» » Apa Faedah Jadi Blogger?

Apa Faedah Jadi Blogger?

Assalamualaikum.

Selamat berhujung minggu buat semua. Mesti dah ada plan yang best untuk dibuat bersama keluarga, kan? Sebelum tu, saya nak tanya korang. Pernah tak ada orang tanya kenapa korang nak jadi blogger, nak ada blog?

Saya dulu pernah ditanya soalan macam ni oleh seseorang. Katanya, tak malu ke nak bercerita hal2 sendiri di blog. Saya tak ingat apa jawapan saya masa tu. Mungkin saya senyum je kot. Sebab memang itu yang selalu saya buat bila orang tanya soalan yang saya tak tahu nak jawab, ataupun soalan yang menyakitkan hati.

Tapi hari ni saya terbuka hati untuk menulis mengenai perkara ni. Masa mula2 dulu, saya buat blog sebab tertarik tengok kawan lain ada blog. Dahlah blognya tu sangat2 comel. Tapi sekarang tak aktif dah. Jadi dari situ saya belajar mengenai dunia blog. Ini cerita tiga tahun lepas tau.

Masa tu berblog ikut suka hati sendiri je. Ayat tunggang-langgang, tulisan kejap kecil kejap besar, ayat rosak, entri tak bergambar, cerita tak ada pangkal tak ada penghujung. Pendek kata memang berblog ikut kepala sendiri. Tapi bila dapat komen satu pun time tu, dia punya rasa bangga tu jangan cakaplah! Rasa macam “Eh, ada orang baca blog aku lah!” Hah macam itulah rasanya. Hehe.

Tapi lama-kelamaan bila selalu menjelajah ke blog orang lain, barulah saya dapat ilmu macam mana nak berblog dengan baik. Barulah saya praktikkan menulis secara penuh. Dan barulah saya tahu apa itu Nuffnang, apa itu SEO, apa itu Google Analytic, dan macam2 lagi.

Dunia blog ini sebenarnya luas. Bukan semata-mata sebagai “diari maya”. Bagi saya, blog ini lebih kepada medan perkongsian. Yer mungkin saya/kita hanya bercerita mengenai hal peribadi, apa yang terjadi hari2. Tapi apa yang kita ceritakan itu, akan menjadi panduan buat orang lain. Tak percaya? Jom sambung baca.

Antara keyword2 yang selalu sampai di blog saya ini adalah pengalaman bersalin, hospital bersalin razif, aroma ikan bakar jeram, pam susu Spectra3, dan beberapa keyword lain lagi yang berkaitan dengan keibubapaan. Kesemua entri ini adalah bebelan saya sendiri. Tapi melalui entri2 ini, mungkin ianya dapat memberi maklumat kepada orang lain.

Kalau saya nak beli sesuatu barang pun, saya akan baca dulu review2 yang ada di blog orang lain. Bagi saya, blogger akan bercerita mengenai produk secara telus, mengikut pengalaman mereka sendiri. Melainkan kalau itu adalah ‘sponsored post’.

Selain dapat berkongsi maklumat, dengan menjadi blogger ni pun saya dapat menambah kenalan. Walaupun hanya berkenalan secara maya, tapi mungkin satu hari nanti boleh berjumpa, kan? Yang saya paling suka dengan berblog ini adalah; saya dapat jumpa macam2 ragam manusia.

Dan orang selalu ingat, blogger ni buat blog sebab nak duit. Memang betul dengan blog boleh dapat duit. Tapi bagi saya buat masa ini, lebih banyak duit saya habis untuk Blog Bardboo ini. Yelar, nak bayar duit hosting la, tempah header la, nak buat contest la. Tapi demi blog tersayang, layankan sahajalah. Huhu.

Oh ni saya nak kongsikan satu gambar yang saya rasa paling sesuai dengan situasi saya sekarangni;

57 Responses

  1. segalabenda
    | Reply

    yup betul tu..saya ni newbie dalam berblog..baru sebulan. bagi saya blogging ni memang satu keseronokan terutama bila ada orang membaca dan memberi komen. dapat pulak lagi kawan-kwan baru.
    segalabenda recently posted..Prestasi segalabenda.comMy Profile

  2. Mus
    | Reply

    Allah dah beri rezeki.. kena guna sebaiknya..
    Mus recently posted..Mee Tauhu, Hidangan Istimewa Di SabahMy Profile

  3. BudakSerius
    | Reply

    Dapat duit.hehe
    BudakSerius recently posted..Mati Setelah Nafsu DipuaskanMy Profile

  4. Wawan
    | Reply

    Ngeblog itu asyik tuk di laksanakan

  5. Mr.Sepet
    | Reply

    bagi sy blogging untuk suka2 .. then nk tmbah kenalan . .
    Mr.Sepet recently posted..Aksi Terlampau Di Tepi SurauMy Profile

