lagi.

 

Tapi tahun ni Nuffnang agak menyedihkan. Dah nak habis bulan Februari baru saya dapat satu  BE. Itupun baru seminggu je running, dah senyap terus. So earningnya confirm la sangat ciput, kan? Tapi blogging tetap kena diteruskan. Sebab itu minat saya. =)
2) ChurpChurp:
Yang ni plak adik-beradik Nuffnang. Sebenarnya, nak buat duit dengan ChurpChurp ni lebih cepat dari Nuffnang. Tapi kenalah ada ramai follower di Twitter (yang mana saya ada seciput je, hah korang follow cepat! Hehe), dan rajin promote link-link iklan tu kat mana-mana je.

 

Untuk ChurpChurp ni, lebih mudah dapat duit bila kita dapat scheduled tweets. Cepat je earning tu naik. Tapi kalau nak menunggu je earning dari social sharing, memang berjanggutlah! Dari segi earning yang saya dah dapat untuk baru beberapa bulan aktif ni, dah lepas RM10 la. Lambat lagi nak cashout. Huhu.
Bagi yang belum ada akaun ChurpChurp, daftar kat sini: Daftar ChurpChurp
Hah Heartbeat ni yang paling saya suka! Baru je daftar 9 Feb lepas, tapi dah dapat almost RM20, padahal tak sampai sebulan pun lagi. Memang berbaloi-baloi. Sebabnya belum ramai lagi orang yang tahu pasal Heartbeat ni. Dan bila korang promote pada diorang dan diorang daftar Heartbeat dengan korang, korang akan dapat RM2. Kan mudah tu? Tambahan lagi produk2 yang dijual memang menarik. So nak promote orang untuk beli produk pun senang gak. ^_^

 

Jadinya bagi korang yang rasa macam nak buat duit sampingan dengan senang dan mudah, daftarlah Heartbeat k? Just klik je sini: Heartbeat. Tutorialnya ada kat bawah ni.

[KLIK SINI] Tutorial Cara Daftar Heartbeat

 

2 Responses

  1. a n a s t a s y e a
    | Reply

    masih lagi belajar macam mana nak promosikan churpchurp 😀

    anastasyea's latest post .. Kedahsyatan Tsunami di Jepun : Video [HD] 3.11 Persendirian !

  2. AkieZecky
    | Reply

    sy suka churp2.. jom klik2

Leave a Reply

CommentLuv badge