» » Bagaimana Memulakan Perniagaan Shaklee?

Bagaimana Memulakan Perniagaan Shaklee?

posted in: Shaklee | 0

Assalamualaikum.

Ramai orang berminat untuk menjalankan bisnes online, kerana ianya merupakan trend terkini dan sangat mudah untuk dijalankan. Dan sebenarnya, banyak juga pilihan yang ada untuk kita menjalankan bisnes tanpa modal. Apa yang penting adalah usaha bersungguh-sungguh dan rajin untuk menambah ilmu perniagaan dan pemasaran.

Bagi Mama pula, Mama mula terlibat dengan bisnes online apabila join Shaklee. Modal yang Mama keluarkan untuk memulakan bisnes online ini hanyalah RM75 sahaja. Dan hanya dengan modal sekecil ini, Mama sudah boleh menjalankan perniagaan sendiri.

Mama menggunakan platform blog, Facebook, dan Instagram untuk mempromosikan produk-produk Shaklee. Daripada ketiga-tiga ini, cuma blog sahaja yang berbayar, dan yang dua lagi digunakan secara percuma.

Bagaimana memulakan pernigaan Shaklee?

Apabila sudah mendaftar sebagai ahli Shaklee, Mama ada terima satu beg memberkit daripada Shaklee. Di dalam beg tersebut terdapat buku berkaitan produk. Banyak yang Mama dapat belajar daripada buku tersebut.

Tetapi usaha mencari ilmu berkaitan suplemen bukan sekadar di situ sahaja. Mama turut membeli pelbagai buku-buku berkaitan vitamin dan kesihatan yang lain untuk menambah ilmu. Dan info-info ini Mama kongsikan di blog dan juga di media sosial.

Mama beruntung kerana berada di dalam kumpulan besar iReach, di bawah pimpinan Master Lyna Noh. Sebabnya, Master Lyna memberikan kami semua panduan yang cukup bagus dalam menjalankan bisnes Shaklee. Bukan itu sahaja tau. Malahan kami juga turut didorong untuk menjadi insan hebat dan berbakti kepada semua.

Alhamdulillah, Mama bersyukur kerana telah dibukakan hati oleh-Nya untuk menyertai bisnes ini. Semoga Mama dapat jadikan bisnes Shaklee ini sebagai tempat untuk Mama membantu lebih ramai orang, InsyaAllah.

Leave a Reply

CommentLuv badge