» » » Baca Buku Tambah Ilmu

Baca Buku Tambah Ilmu

Assalamualaikum.

Selamat bersiaran semula. Beberapa hari sebelum habis bulan Mac, blog ni kehabisan bandwidth pula. Bukan sebab trafik banyak (trafik ku ciput je, huhu) tapi sebab kapasiti bandwidth tu yang sikit sangat. Ni yang tak sabar nak gunakan servis hosting dari Bro Eizil. Dah rebut promosi bulan Mac, tapi bulan Ogos nanti baru nak guna.

Oh ye, saya dah secara rasminya berumur 26 tahun pada 30 Mac 2013. Dalam tahun-tahun yang dah berlalu ni, apa yang saya dah capai? Untuk tahun- tahun yang mendatang ni, apa pula yang saya nak capai? Kena buat refleksi diri, kena set target, dan kena kerja keras untuk capai target!

Untuk minggu ni, target saya adalah nak habiskan baca buku ‘Prophetic Parenting‘ ni. Setakat yang saya dah baca, buku ini memang menarik. Banyak ilmu yang boleh kita ambil dan praktikkan. Bila saya dah baca sikit, saya cerita kat Cik Abang. Lepastu kami bincang2 sikit, komunikasi berkesan katanya. Hihi.

Jangan jadikan alasan kita surirumah ni duduk rumah je, tak payahlah nak baca-baca buku bagai. Eh membaca ni untuk dapatkan ilmu tau. Sampai mati pun kita kena cari ilmu. Jadi, jom tanamkan minat membaca! Dan jom join segmen ni>>> Segmen Aku Seorang Surirumah

P/s: selain membaca buku, saya juga mengamalkan membaca wall facebook, klik2 like di instagram, dan belek2 katalog sampai lebam. Hihi

– Posted using BlogPress from my iPhone5

Location:Toulouse, France

11 Responses

  1. leny
    | Reply

    sepertinya buku yang bagus,,saya juga penasaran ingin pula membacanya,,,,,

  2. zool
    | Reply

    rasa seronok plak baca

  3. munirah hazam
    | Reply

    saya suka juga baca buku..kalau dah kat MPH..2 3 jam pon tak pa.. belek sampai lebam sebelum beli..

    tengok-tengok..anak anak pon ikut jejak yang sama..tapi dorang lagi advance..baca sambil buat gaya tangan kaki..
    munirah hazam recently posted..10 Tips mudah untuk KurusMy Profile

  4. akubiomed
    | Reply

    Rajin membaca buku. Abang long pun tentu tiru membaca jugakan.:-)

  5. titan
    | Reply

    ehh..boleh pinjam???
    titan recently posted..Persamaan aku dengan Albert Einstein.My Profile

  6. Oneblogsocial.com
    | Reply

    Saya mengguna perkihdmatan Hosting Rajawali dan selama ini belum pernah kehabisan bandwitch,tapi susahla kalau sampai kehabisan bandwitch.
    Oneblogsocial.com recently posted..Hosting GermanMy Profile

Leave a Reply

CommentLuv badge