» » » Bila Gigi Bongsu Nak Tumbuh

Bila Gigi Bongsu Nak Tumbuh

Assalamualaikum.

Dah seminggu lebih terpaksa tahan sakit gigi bongsu nak tumbuh. Mula2 tu ingatkan ada gigi berlubang ke. So tetiba saya pun jadilah hamba Allah yang tersangat rajin gosok gigi, konon2 boleh elok terus la kot. Hahaha. Tapi tiba2 je satu malam tu terasa macam nak kira gigi. Atas ada 16 batang, ok good! Tapi bawah baru ada 14 batang, tambah  dengan sebatang yang baru nak muncul. Oh jadi inilah dia punca sakit tu!

Sekarangni barulah tahu betapa azabnya sakit nak tumbuh gigi bongsu ni. Tapi saya punya ni selalunya malam je rasa sakit. Bila datang sakit tu, memang terus tak bercakap. Macam nak nangis, tapi tahan. Ego kena kuat, haha. Tapi terus je ambil ubat dan telan. Cik Abang dah tak perlu paksa2 lagi untuk makan ubat. Kalau tak, demam tiga hari tiga malam pun sanggup tahan tak mahu makan ubat. Bila sakit gigi je, terus telan dengan rela tanpa disuruh. Cik Abang kata nanti kita gi klinik ye, pun terus je angguk laju2. Tapi time sakit je la. Bila tak sakit, buat2 lupa je hal klinik tu. Hehe!

Saya ada mesej abang saya (dia dentist) dan tanya apa nak buat bila sakit gigi nak tumbuh gigi bongsu ni. Dia kata memang tak boleh nak buat apa la. Cuma makan ubat tahan sakit dan kemam ais. Jadi memang itulah benda yang saya akan buat bila sakit tu datang. Harapnya cepatlah gigi tu keluar semua. Tak tahan dah ni. Patutlah bayi pun meragam je bila nak tumbuh gigi kan? Sampai demam2 lagi. Kita yang dah besar ni pun tak tahan, inikan pula budak2.

Korang dah tumbuh gigi bongsu tak? Jom kongsi cerita.. =)

35 Responses

  1. […] nak cerita sikit pasal proses buang gigi bongsu ni. Ingat lagi tak saya pernah buat entri pasal sakit bila gigi bongsu nak tumbuh? Masa tu betul2 la saya ingatkan yang gigi tu baru nak tumbuh, tapi dah sampai dua bulan masih […]

  2. Hafizul
    | Reply

    wahhhh umur aka ni sama ngn sy la….hehehe
    Hafizul recently posted..Dilema – Kerja Lama Vs Kerja Baru Part 2My Profile

  3. eiela
    | Reply

    gigi saya takde, takkan tumbuh sebab scan memang takde gigi dalam tu.
    eiela recently posted..Semakin Sihat Semakin HappyMy Profile

  4. titan
    | Reply

    tak lama. sabar ajelah..
    titan recently posted..Download 3GP Gadis bertudungMy Profile

  5. shraqs
    | Reply

    Nasib baik sy dulu tak macam tu, sakit kejap jer, pastu ok. BTW, kes Bard ni lebih kurang sama ngan wife sayalah,.. hampir 2 minggu meragam sakit nak tumbuh gigi bongsu ni. Sabar jela. 🙂
    shraqs recently posted..Cara Mendapatkan Senarai Top Commentator Selepas ResetMy Profile

  6. adele
    | Reply

    eh akak umur brp?? mcm lewat je gigi tu tumbuh..hehe

    sy pun baru je tumbuh dlm 2 minggu lepas..rasa mcm bengkak je pipi ni..sakit tekak n badmood…sbb nak bercakap susah, nak makan sakit..tensionlah kan..huhu

    tapi gigi tu tak keluar habis sbb ruang tak cukup sangat..senget ckit pulak tu..
    adele recently posted..Terdesak Sangat Ke?My Profile

  7. LangkawiHomestay
    | Reply

    kene sabar..time2 sakit gigi ni mmg cpat naik angin..huhu
    LangkawiHomestay recently posted..Gunung RayaMy Profile

  8. nurmisnan
    | Reply

    Bagi suggest sikit, better terus pergi klinik gigi buang
    kerana gigi bongsu tidak berguna.. kalau dah sakit lagi
    teruk..
    nurmisnan recently posted..Mahu bina rumah di syurga? buat ni..My Profile

  9. Juan
    | Reply

    saya x tahu plak kita yg dah dewasa ni boleh lagi tumbuh gigi
    Juan recently posted..Tarikh Bulan Puasa Ramadhan Malaysia 2012My Profile

  10. anif
    | Reply

    Selagi boleh tahan.. tahanlah. Kalau tidak kena cabut la gigi tu! 😀
    anif recently posted..Foursquare Berwajah BaharuMy Profile

  11. iza
    | Reply

    Assalam..
    Dulu ada jugak rasa sakit gusi,
    tapi tak pasti pulak tentang gigi bongsu tu..
    nanti kena kira cukup ke tidak…
    iza recently posted..Keputusan EURO Dan Jadual Perlawanan EURO 2012My Profile

  12. kodinz
    | Reply

    sabar jer la menahan sakit kak. Rasanya dah tumbuh dah gigi bongsu @geraham bongsu. Memang menyeksakan
    kodinz recently posted..Cara Untuk Dapatkan Expired Domain Dengan PagerankMy Profile

  13. faizul
    | Reply

    biasanya berapa batang gigi bongsu ni tumbuh ye? banyak kot?
    faizul recently posted..Kemahiran yang kita miliki, tetapi kita tidak tahu kita memilikinya.My Profile

  14. Qaseh Gifts
    | Reply

    memang sakit! QG pun ada pengalaman tu – masa hari raya pulak tu! Sebaiknya pegi jumpa doktor gigi, sebab kadang2 pertumbuhan gigi bongsu ni pelik sikit…
    Qaseh Gifts recently posted..Hamper Ramadhan & Aidilfitri 2012/1432My Profile

  15. azman
    | Reply

    Tak pernah pulak rasa macam mana kalau gigi bongsu tumbuh – semua orang kena ker?or orang2 terpilih jer.
    azman recently posted..Duit Buat Beli Cinta!My Profile

  16. akubiomed
    | Reply

    Semasa mengandung boleh ker ambil ubat terutama ubat tahan sakit? Setahu saya tidak boleh.
    akubiomed recently posted..Coconut Shake pantai KlebangMy Profile

  17. Jobless Girl
    | Reply

    Kasihan betul ni.
    Jobless Girl recently posted..PromoterMy Profile

  18. kimmie
    | Reply

    sakit gigi memang satu sakit yang sangat menyiksakan. Saya tak tahu la…gigi bongsu dah tumbuh ke belum. Macam mana nak tahu Bard?
    kimmie recently posted..MBA: Keputusan Bakal DiketahuiMy Profile

  19. Jebeng Otai™
    | Reply

    sakit gigi memang menyeksakan..ttp tumbuh gigi time skang (dh tua) ni mcm x pnah dgr lak..huhu
    Jebeng Otai™ recently posted..Kedudukan Terkini EURO 2012My Profile

  20. muazfaris
    | Reply

    semoga tabah akak..!
    muazfaris recently posted..Cuti 2 Minggu Sekolah dan BloggingMy Profile

Leave a Reply

CommentLuv badge