» » Beza Ubat Dan Vitamin, Apa Yang Anda Perlu Tahu?

Beza Ubat Dan Vitamin, Apa Yang Anda Perlu Tahu?

posted in: Shaklee | 2

Assalamualaikum.

Mama akui memang ramai orang akan keliru dengan perbezaan antara ubat dan vitamin yang diambil sebagai suplemen (makanan tambahan). Bagi mereka, ubat dan vitamin itu sama. Ini mungkin kerana bentuknya yang sama, iaitu samaada dalam bentuk pil atau kapsul. Kekeliruan juga timbul kerana tak banyak info yang disebarkan mengenai perbezaan ini.

Secara ringkasnya, ubat bertindak untuk merawat, manakala suplemen vitamin pula adalah untuk mencegah. Kita ambil ubat bila kita sakit untuk mengurangkan sakit tersebut, dan kita makan vitamin pula masa kita sihat, untuk mencegah penyakit dari berlaku. Tapi, bukan ke mencegah itu lebih baik dari merawat? Jadi mana yang anda pilih, nak makan ubat, atau nak makan suplemen vitamin?

Vitamin adalah bahan organik yang penting untuk tumbesaran dan nutrisi. Ianya diperlukan dalam kuantiti yang sedikit dan sepetutnya kita perolehi daripada makanan. Tetapi disebabkan oleh faktor pemakanan yan tidak seimbang dan juga proses penanaman yang kurang baik, makan kebanyakkan vitamin dalam makanan sudah terhapus. Ini menyebabkan ketidakseimbangan vitamin di dalam badan. Bila tubuh tidak mendapat vitamin yang diperlukan, maka pelbagai masalah akan mula timbul dan akhirnya penyakit pun mula muncul.

Bila penyakit sudah melarat dan sudah didiagnos oleh doktor, selalunya kita akan dibekalkan dengan ubat. Ubat ini adalah bahan kimia yang digunakan untuk mengubati penyakit atau tanda-tanda penyakit. Ianya mungkin digunakan untuk mengawal penyakit dengan cara mengubah fungsi dan keadaan normal badan dan juga mungkin digunakan dengan tujuan untuk menghapuskan punca penyakit tersebut.

Mama bukanlah anti-ubat. Mama sendiri sebenarnya berada di dalam bidang kesihatan. Tetapi secara jujurnya, Mama akan cuba sedaya-upaya untuk tidak mengambil ubat. Kerana dah belajar macam-macam fasal ubat, sampai dah tak ingin nak masukkan ubat ke badan sendiri. Tapi seandainya kesihatan diduga suatu hari nanti, kenalah makan ubat juga, kan? Tetapi sebelum tu, kita usaha dulu untuk dapatkan kesihatan yang baik dengan menjaga pemakanan dan amalkan gaya hidup yang sihat. Dan juga amalkan suplemen semualajadi. =)

Untuk tempahan, hubungi Mama di nombor ini:

MamaBard 013-3876903


Ataupun isi borang di bawah untuk menghantar emel kepada Mama:

Dengan menjadi ahli Shaklee berdaftar, anda akan mendapat diskaun sebanyak 20-25% untuk setiap produk. Dan jika anda mahu berbisnes Shaklee, terdapat banyak lagi kelebihan yang akan anda dapat.

Untuk mendaftar, sila klik gambar di bawah untuk maklumat lanjut.

daftar ahli shaklee

Portfolio MamaBard

2 Responses

  1. jardness
    | Reply

    tak suka makan pil.. hehehe

Leave a Reply

CommentLuv badge