» » Aplikasi iPhone Untuk WAHM

Aplikasi iPhone Untuk WAHM

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, kalau dulu saya hanyalah seorang SAHM (stay at home mom), tetapi sejak menyertai bisnes Shaklee, saya anggap diri sebagai seorang WAHM (work at home mom). Siapa lagi yang nak ‘up’kan status sendiri kalau bukan diri sendiri, kan? Hehe. Kalau dulu kerja harian hanyalah jaga anak dan suami, memasak, kemas rumah, dan berblogging. Tapi kini sejak serius dalam bisnes, kena tambah lagi kerja-kerja belajar fasal produk, buka balik buku-buku kesihatan yang dah lama ditinggalkan, update blog bisnes (Mahligai Cinta), update fanpage, buat promosi, follow-up customer, dan macam-macam lagi.

Jadi dengan tambahan benda-benda yang perlu dilakukan ini, kalau saya tak ada ‘time-management’ yang betul, memang boleh tunggang-langganglah hidup kami sekeluarga. Untuk atasi, saya memang dah buat jadual untuk setiap hari, dari buka mata sampailah nak tidur nanti. Tapi saya tak akan kongsikan jadual tu di sini. >Secret and confidential< ^_^

Disebabkan ada dua orang anak kecil yang masih perlukan perhatian Mama nya ni, maka saya cuma boleh betul-betul fokus untuk buat kerja bila dua-dua tengah tidur. Dan kalau diorang berdua ni tidur pada masa yang sama, memang itulah waktu yang paling berharga! Untuk menggunakan masa yang beberapa jam yang ada tu secara optima, saya memang memerlukan dua aplikasi smartphone di bawah ini:

1) Astrid:

Aplikasi ini saya gunakan untuk menyenaraikan semua perkara yang perlu saya buat. Selalunya saya akan dapat idea untuk buat macam-macam perkara bila tengah buat benda lain (memasak, mandi, menyusukan Aneesa, dll). Tapi bila menghadap laptop, semua benda yang dah difikirkan tu macam hilang macam tu je. Sebab tu saya perlukan aplikasi ni. Bila dapat idea nak buat sesuatu, terus masukkan dalam phone.

Yang menariknya, boleh buat berbagai jenis list/kategori. Kategori yang saya buat adalah Home, Personal, Shopping, dan Work. Masukkan benda-benda yang perlu dibuat nanti tu di dalam kategorinya. Bila anak-anak tidur, saya pun bukalah list ‘Work’. Mudah, kan?

List ‘shopping’ tu pun dah memudahkan untuk tak payah guna aplikasi ‘grocery’ lagi. Dah jimat satu aplikasi phone. =)

2) 30/30:

Bila dah tengok perkara-perkara yang ada dalam ‘list work’, saya akan pilih beberapa perkara yang boleh dibuat masa anak-anak tengah tidur tu. Contohnya update entri dan blogwalking. Dan saya boleh tetapkan masa untuk setiap perkara ni. Untuk update entri sejam, blogwalking setengah jam.

Kalau saya tak buat macam ni, masa berharga tu hilang macam tu je sebab saya suka scroll timeline Facebook dari atas ke bawah. Membazir masa je kan? Sebab itulah penting sangat untuk saya gunakan aplikasi ni. Bila nampak masa untuk update blog dah hampir habis, barulah saya akan taip laju-laju. Kalau tak, nak fikir ayat je dah makan masa yang lama.

Kalau tak ada smartphone? Gunalah cara manual. Untuk Astrid tu, buatlah manual to-do list. Untuk 30/30, setlah timer. Mudah je, kan?

Bak kata Master saya, kita kena kuasai masa. Jangan biarkan masa yang menguasai kita. Jangan bagi alasan anak-anak kacau, tak boleh fokus dengan bisnes >Peringatan untuk diri sendiri<

KLIK SINI untuk RAHSIA Menjadi Seorang Suri Rumah Profesional!

18 Responses

  1. Hairul Azni
    | Reply

    Aktiviti laman sosial seperti Facebook memang boleh membunuh aktiviti blogging kita..saya dah terkena..kita jadi asyik kat situ..
    Apa2 pun terima kasih sebab share aplikasi tu..saya download sekarang..
    Hairul Azni recently posted..Pemenang Top Komentor Mei 2013My Profile

    • Puan Bardboo
      | Reply

      sama-sama…semoga aplikasi tu boleh memberi manfaat..memang bahaya pun facebook tu..nak-nak lagi kalau dah terjebak dengan game nya..
      Puan Bardboo recently posted..Aplikasi iPhone Untuk WAHMMy Profile

  2. Mama Murai
    | Reply

    saya takde apps atau jadual waktu tertentu. apa yang saya amalkan ialah memberi keutamaan kepada perkara utama dan kedua untuk diselesaikan… dan memberi satu tempoh masa yang sesuai untuk perkara yang kurang penting. Syukur setakat ini, masih banyak yang belum tertinggal termasuklah bab ibadah kerana saya berdisplin menunaikannya.. 🙂
    Mama Murai recently posted..Akhirnya….My Profile

    • Puan Bardboo
      | Reply

      tu la, bab2 macam ni terpulang kepada diri masing-masing kan..ada yang boleh kawal diri, ada ynag senang terbawa-bawa..saya termasuk dalam kategori kedua..hehe… =)
      Puan Bardboo recently posted..Aplikasi iPhone Untuk WAHMMy Profile

  3. Izzat Eshak
    | Reply

    Terbaek aplikasi ni.
    Semoga mak2 di rumah boleh gunakan. =)
    Izzat Eshak recently posted..Apa itu Wordless Wednesday?My Profile

  4. onlajer
    | Reply

    tak pernah pulak pakai benda ini
    onlajer recently posted..Berani Memberi Komentar Part 2My Profile

  5. eiela
    | Reply

    saya sama mcm kak zie fauzie, guna kertas takpun taip dlm hp. mmg kena ikut time yg disediakan, kdg2 terbabas juga sikit2.
    eiela recently posted..Rumahku Syurgaku Sudah DirobohkanMy Profile

  6. Juan
    | Reply

    blog mahligai cinta tu saya tgk mempunyai ciri ciri seo tahan lama untuk long term punya kebaikkan traffic, memang good
    Juan recently posted..Usahawan Bisnes Kuih RayaMy Profile

  7. akubiomed
    | Reply

    Wah sudah mula jadi usahawan.
    akubiomed recently posted..Wordless Wednesday Comelnya diaMy Profile

  8. Zie Fauzi
    | Reply

    jadual kak still guna cara manual… tulis atas kertas,lekat kt peti ais…. kalau shopping pun still guna kertas…. lebih selesa dgn cara tu….cuma bila time online kak akan setkan alarm…. alarm bunyik je…stop buat keje lain plak… hihihi… cara lama… sesuai dgn umur….
    Zie Fauzi recently posted..Panduan Menjahit Baju Kurung Riau dan PahangMy Profile

  9. Izzuddin Fauzi
    | Reply

    Nampak apps nie macam to-do list kan…
    Izzuddin Fauzi recently posted..Awek Aku Neelofa, ex-Aku Yoona SNSDMy Profile

Leave a Reply

CommentLuv badge