» » Bebelan Bardboo

Bebelan Bardboo

Assalamualaikum
Eh-eh dah hari Khamis la! Dan saya sudah masuk minggu ke-37 sekarang!! Alhamdulillah, bersyukur sangat-sangat sebab tak lama lagi dapat jumpa baby, InsyaAllah.
Perkembangan sekarang? Erm, perut dah semakin membesar, of course!! Kaki kadang-kadang sembap, kadang-kadang tak. Dah selalu sakit pinggang. Bila berdiri lama sikit, mulalah terasa sakit badan. Masak? Dah stop untuk minggu ni!! Haha, gila pemalas. Alah, inilah masanya nak merasa rehat puas-puas, kan?
Lagi, tiap kali tidur malam, mesti akan terjaga at least sekali untuk ke tandas. Adoi, penat-penat. Kadang-kadang cuba gak nak tahan, tapi tak boleh wo! Ada plak yang tak boleh tidur langsung nanti. Hehe.
Esok nak bertolak balik Klang dah. So aktiviti hari ini nak basuh baju, dan gosok baju kerja Cik Abang (kalau larat) sebab my hubby ada kerja kat Shah Alam next week. Bila baju dah kering nanti baru sumbat-sumbat dalam beg. Hope tak adalah barang yang tertinggal. Sebab saya terus tinggal Klang untuk bersalin dan berpantang.
So nanti kalau Blog Bardboo ni makin kurang update paham-paham la ye. ^_^

Leave a Reply

CommentLuv badge