» » Apa Itu Minyak Kelapa Dara / Virgin Coconut Oil (VCO)?

Apa Itu Minyak Kelapa Dara / Virgin Coconut Oil (VCO)?

Assalamualaikum.

Makin lama, makin popular pula produk berdasarkan minyak kelapa dara / virgin coconut oil (VCO) ini. Macam-macam jenis jenama dah berada di pasaran, antaranya minyak kelapa dara jenama Bioasli, OasisCatalyst, Tanamera, Treenea, dan banyak lagi. Cari je di pasaran, memang berlambak-lambak ada.

Tapi apa sebenarnya minyak kelapa dara ini? Minyak kelapa dara ini adalah minyak yang dikeluarkan dari buah kelapa matang melalui proses yang tidak merosakkkan struktur asal atau khasiat semulajadi minyak tersebut. Kalau minyak kelapa dara asli pula, bermakna ianya diproses secara semulajadi tanpa haba dan bahan kimia yang lain.

Dalam minyak kelapa dara ini ada berbagai jenis lemak yang dalam kategori Medium Chain Fatty Acids. Jangan keliru ya. Walaupun namanya ada ‘dara‘, itu bukan bermakna hanya anak dara je yang boleh amalkannya. Hehe. Bayi, kanak-kanak, abang-abang, pakcik makcik, semua pun bolehlah nak makan minyak kelapa dara ini.

Secara ringkasnya, minyak kelapa dara ini ada seribu satu kebaikan. Ianya elok untuk kulit, rambut, kesihatan badan secara keseluruhan, menyerupai lemak susu ibu, dan boleh bertindak sebagai antivirus dan antibakteria. Kalau nak disenaraikan satu persatu, rasanya penat nak membaca nanti. Oh dan lagi penat orang yang nak menaip ni. Hehe.

Saya sendiri dah amalkan makan minyak kelapa dara ini. Dan Alhamdulillah, saya dah nampak sendiri kesan positifnya. Boleh baca testimoni VCO ini di link yang saya sertakan. Saya rasa saya akan terus menggunakan produk ini sampai bila-bila. Sebab saya yakin dengan keberkesanannya. Kalau tanya dari segi jenama, apa-apa jenama pun bagus, asalkan iannya betul-betul minyak kelapa dara yang asli.

11 Responses

  1. Rina
    | Reply

    dulu waktu kecil serinng kali memakai vco sebagai minyak rambut, bisa mebebatkan rambut sekaligus menghitamkan rambut. nggak nyangka kalau VCO baik juga tuk dikonsumsi
    nice share Sis 🙂
    Rina recently posted..How To Create Image Slideshow For Website Using HTML And jQueryMy Profile

  2. […] minum sekali, lepastu Aneesa jadi cirit-birit dan tak boleh tidur malam (Aneesa fully breastfeed). VCO pula memang saya dah guna sebelum bersalin lagi. Tapi masa dalam pantang, saya hadapi masalah […]

  3. hairulafiz
    | Reply

    bagus minyak mak dara ni…
    hairulafiz recently posted..NBI SKMM : Daftar Rebet RM 200My Profile

  4. syaifuddin alias
    | Reply

    ni kalau makan pun ada khasiat
    syaifuddin alias recently posted..Rebat RM200 Untuk Semua SmartphoneMy Profile

  5. titan
    | Reply

    suka guna minyak kelapa sebagai minyak rambut. bau best!
    titan recently posted..Konsep asas bila buat Contest.My Profile

  6. Anuar
    | Reply

    Satu perkongsian Info yang menarik… Lepas ni, boleh saya cuba guna minyak kelapa dara ni…
    Anuar recently posted..Dividen ASB VS Pelaburan Emas (1990-2012)My Profile

Leave a Reply

CommentLuv badge