» » Bawa Izz Ammar Jumpa Pakar ENT

Bawa Izz Ammar Jumpa Pakar ENT

Assalamualaikum.

Hati mana yang tak risau bila anak yang dah berumur dua tahun lapan bulan tapi masih belum bercakap seperti anak-anak lain yang seusia denganya. Sebab itu kami ambil keputusan untu bawa Izz Ammar untuk buat pemeriksaan di hospital. Walaupun ramai yang mengatakan Ammar ok, nanti dia pandailah cakap, tapi hati ni tetap rasa risau.

Jadi, bulan lepas, kami dah pergi ke Hospital Batu Pahat dan diberikan tarikh temujanji untuk berjumpa dengan pakar ENT pada 10 Februari 2014. Masa sampai di hospital tadi, cuma perlu pergi ke kaunter pendaftaran untuk mengambil nombor dan kemudian tunggu sehingga giliran sampai.

Alhamdulillah, doktor kata Ammar OK. Berdasarkan pemeriksaan yang dijalankan, doktor mengatakan yang Ammar tiada masalah untuk bercakap. Alhamdulillah, satu fasa sudah selesai. Dan doktor memberikan tarikh temujanji untuk berjumpa dengan speech therapist pula, iaitu pada 24 Februari nanti. Nasib baiklah tak lambat sangat. Tak sabar nak mendengar apa kata speech therapist pula.

Buat masa sekarang, Ammar cuma boleh bercakap ‘aceh’ untuk terima kasih, ‘akum’ untuk assalamualaikum, ‘nonono’ atau ‘nanak’ untuk tak nak, adik, dan kdang-kadang dia akan mumbling ‘papapapa’. ‘Mama’ langsung tak ada ok. Huhu, ok Mama sedih.

Harapnya lepas dah pergi terapi nanti, Ammar akan boleh bercakap lancar. Amin..

8 Responses

  1. brohantu
    | Reply

    biasa anak sulong memang macam ni. Saya pun anak sulong saya macam ni jugak. Tambahan dia takde kawab seusia dengannya untuk berkawan dan bercakap. Anak saya 5 tahun baru boleh bercakap buat ayat. Masa saya dulu doktor suruh dia berkawan dengan budak sebaya. So saya hantar kat nusery. tak sampai setahun lepas tu dah petah bercakap. sekarang dia pulak yang banyak cakap..
    brohantu recently posted..Cara Memancing Teknik JiggingMy Profile

  2. tiara
    | Reply

    Semangat ya Ammar, Insya Allah ammar pasti pandai
    tiara recently posted..Bahan Kimia Dalam MakananMy Profile

  3. estri
    | Reply

    Semoga nanti Ammar akan cepat pandai bercakap-cakap.
    estri recently posted..Perbedaan Cokelat Hitam Dan Cokelat PutihMy Profile

  4. Perkongsian Tips Untuk Anak Speech Delay - Blog Bardboo
    | Reply

    […] untuk panduan ibu-ibu dan ayah-ayah di luar sana. Macam yang saya tulis dalam entri sebelum ini (Bawa Ammar Jumpa Pakar ENT), Ammar tiada masalah dari segi pendengaran. Dan kami diberikan tarikh untuk berjumpa dengan speech […]

  5. Rina
    | Reply

    Semoga Ammar cepat pandai dalam bercakap, ia pasti bisa …
    Rina recently posted..How To Create Simple Login / Sign Up Form Using CSS And HTMLMy Profile

  6. akubiomed
    | Reply

    Budak lelaki biasanya lambat bercakap berbanding budak perempuan.
    akubiomed recently posted..Yeo’s sentiasa menjadi Pilihan SemulajadikuMy Profile

  7. salwa
    | Reply

    salam bard

    one way utk bg die bercakap juga adalah jauhkan dari video, pc, tab, hp dan sebagainye. visual mereka telah stuck kt mende tu dan kdg2 menyekat keupayaan kinetic dan speech. akak rasa banyak betulnya sebab jd kat anak sulung dulu.

  8. zie fauzi
    | Reply

    Allah..bard tau x.. kak pun nak buat entri pasal ni.. humaira dah 16 bln cuma boleh sebut 4 perkataan je skrg ni.selebihnya dia duk bunyi ee..aa..eee..aaa je….kak alya dulu..masa usia dia mcm tu dah boleh sebut mcm2. mmg la org ckp perkembangan anak2 ni tak sama.. cuma naluri ibu ni tetap risau… la ni kak banyak google je pasal masalah ni….. tunggu humaira 20 ke 24 bln.. kalau x da perkataan baru yg dia sebut mmg nak bawa jumpa pakar…
    zie fauzi recently posted..Yeo’s Kenangan Pilihan SemulajadikuMy Profile

Leave a Reply

CommentLuv badge