» » Bahagianya Bermasker Dengan Produk Shaklee!

Bahagianya Bermasker Dengan Produk Shaklee!

posted in: Shaklee | 1

daftar ahli shaklee

Assalamualaikum.

Berbaloinya beli produk Shaklee! Sebabnya, kita bukan setakat makan sahaja produk-produk suplemen tu, tapi boleh juga untuk dijadikan sebagai ‘facial mask‘. Bermasker dengan cara begini adalah lebih selamat jika dibandingkan dengan menggunakan rangkaian ‘facial mask’ lain yang terdapat di pasaran. Ini kerana produk Shaklee diperbuat daripada bahan semulajadi dan bebas dari bahan kimia. Anda tak perlu risau ye, produk-produknya memang dah dapat kelulusan KKM dan ada pengiktirafan halal. Jadi, gunakanlah tanpa was-was! Hehehe.

masker shaklee

Ok mari sini rapat-rapat, Mama nak kongsikan beberapa jenis produk Shaklee yang boleh digunakan sebagai masker. Kita mulakan dengan yang paling murah dahulu ye.

1. SR Vita-C Complex:

Vita-C Complex merupakan sumber antioksidan yang bagus. Pengambilan Vita-C secara konsisten membantu untuk mencerahkan kulit muka.

Harga: RM92.50 sebotol (180biji)

Cara buat masker:

Hancurkan sebiji Vita-C dengan menggunakan lesung batu sehingga menjadi butiran halus. Campurkan sedikit air dan kecau rata. Sapukan secara rata keseluruh kulit muka dan biarkan selama 30 minit ataupun lebih (mengikut keselesaan anda). Basuh dengan menggunakan air bersih dan lap.

2. Vita-E Complex:

Vita-E juga merupakan produk antioksidan. Ianya dapat membantu untuk mengurangkan parut-parut di muka dan badan. Selain itu, Vita-E juga dapat membantu untuk mengecutkan jerawat dengan segera.

Harga: RM149 sebotol (120biji)

Cara buat masker:

Potong sedikit di bahagian hujung kapsul Vita-E. Picit cecair di dalamnya dan oleskan pada bahagian muka (dahi, pipi, hidung, dagu). Ratakan cecair tadi ke seluruh bahagian muka. Biarkan selama 30 minit ataupun lebih (mengikut keselesaan anda). Basuh dengan menggunakan air bersih dan jugapencuci muka (untuk menghilangkan kesan Vita E yang melekit di muka). Kemudian lap sehingga bersih.

3. Energizing Soy Protein (ESP):

ESP membekalkan sumber protein yang diperlukan olah badan kita untuk membaiki sel-sel yang rosak. Pengambilan ESP secara konsisten membantu untuk memudarkan parut dan mencerahkan kulit.

Harga: RM150 sebekas (850g)

Cara buat masker:

Campurkan sesudu ESP dengan sedikit air dan kacau sehingga sebati. Sapukan pada muka dan biarkan selama 30 minit ataupun lebih (mengikut keselesaan anda). Basuh dengan menggunakan air bersih dan lap.

4. Collagen Powder:

Collagen Powder Shaklee membantu untuk menegangkan kulit dan juga mengurangkan masalah pigmentasi.

Harga: RM298 (15 sachet)

Cara buat masker:

Potong satu sachet Collagen Powder dan keluarkan separuh daripada serbuknya (lebihan serbuk disimpan untuk kegunaan seterusnya di dalam bekas kedap udara). Campur serbuk kolagen dengan sedikit air dan kacau sehingga sebati. Sapukan pada muka dan biarkan selama 30 minit ataupun lebih (mengikut keselesaan anda). Basuh dengan menggunakan air bersih dan lap.

5. Vivix:

Vivix merupakan produk anti-oksidan dan anti-penuaan terulung yang dihasilkan oleh Shaklee. Ianya memang sesuai diamalkan oleh mereka yang ingin awet muda.

Harga: RM475 sebotol (150ml)

Cara buat masker:

Tuangkan sedikit cecair Vivix ke atas tapak tangan dan sapu rata ke seluruh bahagian muka dengan sekata. Biarkan selama 30 minit ataupun lebih (mengikut keselesaan anda). Basuh dengan menggunakan air bersih dan lap.

Inilah dia antara produk-produk Shaklee yang boleh dijadikan masker. Dah tak perlu lagi nak pergi ke spa untuk membuat facial treatment. Kita boleh buat di rumah je lepas-lepas ini, OK? =)

Untuk mendapatkan maklumat lanjut atau untuk membuat tempahan, anda boleh hubungi Mama di:

Facebook: Mahligai Cinta

SMS/Whatsapp: 013-3876903

Ataupun isikan borang di bawah untuk menghantar emel kepada Mama:

These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

 pengedar shaklee parit raja

One Response

  1. Anuar
    | Reply

    Dah lama tak bermasker… Kali pertama memakai masker, sebelum kahwin dulu.. Lama juga tu dah dekat 8 tahun dah… hehehe
    Anuar recently posted..Mendapatkan Lebih Banyak Stok Cadar Patchwork Cotton untuk memenuhi permintaan potential customerMy Profile

Leave a Reply

CommentLuv badge