» » Apa Plan Untuk Cuti Hari Malaysia?

Apa Plan Untuk Cuti Hari Malaysia?

Apa itu Hari Malaysia? Hari Malaysia merupakan hari penubuhan Malaysia, di mana Tanah Melayu, Borneo Utara (kini dikenali sebagai Sabah), Sarawak, dan Singapura bergabung menjadi sebuah negara. Jika dulu Hari Malaysia tidak tersenarai sebagai cuti umum, tetapi sejak tahun 2010 ianya sudah dijadikan sebagai cuti umum untuk semua negeri di Malaysia.

Bila sebut pasal cuti ini, memang semua orang pun suka. Sebabnya dapat rehatkan diri dan boleh luangkan masa dengan ahli keluarga dan kawan-kawan. Bagi Mama dan Cik Abang, cuti kali ni jadi panjang sikit sebab Cik Abang ambil cuti hari Ahad dan Isnin. Terus sambung dengan cuti umum Hari Malaysia pada hari Selasa. (CIk Abang kerja di Johor, hari Jumaat cuti).

Hari Malaysia

Jadi sejak hari Khamis lepas habis waktu kerja, kami dah bergerak keluar dari Johor. Destinasi pertama pergi ke rumah mertua di Pantai Dalam. Hari Jumaat lepas solat Jumaat, kami pergi ke IKEA pula. Saja-saja berjalan, sebab dah lama terperap di bumi Batu Pahat. Hehe.

Dan hari Sabtu, kami bertolak pula ke rumah Bonda, di Klang. Malamnya kami pergi ke KLIA2 untuk mengambil Kakteh yang baru sampai dari Sabah. Tengah hari semalam, kami pergi ke AEON Bukit Tinggi. Ini memang tempat kegemaran Bonda. Jadi bila tiap kali balik Klang, memang akan bawa Bonda berjalan. Bonda memang suka berjalan, tu yang Mama pun terikut-ikut sekali perangainya tu. Hehe.

Untuk hari ini dan esok, kami masih belum ada apa-apa plan lagi. Mungkin sekadar duduk di rumah untuk berehat. Ataupun mungkin juga akan keluar berjalan-jalan. Kalau ada apa-apa aktiviti menarik nanti, pasti Mama akan kongsikan di blog ini ye.

Apa pula plan kawan-kawan sempena cuti Hari Malaysia esok ni ye? Marilah kongsikan di sini. Manalah tahu Mama bileh dapat idea apa pula hendak di buat untuk hari ini dan esok.

Apa-apa pun, Mama ucapkan Selamat Hari Malaysia untuk semuanrakyat Malaysia. Sama-samalah kita menjaga keharmonian tanahair yang tercinta ini.

Leave a Reply

CommentLuv badge