» » Blog Bardboo Berwajah Baru

Blog Bardboo Berwajah Baru

Assalamualaikum.
Dah lama saya tak betul-betul tumpukan perhatian pada blog ni. Rasanya dalam beberapa minggu sebelum bersalin Blog Bardboo ni dah mula terabai. So lebih kurang sudah empat bulan la blog ini kurang berupdate. Trafik pun makin lama makin kurang, sampaikan Alexa ranking pun dah menjunam. Tapi nasib baik page rank OK. Huhu.
Disebabkan blog dah lama dibiarkan, mood nak berblogging makin lama makin kurang. Jadi saya ambil inisiatif untuk naikkan balik mood tu dengan tukar template blog. Bukan buat sendiri, tapi tempah kat Alieff yang amat power dalam blog designing ni.
Setelah buat bayaran dan bagitahu Alieff apa yang saya nak, terhasillah Blog Bardboo yang sekarangni. Cantik tak? Hehe. Tema of course la warna pink. Tapi yang bestnya siap ada doodle lagi sebagai header blog. Saja suruh letak Eiffel Tower sebab nak mengambil mood nak ke Perancis. =P
Disebabkan dah keluarkan modal untuk mencantikkan blog ni, so saya pun akan rasa terpaksalah untuk update blog ini selalu. So jom tunggu for the next entri ok? ^_^
Kata Bardboo: Kalau ada yang nak tempah template blog yang cantik2, tempahlah kat Alieff ye. Tapi rasanya buat masa sekrangni dia dah tutup tempahan.

One Response

  1. yani
    | Reply

    emba aku boleh nanya?
    itu cara masukin themanya gimana yaaa..??
    yani recently posted..mudah-mudahan ini menjadi motivasi mu…My Profile

Leave a Reply

CommentLuv badge