» » » Bila Bonda Dah Sampai Toulouse

Bila Bonda Dah Sampai Toulouse

Assalamualaikum.

Buat blogger yang dah add saya sebagai friend di Facebook, mesti dah tahu yang mak saya (saya panggil Bonda) sekarang ni tinggal dengan kami di Toulouse. Bonda dah sampai sebulan yang lepas, dan InsyaAllah akan duduk sini sampai bulan Februari nanti.

Bonda datang sini sebab nak tolong menguruskan saya masa dalam pantang nanti. Mula-mula dulu memang Bonda tak nak datang. Puas dipujuk, tapi Bonda tak nak. Akhir sekali saya guna cara yang agak ‘keji’, iaitu konon-kononya cakap bagi pihak Ammar. Saya cakap macam ni, “Nenda, Nenda tak nak tolong jaga Ammar ke? Kesian Ammar’. Huhuhu. Tak lama lepas tu, terus Bonda cakap setuju nak datang sini.

Saya tahu Bonda berat sangat rasa nak datang sini. Yelar, nak kena tinggalkan anak-anak dan cucu-cucu yang lain kat Malaysia tu. Lepas tu cuaca kat sini dah la berbeza. Dengan makanan pun tak adalah sesedap macam kat Malaysia. Bonda nak ikan fresh je, mana nak dapat kat sini. Daging pula Bonda tak makan. Itu pun nasib baik Bonda dah belajar makan ayam sikit-sikit. Kalau dulu, ayam memang Bonda tak pandang. Almaklumlah, anak nelayan sejati. Huhu.

Dan saya juga tahu Bonda bosan duduk kat sini. Rancangan TV dah lah semua dalam bahasa Perancis. Sebab tu Cik Abang selalu pasangkan cerita-cerita Melayu kat TV, nasib baiklah sekarangni zaman teknologi kan. Huhu. Dan sebab tu juga, kami selalu je bawak Bonda jalan-jalan. Untuk hilangkan bosan dia duduk di rumah. Lagipun kena jalan puas-puas dulu sebelum saya bersalin.

Ok, untuk next entri saya akan ceritakan kat mana kami bawa Bonda pergi jalan-jalan ye. ^_^

21 Responses

  1. Ummi Hanie
    | Reply

    berapa bulan lagi nak due ye Bard…

    menarik panggilan Bonda tu.. 😉

    org tua2 mmg begitu… ‘segan’ sikit nak duduk rumah anak2… tambah kalau lama2…
    Ummi Hanie recently posted..10 orang dan 10 blog paling dicari (google) sepanjang 2012 di MalaysiaMy Profile

  2. Sinopsis Drama Setia Hujung Nyawa | Slot Akasia TV3
    | Reply

    […] mencari cerita-cerita Melayu baru untuk ditonton di rumah, supaya Bonda tak rasa bosan. Ye la sejak Bonda dah sampai Toulouse ni, tengok TV je la yang Bonda boleh buat untuk hilangkan kebosanan. Kang kalau saya bukak TV […]

  3. syaifuddin alias
    | Reply

    ibu di sisi ternyata itu yg mnjdi kegembiraan 🙂
    syaifuddin alias recently posted..Keputusan Penuh Contest SEO ExtravaganzaMy Profile

  4. TehR
    | Reply

    memang seronok sangat tu bila dapat bersama
    lagi pun sesekali tinggalkan cucu2 kat kampung apa salahnya, kan?
    TehR recently posted..Kelantan vs Angkatan Tentera | Piala Sumbangsih 2013My Profile

  5. […] Previous post: Bila Bonda Dah Sampai Toulouse […]

  6. hairulafiz
    | Reply

    nasib ada bondakan boleh tolong tengok2 kan anak
    hairulafiz recently posted..Wordless Wednesday #10 : Fenomena CuacaMy Profile

  7. fatin amalina husna
    | Reply

    hehe..kena ugut mesti rasa serba salah je nenda kan.. =P

    selamat bercuti buat nenda..=D
    fatin amalina husna recently posted..wordless wednesday #12My Profile

  8. Anuar
    | Reply

    Seronoknya ada bonda menemankan sis di perantauan… Tentu Bonda banyak membantu sis semasa berada di sana…
    Anuar recently posted..Selamat Tahun Baru 2013My Profile

  9. Miss Yati
    | Reply

    Nanti download cerita Adam Hawa, boleh lah bonda layan. Hehe. Due bila ni. Semoga dipermudahkan semuanya 😉

  10. akubiomed
    | Reply

    Okaylah ada ibu yang boleh meneman ketika berpantang. Bila lagi hendak menjejaki bumi Perancis sementara berada disana.
    akubiomed recently posted..Tahun 2012 tinggal kenangan 2013 buka lembaran baru.My Profile

  11. Malaysia coin
    | Reply

    Salam.
    Kat Perancis pun ada jual ikan apa? Hihihihi…. 🙂
    Malaysia coin recently posted..Infografik: Top 3 duit Malaysia termahalMy Profile

  12. titan
    | Reply

    bonda nak ikan fresh? jadi..sila jadi nelayan malaysia pertama di perancis. hehe..
    titan recently posted..Menikmati malam pertama tahun 2013My Profile

Leave a Reply

CommentLuv badge