» » » Berjalan di Capitole

Berjalan di Capitole

Assalamualaikum.
Setelah seminggu lebih di bumi Perancis ni, barulah kami sempat nak berjalan2 ke Capitole hari Sabtu lepas. Pagi-pagi lagi dah bersiap. Tapi Ammar boleh plak nak menyusu, dan pastu terus tidur. Last2 pukul 11pagi baru kitorang gerak keluar dari hotel.
First, kitorang berjalan kaki ke stesen tram Purpan. Erk, penat gak nak berjalan ke stesen ni. Boleh tahan jauh jugaklah buat orang yang dah lama tak exercise ni. Hehe. =P
Kitorang naik tram ni dari stesen Purpan ke stesen Arene. Tram ni lebih kurang macam Komuter la kalau kat Malaysia tu. Sampai je kat Arene, naik pulak Metro A untuk ke Jean Jaures, sebab nak buat kad Tissio(Pastel) untuk saya. Ini kad untuk naik public transport (tram, metro, bas) kat sini. Untuk buat kad kena bayar 6euro, dan 10euro lagi untuk perjalanan unlimited selama satu bulan. So haruslah satu bulan ni kitorang berjalan je guna public transport kan? Hehe..(Oh metro tu plak macam Putra (kot) kalau kat Malaysia).
Bila dah selesai buat kad, kitorang naik balik Metro untuk ke stesen Capitole. Hah inilah dia tempat yang dituju. Apa yang ada di Capitole ni? Yang saya nampak ada bangunan2 lama yang cantik2, dan ada gerai2 kecil di tengah2 dataran. Lepastu kat tepi2 ada banyak kedai2 yang menarik. Tapi kami tak masuk pun. Kitorang cuma jalan2 je sambil ambil2 gambar. Huhu.
Bila dah lapar, kami pun cari kedai makan. Dan jumpalah dengan kedai Pak Arab ni. So makan kebab la kami hari tu. Sedap gak!
Ni masa on the way balik. Tiba2 je hujan. Kitorang pun balut jela Ammar guna nursing cover. Comel la plak   tengok si bam bam ni! Geram!! =)

Kata Bardboo: InsyaAllah nanti nak pergi jalan2 lagi. Syoknya!!

Leave a Reply

CommentLuv badge