» » » Bersalin Nanti Di Mana?

Bersalin Nanti Di Mana?

Assalamualaikum.

Selamat memulakan minggu yang baru. Banyak ke perancangan untuk minggu ni? Bagi surirumah macam saya ni, asyik fikir nak masak menu apa aja la. Fikir nak masak apa pun kadang-kadang boleh runsing tau. Jalan paling senang, kita makan Maggi je la. Hehe.

Ok berbalik kepada tajuk entri. Dalam entri pengalaman hamil yang INI, rakan blogger Shraqs ada bertanya sama ada saya akan bersalin nanti di Malaysia atau di Perancis? Dan jawapannya, saya akan bersalin di Perancis, InsyaAllah. Sekurang-kurangnya nak juga merasa pengalaman mengandung dan bersalin di negara orang. Barulah kita dapat lihat persamaan dan perbezannya.

Ada satu kali tu, saya dan Cik Abang lalu di depan hospital yang saya akan bersalin tu nanti. Saya cakap,”Iskh, tak dapatlah nak bayangkan macam mana tidur kat wad ni bila bersalin nanti”. Cik Abang jawab, “Tak payahlah bayangkan”. Saya cakap pula, “Agak-agaknya macam mana rupa hantu sini ye?” Hehe. Itu pula yang ada dalam fikiran ni kan. Tapi memang hospital selalu dikait-kaitkan dengan cerita seram, betul tak?

Untuk dalam pantang nanti, InsyaAllah Bonda yang akan jaga saya. Mula-mula Bonda memang tak nak datang sini, puas saya pujuk, dan akhirnya Bonda bersetuju. Bonda sampai 27 November nanti. Masa tu saya baru je dalam minggu ke-30. Biar Bonda datang awal sikit, dapatlah bawa pergi berjalan banyak-banya tempat. Due date Baby I.A patutnya pertengahan bulan Januari 2013, tapi saya doa-doa akan bersalin awal tahun. Manalah tahu boleh dapat ‘New Year Baby‘, kan? ^_^

Panduan Selepas Bersalin Untuk Ibu Muda

Rahsia Mudah Hamil Terbongkar!

30 Responses

  1. Akmaomar
    | Reply

    Kalau dah sakit nak bersalin tu..dah tak takut hantu rasanya sis..bangunan disana lama2 mmg menyeramkan jugak 🙂

    P/s dpt tak reply email dr saya?
    Akmaomar recently posted..Blogger Popular Ketandusan Idea Kerana DuitMy Profile

  2. akubiomed
    | Reply

    Kalau bersalin di luar negara macam mana pendaftaran kelahiran. Tak bimbang ketika anak masuk sekolah nanti?
    akubiomed recently posted..Hot Chicks or Hot Bikes?My Profile

  3. Melastik Bintang
    | Reply

    mesti seronok rasa bersalin di negara orang…lagi-lagi perancis….

    J’espère que tout le monde a survécu….hehehe
    Melastik Bintang recently posted..Karya di Fluid Art MovementsMy Profile

  4. Cikgu Hairul
    | Reply

    Kalau lahir di Prancis boleh dapat kerakyatan sana tak? Seronok gak dapat pengalaman bersalin di negara orang. Sekurang-kurangnya boleh dikongsikan dengan pembaca blog ni.
    Cikgu Hairul recently posted..Bahaya ubat diabetes dan darah tinggi kepada pesakitMy Profile

    • Puan Bardboo
      | Reply

      entahla..saya tak pasti..tapi my hubby cakap, untuk dapat kerakyatan malaysia, kena pilih satu je..so mestilah nak jadi rakyat malaysia kan? huhu…
      Puan Bardboo recently posted..Bersalin Nanti Di Mana?My Profile

  5. shraqs
    | Reply

    Pengalaman baru tu Bard dapat bersalin luar negara. Nanti boleh kongsi pengalaman beza kat Msia ngan P’cis.
    BTW, jaga kesihatan.. jangan makan megi banyak sangat. 🙂
    shraqs recently posted..Asus Padfone 2 – Produk 2 Dalam 1My Profile

  6. titan
    | Reply

    kat malaysia ajelahh. lagi senang kan?? kan? hehe..
    titan recently posted..Apa kes lu benci sangat tengok Malaysia main??My Profile

  7. tehr
    | Reply

    tak apa la kat mana pun
    asal saja dipermudahkan segala urusan dan semuanya selamat
    tehr recently posted..Salahnya Bisnes Orang KitaMy Profile

  8. zie fauzi
    | Reply

    wahh…. jadi baby oversea la nanti… semoga selamat segaalanya ye…
    zie fauzi recently posted..Pengalaman Bersalin Kali KeduaMy Profile

  9. Ibu Mifzal Arsyad
    | Reply

    bestnya sebb nnt dapat pengalaman baru yg x semua org boleh rasa.

    hehe..sy pun kalau kena warded hospital selalu terfikir sal tu jugak..seram pun ya gak..

    apa pun doakan bard dan baby selamat.
    Ibu Mifzal Arsyad recently posted..Drama Adam & Hawa Episod 29 – 32My Profile

    • Puan Bardboo
      | Reply

      sebab tu bard amik gak peluang nak mengandung dan bersali kat sini..walaupun jarak ammar dgn adiknya nnati tak jauh..huhu..lagipun kesian kat ammar bosan takde kawan..
      Puan Bardboo recently posted..Bersalin Nanti Di Mana?My Profile

  10. donnyien
    | Reply

    tahniah diucapkan juga dari saya.. janji anak sihat

  11. boni kacak
    | Reply

    wah…apa2pun, saya ucapkan tahniah kerana bakal menimang cahaya mata 🙂
    boni kacak recently posted..Shooting Shortfilm AksiMy Profile

  12. Eizil
    | Reply

    Mesti pengalaman yang berbeza bila bersalin di negara orang pula kan… Kat perancis hantu tak datang… hahaha
    Eizil recently posted..Rentetan gambar sekitar terjunan tertinggi oleh Felix BaumgartnerMy Profile

  13. lensa
    | Reply

    boleh le bubuh nama adak d peghis (d paris)… wah bestnya kat sanakan
    lensa recently posted..Kisah Kotak Di Tengah Jalan Siapa Pun Tak KisahMy Profile

  14. Naziman
    | Reply

    Eh mengandung boleh makan megi ka? tak bahaya ka tu untuk kandungan? wah bersalin di perancis la. Nanti mesti nama anak perancis kan. Eh, jadi warganegara perancis la juga tu kan?

    • Puan Bardboo
      | Reply

      sepatutnya memang tak boleh…tapi degil…asyik terbayang2 maggi je..huhu…nama anak tetap nama melayu..tengah pening lagi mencari nama ni..hah yang bab warganegara tu saya pun tak berapa pasti macam mana..
      Puan Bardboo recently posted..Bersalin Nanti Di Mana?My Profile

      • Naziman
        | Reply

        haha, jangan selalu ya. Nanti anak pun suka makan megi. nama anak tetap melayu ya. baguslah. Cepat2 pilih, pilih nama islamic tapi perancis2 sikit dan ada makna yang baik. Bab warganegara tu, bagus sis periksa takut nanti ada masalah pula masa depan.
        Naziman recently posted..Cara menghapus folder Shortcut VirusMy Profile

Leave a Reply

CommentLuv badge