» » Balik Kampung!

Balik Kampung!

Assalamualaikum.

Balik kampung!! Hohoho balik kampung!! Tetiba je terus rasa macam nak raya. Hehe.

Alahai, rindunya kat kampung halaman di Kuala Linggi, Melaka.Dah lama sangat tak balik. Last balik pun masa hari raya lepas. Lama dah, kan?

Sumber: GOOGLE

InsyaAllah petang atau malam ni saya dan Cik Abang akan bergerak ke kampung. Nanti Bonda, Along, dan Uda pun akan ada kat sana gak. Mesti best!!
Tapi Sabtu diorang akan bergerak ke Klang, saya plak bergerak ke Parit Raja semula. Lagi dua minggu kot baru saya akan balik ke Klang.

Saya memang dah niat dalam hati nak balik ke kampung sebelum bersalin. Sekali pu jadilah. Sebabnya saya nak menziarah kubur arwah Abah. Rindu sangat kat arwah Abah. Sampaikan termimpikan Arwah. Alhamdulillah, kesampaian juga hajat saya ni.

Korang-korang plak buat apa ye hujung minggu ni? Jom lah balik kampung gak. Hehe. Apa-apapun, doakan kami selamat sampai ye.

Ehem: Kat kampung saya ada pantai tau. Syiok ooooohhhh!!! =P

Leave a Reply

CommentLuv badge