» » » Bersangka Baik, Itulah Yang Terbaik!

Bersangka Baik, Itulah Yang Terbaik!

Assalamualaikum.

anakanda: ayahanda, cuba tengok orang tu, dia makan kat KFC.
ayahanda: biarlah dia nak makan kat situ, dia suka kot.
anakanda: kan ianya mahal
ayahanda: mungkin dia ada duit.
anakanda: kan elok dia makan nasi dan ikan aje, lagipun ianya murah dan juga mengenyangkan. duit lebih itu boleh sedekah.
ayahanda: itukan duit dia, dia berhak buat pilihan untuk makan di KFC. Lagipun kita tak tahu yang dia juga telah banyak bersedekah tanpa pengetahuan kita dan orang lain. hanya dia dan Allah sahaja yang tahu.

anakandanya nampak macam tak puashati dengan jawapan dari ayahandanya…mereka berdua masuk warung dan memesan makanan. sedang makan, si anak nampak org tadi keluar dari KFC dgn membawa 5 “bucket” KFC. sedang mereka makan.

anakanda: ayahanda tengok tu, orang tadi bawa 5 bucket KFC. Takkan dia nak makan lagi, tak kenyang ke.
ayahanda: biarlah dia, mungkin dia belikan untuk sedara mara dia.
anakanda: eh ayahanda, tengok tu … orang tersebut masuk lorong belakang deretan kedai tersebut.
ayahanda: biarkan dia, mungkin dia parking kereta dia kat situ macam kita.

selesai makan dan membayar harga makanan. si anak dan ayah beredar keluar dan berjalan ke tempat parking kereta.

anakanda: ayahanda, cuba tengok tu, org tadi tu sedang memerhatikan orang2 miskin memakan KFC yang dia bawa.
ayahanda: ha… cuba anakanda tengok. apakah pelajaran yang dapat anakanda pelajari hari ini.
anakanda: tertunduk malu

ayahanda: kita jangan suka pertikai apa orang buat selagi apa yg dia buat itu tidak menyalahi syariat . kita juga hendaklah sentiasa bersangka baik.

14 Responses

  1. Hafizul
    | Reply

    Betul tu..berprasangka baik dapat mengelakkan fitnah..hehe
    Hafizul recently posted..Demam Contest Eyriqazz vs DenaihatiMy Profile

  2. arrizz
    | Reply

    keadaan persekitaran hari nie kadang2 buat kita susah nak bersangka baik..bersangka baik memang digalakkan..tapi perlulah digandingkan keupayaan reasoning yang baik, itu lagi selamat..
    arrizz recently posted..Ayam panggang dan KTM KomuterMy Profile

  3. akubiomed
    | Reply

    Susah sebenarnya hendak bersangka baik tetapi boleh mencuba untuk menerap sifat bersangka baik setiap perkara yang berlaku.

  4. adele
    | Reply

    haai anakanda, banyaknya berburuk sangka!
    adele recently posted..Teman Lelaki Kejam, Potong Rambut Awek Tanpa Belas KasihanMy Profile

  5. kodinz
    | Reply

    Cuba untuk bersangka baik dalam semua perkara. Tapi, kadang-kadang, masih gagal
    kodinz recently posted..Cara Untuk Dapatkan Expired Domain Dengan PagerankMy Profile

  6. muazfaris
    | Reply

    bersangka baik la. rasanya itu terbaik utk elak fikir lain yg lg bahaya.
    muazfaris recently posted..Cuti 2 Minggu Sekolah dan BloggingMy Profile

  7. rahman
    | Reply

    satu tauladan yang baik buat si anak
    rahman recently posted..ALHAMDULILLAH kandungan di penghujung trimister pertamaMy Profile

  8. hatiputera
    | Reply

    Jangan terlalu memikirkan perkara yang disebaliknya kalau kita tidak tahu hujung pangkal,,,
    hatiputera recently posted..Cakap Siang Pandang-PandangMy Profile

  9. sweetkurma
    | Reply

    banyak yang bersangka buruk dari baik….
    sweetkurma recently posted..Suami Mithali….Masih Wujudkah….?My Profile

  10. Jebeng Otai™
    | Reply

    yela..kdg2 terlalu mudah membuat kesimpulan awal yg keykkannya x tepat..mmg perlu bersangka baik utk mengelakkan perkara seperti ini.. 🙂
    Jebeng Otai™ recently posted..Ralat : RON95 Lebih Mahal Dari RON97?My Profile

  11. Denaihati
    | Reply

    sentiasa bersangka baik dlm sesuatu perkara yg kurang jelas, suatu tuntutan.

  12. Cikgu Hairul
    | Reply

    Bersangka baik dalam semua perkara. Ia dapat megelakkan kita dapat dosa free.
    Cikgu Hairul recently posted..Holiday Pulau KapasMy Profile

  13. azman
    | Reply

    Selalu nya jarang orang bersangka baik dalam sesuatu perkara.Mesti sangka buruk dulu. 🙁
    azman recently posted..Tip Sembahyang Jumaat Di Masjid Kg BaruMy Profile

Leave a Reply

CommentLuv badge