» » Berat Badan Naik Mendadak Macam Roket

Berat Badan Naik Mendadak Macam Roket

Assalamulaikum.
Petang tadi saya kena pergi check-up bulanan di Klinik Kesihatan. Wawawa, berat badan naik mendadak dari 64kg ke 68kg!! 4kg dalam masa sebulan. Maksudnya lebih kurang sekilogram naik seminggu! Tapi tak ada plak ditegur tentang berat saya tadi. Mungkin sebab dah masuk minggu ke-28 kot.

Agaknya boleh dapat balik tak berat badan asal lepas bersalin ni ye? Haish, harap-harapnya bolehlah. Kalau tak banyak seluar jeans dan baju yang tak boleh dipakai nanti. Huhu. Nak shopping baju baru pun mesti ras tak best je, sebab semua saiz dah bertambah. So lepas bersalin nanti kena jaga pemkanan betul-betul! Kalau still gemuk,. nak berhenti berblogging lah. Yolar tu. Hehe.
Lepasni, dah start kena pergi check-up setiap dua minggu. Aduh, malasnya!! Huhu. Nanti bila dah 36 minggu, kena pergi tiap-tiap minggu plak. Rasanya inilah satu perkara yang para ibu tak suka hadapi kot masa pregnant. Betul tak? Huhu.

Leave a Reply

CommentLuv badge