  6. Bardboo
    | Reply

    klon? hihi..
    Bardboo recently posted..Apa Faedah Jadi Blogger?My Profile

  7. Bardboo
    | Reply

    rajin suri buat kajian ye.. =)
    Bardboo recently posted..Apa Faedah Jadi Blogger?My Profile

  8. Bardboo
    | Reply

    betul gak tu kan..memaksa diri untuk berfikir..=)
    Bardboo recently posted..Apa Faedah Jadi Blogger?My Profile

  9. Bardboo
    | Reply

    cerita pasal anak2 yang best tu kan..
    Bardboo recently posted..Apa Faedah Jadi Blogger?My Profile

  10. zie fauzi
    | Reply

    mula berblog dulu sbb ikut kawan…lebih kepada suka2.. sampai semua cerita nak tulis…

    tp kini berblog untuk mencari kawan, kongsi ilmu, pengalaman tp x mau cari musuh… sekarang ni dh boleh fikir, mana patut bercerita dan mana yang tak patut cerita…
    zie fauzi recently posted..Penyelamat Ketika Mabuk LoyaMy Profile

  11. Mama Murai
    | Reply

    a`ah kita surirumah vogue yang terpilih… hehe tudia ayat manis je kan πŸ˜›
    Mama Murai recently posted..Jalan-jalan cari makan kat Padang BesarMy Profile

  12. fiezaradzi
    | Reply

    saya pun dulu camtu gak. kononnya macam utk diri sendiri je.. ayat lain2 kaler la.. tapi yg best bila berblog ni, rasa seronok bila dapat kongsi ilmu, info yg kita tau, biar kdg2 org dah tau pun, tak pe..

    lagi, dapat kenal org yg tak penah jumpa, nak2 macam saya, tak ramai kawan kt opis, so kawan kt internet je leh berkongsi..

    lau kita fikir positif, insyaallah yg positif la kita dapat..
    fiezaradzi recently posted..30 Minit Bersama Ustaz DonMy Profile

  13. Wawan
    | Reply

    Ngeblog itu asyik bisa sharing sharing info

  14. sabree hussin
    | Reply

    tulis blog ni saya ibaratkan macam tengah buat klon untuk diri sendiri hehe
    sabree hussin recently posted..Cara Mempromosikan Produk Insurans/TakafulMy Profile

  15. suri
    | Reply

    tulis blog spaya membolehkan suri megkaji dgn lebih dlm tgg satu2 topik di bukak..tu sampi meleret part I, part II, pat III..
    sedar2 byk ilmu menarik kita tak tahu..

  16. suri
    | Reply

    kakak b
    klu blog kakak mmg entri personl apalh salanya hee.sy d buang kakak b..
    nnti rindu blh jejak2 dan baca entri tu semula..

    sy ada blog2 gak peribadi santai..balog2 org persoal org tak tahu ngheeeee..

  17. akubiomed
    | Reply

    Selain mendapat ilmu tidak formal. Blog adalah terapi untuk saya dan saya bimbang otak saya berhenti berfikir dan nyanyuk. Dengan menulis entri menjadikan otak ligat bekerja tetapi bukan untuk copy paste tidak akan jadi apa-apa pun.:-)

    Antara kesan saya perolehi daripada blog adalah dapat berfikir dengan pantas dengan fikiran menjadi lebih tajam.

    Lihatlah Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad aktif menulis blog Chedet.

  18. zool
    | Reply

    Blogging sebab nak dikenali.. eh boleh ke camtu?? tapi apsal org masih tak kenal2 den ek??huhuhu
    zool recently posted..Rumah Tan Sri Dato’ Seri (Dr) Yeoh Tiong LayMy Profile

  19. Farah Idayu
    | Reply

    Hurmm…kalo saya pula..lebih kepada diari maya la kot..huhu. ekceli byk citer pasal anak2 jek pun..huhu~!
    Farah Idayu recently posted..Bertapa dalam bilik hotel…pt. 1My Profile

  20. Bardboo
    | Reply

    betul..lagipun lain orang lain pandangan..
    Bardboo recently posted..Apa Faedah Jadi Blogger?My Profile

  21. Bardboo
    | Reply

    hehe…tahu takpe..lagi banyak komen lagi bagus.. =)
    Bardboo recently posted..Apa Faedah Jadi Blogger?My Profile

  22. Bardboo
    | Reply

    kalau dapat jumpa mesti lagi best kan..
    Bardboo recently posted..Apa Faedah Jadi Blogger?My Profile

  23. Pejuang Kesenian Extreme
    | Reply

    Saya suka jadi blogger sebab saya dapat berkongsi apa yang saya nak..Jika saya ada pendapat,saya dapat kongsikan diblog.
    Pejuang Kesenian Extreme recently posted..Multi Level Marketing (MLM) | Program Orang Tipu OrangMy Profile

