» » » Bila Rasa Tertekan

Bila Rasa Tertekan

Assalamualaikum.

The days are long, but the years are short..

Bila kita rasa tertekan masa membesarkan anak-anak, ingatlah kata-kata di atas ini. Dalam satu hari tu, memang kita rasa masa macam panjang sangat. Dari celik mata, ada je benda yang perlu dibuat, kan? Ditambah lagi dengan kerenah anak-anak dan kerja-kerja rumah yang perlu disetelkan segera.

Pada masa-masa macam ni, memang kita nak sangat masa cepat berlalu. Ternanti-nanti waktu untuk anak-anak tidur, supaya kita ada masa untuk diri sendiri, ada masa untuk berehat, ada masa untuk melepaskan penat.

Tapi bila kita renung balik tahun-tahun yang dah berlalu, rasa macam cepatnya! Eh anak aku dah setahunlah, eh anak aku dah dua tahunlah, ataupun eh anak aku dah habis SPM! Dan bila tiba saat itu, kita akan rasa nak putarkan balik masa. Betul, kan?

Jadi, jomlah kita sama-sama manfaatkan masa yang ada bersama anak-anak ni. Jom kita cipta pelbagai memori indah bersama mereka.

KLIK SINI untuk RAHSIA Menjadi Seorang Suri Rumah Profesional!

18 Responses

  1. estri
    | Reply

    Aneesa lucu sekali, badannya tumbuh dengan sehat dan montok,
    estri recently posted..Perbedaan Cokelat Hitam Dan Cokelat PutihMy Profile

  2. hanari
    | Reply

    setuju sekali,,mari kita nikmati saat2 bersama anak dan keluarga.
    hanari recently posted..Efek Kemoterapi untuk Keluarga PasienMy Profile

  3. Alin Marlini
    | Reply

    betul tu…bila tgk dorang makin membesar…makin jauh plak rasanya…tak dpt nak peluk mcm baby2 dulu
    Alin Marlini recently posted..Lontong buatan Pakcik TusanMy Profile

  4. Ummi Hanie
    | Reply

    mmg masa skrg ni cepat sgt berlalu bard…

    apa2pun, kita cuba hargai masa yg sedang dilalui ni 😉
    Ummi Hanie recently posted..Sotong bakar ajaibMy Profile

  5. titan
    | Reply

    wahh..dah besar-besar dah diorang..
    titan recently posted..Majlis Iftar eQurban di Rumah Warisan Kaseh, Banting.My Profile

  6. Bahrain
    | Reply

    Comel anaknya + tembam… 😉
    Bahrain recently posted..Kad Raya Dari Shakiddo.comMy Profile

  7. Qashmere
    | Reply

    Ya Allah geboo nya dia ni!
    Lama dah tak singgah sini…ada dua blog ke sis

  8. kakzana
    | Reply

    Kakpb kalau boleh nk anak kecik mcm tu aje, boleh buat main mcm anak patong…haha…berangan.
    Betul tu Bard, stress boleh buat kita nk tinggalkan terus semua yg menyenakkan fikiran. Tp fikir balik, itu semua cabaran dlm hidup. Bila tua nnti kita akan tersenyum ingat balik kisah anak2 yg nakal tu:-)

    • Puan Bardboo
      | Reply

      main2 tu memang best kak..tapi bila ada yang meragam, haish tu yang mencabar kesabaran sikit tu..hehe…

      tapi apa-apa pun, nanti mesti akan rindu dengan gelagat masa diorang kecil lagi ni..
      Puan Bardboo recently posted..Bila Rasa TertekanMy Profile

  9. staibaqhang
    | Reply

    anak2 adalah sumber ketengangan. anugerah tuhan yang tak terhingga
    staibaqhang recently posted..DIARI RAMADHAN #6My Profile

  10. Naziman Azlye
    | Reply

    Macam waktu belajar, dua jam dirasakan sangat lama tapi bila dah habis 3 4 tahun. Masa tu dirasakan bagaikan semalam. Paling menyedihkan, jika masa tu berlalu tanpa isi.
    Naziman Azlye recently posted..Wordless Wednesday #7 : Jangan Putus Asa dari Rahmat AllahMy Profile

    • Puan Bardboo
      | Reply

      betul tu..teringat pula zaman-zaman belajar dulu…stress, tapi seronok buat aktiviti dengan kawan2…
      Puan Bardboo recently posted..Bila Rasa TertekanMy Profile

  11. Anuar
    | Reply

    Betul tu… Saat bersama anak-anak adalah saat yang sangat membahagiakan… Ianya tidak dapat untuk digambarkan dengan kata-kataa…
    Anuar recently posted..Bagaimana nak pastikan samada MyKad anda telah diaktifkan?My Profile

  12. akubiomed
    | Reply

    Perkara yang sama berlaku. Rasa seperti baru semalam dodoikan mereka.
    akubiomed recently posted..Membidik Full Moon di bulan RamadhanMy Profile

Leave a Reply

CommentLuv badge