» » Bisnes Terbaik Buat Surirumah

Bisnes Terbaik Buat Surirumah

posted in: Shaklee | 3

Assalamualaikum.

Apa bisnes yang sesuai untuk surirumah agaknya ya? Hurm, Mama pun pening juga memikirkan masalah ini dulu. Dah lama sebenarnya teringin nak buat bisnes dari rumah. Tapi masih lagi mencari jenis perniagaan yang sesuai. Kalau boleh, Mama tak mahu buat bisnes yang kena simpan stok banyak-banyak. Dan tak mahu juga terlibat dengan perniagaan baju dan aksesori, sebab kena up-to-date dengang fesyen terbaru. Kalau bisnes barangan handmade, memang tak masuk dalam senarai langsung, sebab Mama tak kreatif. Hihihi.

Setelah lama mencari, akhirnya Mama sangkut dengan perniagaan yang ini, iaitu menjual suplemen kesihatan. Selepas mendaftar sebagai ahli Shaklee, Mama dah terus boleh mulakan perniagaan ini. Walaupun Shaklee merupakan syarikat MLM, tetapi kami mementingkan kepada jualan produk, dan bukan kepada merekrut ahli-ahli baru semata-mata. Sehinggakan ramai juga yang tidak menyangka yang Shaklee ini merupakan syarikat MLM. =)

Ada beberapa sebab yang membuatkan Mama tertarik dengan bisnes Shaklee ini, iaitu:

  1. Shaklee merupakan syarikat yang kukuh. Sudah berada lama dalam pasaran (50 tahun lebih di luar negara, dan 20 tahun lebih di Malaysia)
  2. Produk yang berkualiti, berkesan dan selamat. Shaklee menjalankan pelbagai ujian klinikal untuk setiap produknya setiap tahun.
  3. Tidak perlu simpan stok. Bagi yang baru hendak berjinak dengan bisnes Shaklee ini, anda tidak perlu risau langsung untuk simpan stok. Apabila dah terima pembayaran dari pelanggan, anda cuma perlu hantar order tersebut dan buat pembayaran pada Shaklee, dan kemudian Shaklee akan poskan barangan terus kepada pembeli.
  4. Tidak terikat kepada jadual kerja yang tetap. Bisnes ini boleh dijalankan apda bila-bila masa, mengikut kesesuaian sendiri. Untuk surirumah, sambil-sambil buat kerja rumah pun masih lagi boleh untuk menjawab pertanyaan dari pelanggan. Perempuan kan memang terkenal dengan kebolehan multi-tasking! Hehehe.
  5. Membantu orang ramai untuk mendapatkan kesihatan yang lebih baik.

Selain daripada sebab-sebab umum di atas ini, Mama juga semakin suka dengan bisnes ini kerana Mama yakin Mama sudah memilih group bisnes Shaklee yang terbaik. Ini kerana di dalam kumpulan ini, kami:

  • Diberikan panduan mengenai produk dan teknik pemasaran yang menyeluruh.
  • Diberikan sokongan motivasi yang berterusan.
  • XXX – ada rahsia di sini. Kena join dulu, baru tahu… =)

Jadi, inilah antara sebab kenapa Mama memilih untuk terlibat dengan bisnes Shaklee. Bagi Mama, inilah keputusan yang tepat. Anda pula macam mana? Suka buat bisnes apa? Jom kongsikan! =)

KLIK SINI untuk RAHSIA Menjadi Seorang Suri Rumah Profesional!

daftar ahli shaklee

Portfolio MamaBard

3 Responses

  1. Mudahnya Bisnes Shaklee Bila Sudah 100% Online - Mahligai Cinta
    | Reply

    […] itulah bagi Mama, Shaklee ini merupakan bisnes yang terbaik buat surirumah seperti Mama. Sebab kita tidak perlu keluar dari rumah pun untuk berbisnes. Selain daripada dapat […]

  2. Ummi Hanie
    | Reply

    gudluck Bard… aka mama 😉

    adik ipar akk pun baru join Shaklee. kakak sy sndiri dulu pun mnjual Shaklee… masa tu belum sibuk online ni semua… masa tu sy kecik lg, baru sekolah rendah
    Ummi Hanie recently posted..Vikingdom ditayangkan pada 12 September ’13 – Trailer dan soundtrack “Dark Clouds” MojoMy Profile

  3. Mohd Shubhi
    | Reply

    Produk kesihatan atau apa saja perniagaan berkenaan kesihatan memang mendapat tempat sekarang di seluruh dunia…moga sukses!

Leave a Reply

CommentLuv badge