  24. kimmie
    | Reply

    lagi satu mcm yg bard ckp, bila ada org baca blog kita, rasa happy sgt walaupun org tu cuma letak tanda πŸ™‚ di ruang komen.
    kimmie recently posted..Santai: Pantun Gadjet ImpianMy Profile

  25. kimmie
    | Reply

    macam – macam dpt dari blog ni, yg paling saya suka, dpt kawan baru di dunia maya. Walaupun tak pernah jumpa secara live, tp rasa dekat di hati πŸ˜€
    kimmie recently posted..Santai: Pantun Gadjet ImpianMy Profile

  26. Bardboo
    | Reply

    haha..yang tulisan besar kecik tu mungkin pompuan jek kot yang suka buat..
    Bardboo recently posted..Apa Faedah Jadi Blogger?My Profile

  27. Bardboo
    | Reply

    oh dah lama jugaklah ye berhosting sendiri ni.. =)
    Bardboo recently posted..Apa Faedah Jadi Blogger?My Profile

  28. Bardboo
    | Reply

    wah yeke…menariknya…best la ada peluang macam tu kan..
    Bardboo recently posted..Apa Faedah Jadi Blogger?My Profile

  29. Yus
    | Reply

    Itu lar, saya pun macam tu jugak tapi bab tulisan huruf besar kecik tu tak la hehehe.. Nice post. sebagai seorang blogger, kita patut tentukan apa minat kita, baru berjaya πŸ™‚
    Yus recently posted..The Grey – Movie Yang Harus Anda TengokMy Profile

  30. Zarul Umbrella
    | Reply

    pada asalnya saya berblog utk duit.. tu masa saya baru2 beli hosting saya pada 2008..tapi kini saya lebih suka gunakan blog sebagai medium sosial utk interact dgn kenkawan,sedara mara dan peminat2 saya yg lama terpisah chewah
    Zarul Umbrella recently posted..Tips Penggunaan Mikrofon Semasa High NoteMy Profile

  31. Mus
    | Reply

    dari menulis di blog, saya sekarang berpeluang menulis di akhbar..
    dapat bekerjasama dengan beberapa badan amal di Malaysia..
    banyak kelebihan jadi blogger
    Mus recently posted..Memang Sedap, Kepedasan Lokan Bakar Dan Kemanisan Air Kelapa MudaMy Profile

  32. Bardboo
    | Reply

    hah macam tu la.. =P
    Bardboo recently posted..Apa Faedah Jadi Blogger?My Profile

  33. Bardboo
    | Reply

    so kiranya kita ni vogue la ye kak? hehe.. =)
    Bardboo recently posted..Apa Faedah Jadi Blogger?My Profile

  34. Bardboo
    | Reply

    thanks kak…harapnya bolehlah saya bertahan lama dengan theme ni…saya ni jenis yg cepat jemu kalau tengok blog rupa sama je..huhu
    Bardboo recently posted..Apa Faedah Jadi Blogger?My Profile

  35. Bardboo
    | Reply

    macam chat kat chatroom kan kak? hehe…panggil bard jela…panjang sgt bardboo tu..
    Bardboo recently posted..Apa Faedah Jadi Blogger?My Profile

  36. Bardboo
    | Reply

    macam2 penulisan, macam2 cerita, dan macam2 ragam.. =)
    Bardboo recently posted..Apa Faedah Jadi Blogger?My Profile

  37. Bardboo
    | Reply

    hehe..betul gak tu..kadang2 kat fb tu tempat orang melepaskan perasaan je…bosan gak kalau dihadap tiap2 hari..
    Bardboo recently posted..Apa Faedah Jadi Blogger?My Profile

  38. Bardboo
    | Reply

    tu gambar pinterest..hehe..
    Bardboo recently posted..Apa Faedah Jadi Blogger?My Profile

  39. Bardboo
    | Reply

    agaknya apalah tujuan dulu2 tu berblogging ye? nak gak tahu ni..hehe..
    Bardboo recently posted..Apa Faedah Jadi Blogger?My Profile

  40. Bardboo
    | Reply

    yup…betul2.. =)
    Bardboo recently posted..Apa Faedah Jadi Blogger?My Profile

  41. Bardboo
    | Reply

    hehe..tu yang saya duk nak mendelete entri2 lama yang banyak melalut tu..bila baca balik memang malu sendiri la..hehe..
    Bardboo recently posted..Apa Faedah Jadi Blogger?My Profile

  42. Bardboo
    | Reply

    tak sangka plak cara sidai baju pun ada orang nak cari ye..hehe..
    Bardboo recently posted..Apa Faedah Jadi Blogger?My Profile

