» » » Apa Pandangan Anda Tentang Bardboo.com?

Apa Pandangan Anda Tentang Bardboo.com?

Assalamualaikum.

Apa khabar semua? Untuk tahun baru 2013 ini, saya nak mulakan dengan bertanyakan pada korang semua, agak-agaknya apa pandangan korang dengan nama domain bardboo.com ini ya?

Saya dah join segmen Eyriqazz, iaitu segmen Ada Apa Dengan Nama Blog. Dan dah dapat pun pandangan dari bro Eyriqazz. Kalau ada yang nak baca pandangan dari blogger ini, bolehlah klik link yang saya sertakan tu ya.

Pandangan dia jujur dan ikhlas, dan saya terima dengan seikhlas hati. Tapi saya tetap akan kekalkan nama bardboo.com ini. Tak nak tukar, dan memang tak akan tukar. Sebab apa?

 

Pertama, nama Bardboo ini merupakan gabungan nama saya dan Cik Abang. Nama saya Badariah, dan orang panggil Bard. Nama Cik Abang pula Karim, tapi ada kawan-kawan dia yang panggil dia dengan gelaran Boo. Jadi bila digabungkan, jadilah Bardboo.

Kedua, Bard tu maksudnya penyair atau pujangga. Dan saya dulu memang suka berkarya. Tapi sejak dah meningkat umur ni (ececeh), dah kurang sikit. Boo pula memanglah nampak macam mengejek. Tapi kalau My Boo, maksudnya adalah buah hati saya. =)

Ketiga, saya dah selesa dengan nama ini, dan orang pun memang kenal saya dengan nama Bardboo ini. Walaupun kadang-kadang ada yang keliru dengan jantina tuan empunya blog. Hehe.

Oh ya, orang dah baca tak entri Skor Nama Blog Anda dari ciklaili.com? Saya dah buat ujian tu, dan skor yang saya dapat adalah:

Apa pula skor blog korang? Dan apa pula cerita di sebalik nama blog yang digunakan? Jom kongsikan…. ^_^

16 Responses

  1. Denaihati
    | Reply

    tahniah dapat A+. penuh makna Bardboo dan unik yer.
    Denaihati recently posted..Himpunan Kebangkitan RakyatMy Profile

  2. ciklaili.com
    | Reply

    tahniah…nama yg unik & skor pun cemerlang 😉
    ciklaili.com recently posted..Semakan Keputusan Kemasukan Ke Tingkatan 1 Dan 4 MRSM Tahun 2013My Profile

  3. cik tom
    | Reply

    ciktom rs kekalkan je nama ni..sbb dah ramai kenal nama ni dan bg ciktom ianya unik..kalau semua nama nak yg mudah ingat nati sama jelah plk.. mmg xbest jgk..hehe..ni pndpt ciktom la…
    cik tom recently posted..Usahasama Tidak BerjayaMy Profile

  4. hafizmd
    | Reply

    Ambe rase mmg ngam sangatlah nama blog bard ni…dan rasi org kate…jadi kekalkan saje…hehe

    p.s.mak jugak test nama blog sendiri… =)
    hafizmd recently posted..Edisi Ringkas Ambil Kesempatan 10 Blogger Terbaik Malaysia 2012My Profile

  5. Qashmere
    | Reply

    Wow..dapat A ye
    Qashmere recently posted..iPhone 5 Gadget ImpianMy Profile

  6. titan
    | Reply

    wahh..dapat A lagi tuuu..
    titan recently posted..Menikmati malam pertama tahun 2013My Profile

  7. TehR
    | Reply

    blog aku ikut nama jugak
    tapi dapat skor B+ je
    huhu
    TehR recently posted..Sekeping Poskad MisteriMy Profile

  8. hafizrahim
    | Reply

    macam tu ke ceritanya..baru tahu maksud sebenar bardboo..hehe
    hafizrahim recently posted..Jump Ship To OS UbuntuMy Profile

  9. akubiomed
    | Reply

    Saya menitik berat blog theme minimalis dan ringan. Kalau SEO itu adalah kemahiran individu.
    akubiomed recently posted..Tahun 2012 tinggal kenangan 2013 buka lembaran baru.My Profile

Leave a Reply

CommentLuv badge