» » » Bila Musim Bunga Dah Bermula!

Bila Musim Bunga Dah Bermula!

Assalamualaikum.

Lama gak saya menyepi dari update blog dan berblogwalking ke blog rakan2. Komen2 di blog ini pun banyak lagi yang belum di jawab dan belum di approve. Semuanya sebab terlalu asyik mengedit theme thesis ni. Betul2 pening kepala. Tapi rasanya yang ada ni dah ok dah. Korang rasa macam mana? Apa yang perlu ditambah?

Sekarangni dah masuk musim bunga dah. Apa yang saya nampak, bila dah masuk musim bunga ni, orang2 kat sini lebih banyak buat aktiviti kat luar. Berjoging, main basikal, lepak2. Diorang betul2 menikmati cuaca panas yang ada sekarangni. Kalau kita kat Malaysia tu, panas sikit je dah mulalah nak cari tempat berteduh, kan? Hehe.

Kalau pergi kat pasaraya pun, memang penuh dengan bunga2 dan perkakas2 untuk aktiviti berkebun. Kalau masa musim sejuk dulu senang ke nak dapat minyak untuk heater, tapi sekarang susah! Rugi plak tak simpan minyak heater sebotol besar. Sebab rumah kitorang ni asyik sejuk je. Tak kena matahari sangat.

Disebabkan dah masuk musim bunga, Cik Abang ajak pergi jalan2 kat canal Ahad lepas. Tapi sebelum tu kena temankan dia berbincang hal research project dengan kawan dia dulu. Dan time tu la baru pertama kali Ammar dapat duduk atas tanah. Bila saya leka kejap je, tengok2 dia dah masukkan rumput dalam mulut. Alahai si bambam ni!

Ok la, jom tengok gambar sepanjang di canal. Nanti2 kalau ada pergi ke mana2 lagi, saya akan upload gambarnya kat blog ni ye.

21 Responses

  1. akhiyy
    | Reply

    bile la nak dapat merase negare orng…huhuhu
    akhiyy recently posted..Ustaz Don DaniyalMy Profile

  2. Myra Jay
    | Reply

    Bestnyer dapat rasai musim2 di negara orang 🙂
    Myra Jay recently posted..Lunch @ Pizza Hut baru in 3DMy Profile

  3. titan
    | Reply

    pehh..sampai bila nak stay kat perancis ek??
    titan recently posted..Gua jentik lu punya bulu ketiak.My Profile

  4. akubiomed
    | Reply

    Tentu seronok dapat melalui 4 musim yang berlainan tak kala di Malaysia mula melanda musim hujan. Theme Thesis ini memang best digunakan kerana ia sangat fleksibel cuma hati buat tweaking pada code html. Kalau tersilap kerosakkan tidak boleh diperbaiki lagi.
    akubiomed recently posted..Sambutan Earth Hour 2012 apa yang AkuBiomed bakal lakukan?My Profile

  5. shraqs
    | Reply

    Seronoknya dpt merasa musim2 kat negara luar kan. Tapi kos pun mesti tinggi jugak kan, nak prepare ngan setiap musim 🙂

  6. puanbee
    | Reply

    oh theme thesis rupanya , cantk .. ala2 mcm theme blog akk je nih
    puanbee recently posted..Resepi Cendawan Goreng & Tips Goreng Cendawan Agar RanggupMy Profile

  7. kimmie
    | Reply

    Ammar ni ambil gambar ikut mana pun tetap maintain comelnya
    kimmie recently posted..Wordless Wednesday 22: Lelaki Kacak dan Fire DrillMy Profile

  8. kimmie
    | Reply

    wah dah musim bunga ye…banyak lah bunga – bunga berguguran 😀
    kimmie recently posted..Wordless Wednesday 22: Lelaki Kacak dan Fire DrillMy Profile

  9. segalabenda
    | Reply

    huih bestnya..macam-macam musim kat sane..kalau tempat kita yang tau musim panas ngan musim tengkujuh aje

  10. zie fauzi
    | Reply

    sweetnya Ammar senyum dalam pic yg last tu…
    zie fauzi recently posted..OST Drama Cinta Buat EmeldaMy Profile

  11. zie fauzi
    | Reply

    sini musim panas kadang hujan sekejap2.. duk dalam rumah pun bermandi peluh… 🙂
    zie fauzi recently posted..OST Drama Cinta Buat EmeldaMy Profile

  12. arrizz
    | Reply

    waa bestnye dapat rasa musim bunga..hehe
    arrizz recently posted..Kenapa perempuan cantik perlukan sidekick?My Profile

Leave a Reply

CommentLuv badge