  43. Bardboo
    | Reply

    tu la, saya pun memang lebih sukakan habiskan masa dalam rumsh..so asyik menghadap blog jela kerjanya..
    Bardboo recently posted..Apa Faedah Jadi Blogger?My Profile

  44. Bardboo
    | Reply

    takpe..lama2 nanti bertambah ok la gaya penulisan tu..
    Bardboo recently posted..Apa Faedah Jadi Blogger?My Profile

  45. titan
    | Reply

    ohh, macam tu rupanya faedah jadi blogger..baru tau. hehe
    titan recently posted..Komisen ke 14 dari InnityMy Profile

  46. Mama Murai
    | Reply

    surirumah yang vogue kena berblog bard πŸ™‚ boleh giteww? Sebenarnya betullah kesemua isi yang bard utarakan tu. Blog ni boleh cari kawan, musuh, duit, belajar dan berkongsi pengalaman dengan orang lain. Terpulanglah, masing-masing ada reason yang tersendiri kenapa berblog. Yang penting happy πŸ™‚
    Mama Murai recently posted..cara print screenMy Profile

  47. puanbee
    | Reply

    cantik theme baru ni bardboo
    puanbee recently posted..Tunggu Walimatul Urus Lisa & Yusry Live Di Astro RiaMy Profile

  48. puanbee
    | Reply

    salam bardboo , bee kan sunyi lah duk rumah sebagai suri rumah tk dak kawan sangat , so suka blog sebab ramai kawan , sebab tu bee suka komen , seolah2 bee sembang dengan owner blog tu πŸ™‚
    puanbee recently posted..Tunggu Walimatul Urus Lisa & Yusry Live Di Astro RiaMy Profile

  49. iza
    | Reply

    Assalam…
    Best dunia blogging ni, macam-macam penulisan yang akan kita jumpa bila baca blog blogger lain…yang penting happy selalu..
    iza recently posted..Ana Raffali Sudah Dimiliki.My Profile

  50. Juan
    | Reply

    faedahnya kita dpt sesuatu yg baru selain dr main fb ja
    Juan recently posted..Kejadian Histeria di Flextronics Penang Februari 2012My Profile

  51. Harfiz Perniagaan Internet
    | Reply

    What I really do tu gambar apa?

    Ubah template ke? hehehe πŸ˜€
    Harfiz Perniagaan Internet recently posted..6 Themes Menarik Windows 7 – Download PercumaMy Profile

  52. shraqs
    | Reply

    Kalau tanya blog saya skrg memang tujuan utama untuk berkongsi ilmu & pengalaman. Kalau dulu2 lain tujuannya…:)
    shraqs recently posted..Download Koleksi Android Live WallpaperMy Profile

  53. suri
    | Reply

    tu yg best jadi blogger

  54. Azman
    | Reply

    Blog ibarat kurap makin lama garu makin sedap!

    *bila dah menulis akan ada 1 perasaan yg sukar nak terjemah…yg penting kita semakin hari semakin dewasa dalam dunia blogging.

    *kalau ingat2 balik rasa malu bila kenangkan zaman mula2 memceburi bidang ni…he3..setiap blogger ada kebodohan sendiri hehehhe…termasuk saya sendiri.
    Azman recently posted..Nasi Dagang IdamanMy Profile

  55. Kujie
    | Reply

    sebenarnya, kita org tanya apa yg diceritkan dlm blog
    sendiri tatau..bab sidai baju pun boleh diceritakan krn ada org akan search ‘cara sidai baju’

    kita rasa seronok utk berkongsi….kadang2 bila dah lama tak beronline, jadi kelu nk update sbb mcm hilang rentak sebagai blogger.

    hanya blogger saja tahu apa nak yg nak diupdatekan… makin lama kita berada dlm dunia blog, baru kita ada rentak ada idea nk menulis entri.
    Kujie recently posted..Belum BaruMy Profile

  56. mymekar
    | Reply

    Tak de benda nak buat kat rumah. Nasib baik ada blog. Tambahan suasana luar rumah skrg agak bahaya jadi lagi selamat berada dlm rumah sambil layan blog.

    Kadang2 blog sya ada cerita juga hal peribadi tapi org bukan tau pun saya ni sape dia. Jadi xkisah la nak cerita pengalaman apa2 pun kan. Yg penting boleh memberi pengajaran pada org lain

  57. muazfaris
    | Reply

    bagi saya, berblogging sebab suka dengan coding html walaupun tak reti nak menulis pun sejak dulu..tp belajar sikit2 la kot.. hehe
    muazfaris recently posted..Dapat tiket percuma ke Showcase Native Deen 2012 bernilai RM105 tu!My Profile

Leave a Reply

CommentLuv badge